Wednesday, May 14, 2014

BUBUR BUTIR NANGKA IDAMAN HATIKU








Masa Kjee mengandungkan Nadia dulu, kat rumah mesti ada stok tepung pulut dan santan kotak. Kalau tengah-tengah malam buta Kjee teringin nak makan Bubur Butir Nangka, Kjee sanggup bangun dan buat! Arwah bapak Nadia memang dah tak kuasa nak melayan. Naseb baik ada bibik untuk meneman.

Hari ni Kjee buat biji butir nangka ni kecik-kecik sikit. Hangin baik bolehlah gentel kecik-kecik. Kalau angin ribut dan topan melanda, tu diaaa aku buat sebesar guli. Hehehe.

Actually dah lama Kjee tak buat bubur manis. Korang mesti perasan Kjee asyik buat kuih muih savoury sahaja. Maklumlah nak jaga kesihatan.








Tetapi semalam Kjee memang teringin sangat nak makan bubur butir nangka ni. Bila geledah pantry tak jumpa tepung pulut, punyalah kecewa. So pagi tadi tepung pulut topped my shopping list. Jugak santan kotak. Maleh lah pulak nak perah santan.

Kjee buat tiga warna seperti biasa. Dan kali ini Kjee bubuh sedikit soft brown sugar. Maka jadilah bubur yang tidak manis tetapi sangat sesuwai dengan tekak Kjee.

Penghuni lain dalam rumah Kjee tak suka makan so tadi Kjee buat setengah peket jer tepung pulut bersamaan lebih kurang 250 gms. Kalau buat banyak-banyak karang bahaya sebab Kjee sorang kena perabis! Letak garam sikit dalam tepung. Air main agak-agak jer. Sebaik dah boleh dibentuk macam bebola, okaylah.

Pastu jerang air dan gentel bulat-bulat. Masa nak masuk dalam air yang dah mendidih, penyekkan sikit. Alamak baru teringat resipi dah ada sebelum ni. So korang intai jer kat SINI yer.

Oh ya ada orang panggil Bubur Biji Nangka jugak tau. Kalau tak silap, orang tu was my late mum. Hehehe.





2 comments:

  1. Salaam Kjee...

    Cam senang je nak buat. Cam sedap je nih. Esh... dah memalam ni, kita jeling je la dulu. Tak berapa rajin nak menggentel memalam ni. Bantal sudah melambai.. hehehe...

    ReplyDelete
  2. Assalam Kjee, pernah makan bubur ni tapi ada lg satu resipi sama tp digunting tepung yg dah di adun tu org perak panggil bubur anak lebah, penah dengor tak Kjee?

    ReplyDelete