Pages

Friday, May 2, 2014

BARU MASUK REJAB...









...dah teringin makan nasi impit dengan serunding daging, serunding ikan dan sambal tumis sotong kering. Hehehe. Alahai tekak.

Sebenarnya gusi Kjee bengkak dah dekat dua minggu. Susah nak makan makanan yang keras-keras. Yang boleh hanya nasi impit. Justru hampir setiap pagi sejak minggu lalu, UnclePali ajak Kjee makan lontong sahaja untuk bekfas. Untuk lunch dan kekadang dinner makan bubur ayam McD.

Dua hari lepas Kjee gi dentist. Dr Erfa anak kepada deeiay femes Radio Malaysia Ibu Kota, Zainaldin Zainal, baru bukak klinik gigi di Dataran Wangsa Melawati. So Kjee gi jumpa Dr Erfa. Beliau beri Kjee antibiotik dan mouthwash.

Alhamdullilah, dengan izinNya, sehari jer dah baik selepas berminggu-minggu sakit. Tetapi sedap pulak duk makan makanan lembik-lembik cam nasi impit. Aikkk macam nak buat persiapan untuk hari-hari apabila gigi semua dah luruh. Hehehe.

Semalam, teringat pulak nak buat nasi impit sebab dalam peti ais ada stok serunding daging serta serunding ikan pemberian seorang sahabat. Untuk UnclePali yang tak berapa gemar bab serunding ni dia masak sambal tumis sotong kering, jugak pemberian seorang sahabat. Alhamdullilah terima kasih sahabat-sahabat yang selalu hulurkan ole-ole buat mokcik.

Pagi tadi Kjee rebus nasi impit dua selama dua jam. Kemudian Kjee tos dan sejukkan. Elok-elok sahaja UnclePali balik solat Jumaat, dah sejuk dan boleh makan. Biasanya UnclePali tak suka jugak nasi impit. Ingatkan nak masa nasi putih untuknya. Tapi dia kata okay jer makan nasi impit.

Inilah sahaja rezeki orang kurang bermaya hari ni. Kalau ada lodeh kering Jawa yang buh tempe tu mesti malatops!! Jamulah mata. Hehehe.



0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...