Pages

Tuesday, March 4, 2014

ERMA FATIMA AJAK ERRA-AWIE KEMBALI BERCINTA...





Dah dekat 12 tahun tinggalkan bidang kewartawan. Last Kjee menulis dulu untuk portal hiburan Octopus.com. Satu-satunya portal hiburan sepenuhnya, yang terawal di Malaysia. UnclePali turut kerja di Octopus.com sebagai penulis muzik.

Anyway dah terkubur pun portal tu... Rindu dunia kewartawan hiburan bukan kepalang walaupun Kjee masih menulis secara bebas... tidak lagi dalam media main stream atau media perdana.

Jadi apabila Kjee diberi tiket untuk menonton konsert Teaterikal Suara Kita di malam pertama persembahannya, Kjee amat-amat teruja. Terima Kasih akhbar Utusan Malaysia atas peluang tersebut.

Kata orang, usah tonton konsert di malam pertama (seandainya dibuat banyak malam). Banyak teething problems. Tapi Nadia kata, di malam pertamalah okay. Mereka yang beraksi masih segar... hehehe ya lah tu.

Kjee pergi dengan  perasaan berbelah bagi. Awie, Erra dan Ziana antara artis yang Kjee dampingi masa menjadi wartawan dulu. Banyak kisah-kisah pahit dan manis bersama mereka. Banyak rahsia yang Kjee ketahui tapi...

Anyway, Kjee, Nadia dan Sham sahaja yang ke Istana Budaya malam tadi. UnclePali ada urusan lain. Dia kata tak apalah... tapi jauh di sudut hatinya Kjee tahu dia sedih tak dapat pergi namun urusan kerjanya lebih penting.

Show start lambat. Kalau tak silap Kjee 45 minit daripada jadual. Ahhh tak kesahlah sebab malam pertama... mesti ada teething problems.

Dan sebaik sahaja emcee Aidil Abdul Ghaffar (ex pengacara TV3) mengumumkan persembahan dimulakan, debaran di dada mula kencang.









Kjee terlupa diri Kjee bukan di zaman 20 tahun lalu. Tika filem-filem Sembilu, Sembilu 2 dan Maria Mariana tengah top sehingga Yusof Haslam jadi jutawan sekelip mata. Kjee kembalikan diri Kjee ke zaman itu. (Malam tadi Kjee ke sana disorong wheelchair.) And I sang along with Awie, Erra dan Ziana!

My heart missed a beat apabila Erra Fazira muncul bawakkan lagu Pasrah! Sukar rasanya hendak bernafas apabila dengar suara Erra melontarkan bait-bait lirik yang sengaja Kjee mahu percaya itu luahan hatinya yang gundah gulana...koyak rabak. Sorry Erra.

Kjee tahan sebak. Tapi air mata Kjee berguguran perlahan... Erra sungguh cantik dan tenang tapi Kjee dapat  rasa Panggung Sari Istana Budaya, sunyi sepi... I can almost hear a pin drop! Semua asyik dan pilu... tak kira jantina!

Begitu cara Erma Fatima membuka persembahan konsert teaterikalnya yang hebat! Semuanya sudah tertulis...

Dua puluh tahun lalu kisah percintaan hebat dipaparkan Yusof Haslam di layar perak. Dan kini dengan disaksikan isteri Awie, Rozana Misbun, kisah cinta Romeo Juliet Malaysia yang sudah dikuburkan dilakonkan semula. Walaupun hadirin tahu (dan Awie-Erra mengaku)  ianya hanya sekadar lakonan semula, tetapi Kjee antara yang mahu percaya ia.... seakan realiti..

Selepas lebih kurang sejam rangkaian beberapa buah lagu dendangan Erra, Awie dan Ziana, ada intermission kira-kira 20 minit dan bermulalah segmen teater! Ini kali pertama Kjee menyaksikan teater muzikal seperti ini dan I was really spell bound!

Susunan drama, sketsa lawak, parodi dan jugak detik-detik cemas dipaparkan, satu demi satu dengan perubahan stage sets yang pantas dan mendebarkan! Tiada cacat cela pada pandangan Kjee sepanjang malam. Cuma Kjee rasa elok kalau ditiadakan atau dipendekkan paparan drama/sketsa filem Merah. Kenapa? Korang tengok tonton sendirilah nanti.

Dan sebagai penonton, Kjee tidak dapat menahan sebak melihat babak 'percintaan Erra-Awie' dilakonkan semula secara live. Walaupun sebelum ini latihan babak itu dikatakan agak intim tetapi Alhamdullilah berjaya di'kurang'kan dengan 'body language yang berbatasan'!

Pada Kjee, Ziana Zain stole the show dengan lakonannya yang nakal dan hebat!!! Tiap kali dia beraksi panggung gemuruh dengan sorak penonton. Vokalnya memang mantap. Apapun Kjee macam perasan key nyanyiannya diturunkan sedikit berbanding suara asal dalam album. Maklumlah faktor usia! Oppps sorry if I was wrong Ziana!

But pada Kjee, Awie terhebat over all! Selamba jer dia nyanyi... without much effort rasanya!

Tabek Erma kerana selitkan parodi dan sketsa-sketsa yang buat penonton tak kering gusi. Sesekali jelas nampak hebatnya ketiga-tiga anak seni ini bawak watak kelakar!

Rasanya kalau boleh diputar kembali masa, mahu kita lihat ada jodoh antara Erra dengan Awie di tika itu. Tapi bak kata Nadia...

"Yusof Haslam macam boleh baca yang hubungan Awie dan Erra tidak akan ke jinjang pelamin... sebab itu dalam filem yang Erra-Awie digandingkan, Yusof Haslam tak buat ending happy ever after.. Justru dalam real life pun Awie dan Erra tidak berjaya bersatu.. Well.."

Kjee imbas kembali dan setuju dengan pandangan Nadia.

Sayang sekali gambar tidak berjaya Kjee rakamkan sendiri sebab situasi yang tidak sesuai. Tiada lighting yang cukup walaupun ada satu ketika, iaitu babak kejar mengejar filem Maria Mariana, Erra berjalan depan Kjee dan tunduk sambil pegang lutut Kjee tanpa Kjee perasan! Adusssss melepas gambar paling mahal!!

Pihak penerbit jugak hanya membenarkan rakaman video selama 10 minit pertama.

Itu jer lah. Kalau Kjee ada rezeki dan pergi kali kedua, maybe Kjee boleh share many more touching moments. Maklumlah kali pertama tengok Kjee tergamam dan tidak dapat fokus. Hehehe.

Turut hadir malam tadi yang Kjee nampak ialah Datuk Yusuf Haslam, Datin Fatimah Ismail serta kumpulan Wings.




2 comments:

Anonymous said...

bestnyer la kalau dpt pi tgk live kan...adehh...frust nya saya...saya antara yg menonton sembilu di pawagam sampai 4x..masa tu minat giler dgn Awie....terima kasih kak jee atas ulasan yg menarik...hangatnya hatiku tak bpeluang pegi...hu..hu...
---Watie-----.

Anonymous said...

Buat lah kat johor bahRu pulak.....nak sgt tengok....

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...