Pages

Monday, June 30, 2014

MUHD FIRDAUS SUDAH BERANSUR SIHAT. ALHAMDULILAH





























Tak perlu cerita banyak-banyak. Tengok gambar ini, walaupun kali ini airmata turut mengalir tetapi ia airmata penuh kegembiraan!

Alhamdullilah syukur Ya Allah kerana menemukan insan-insan prihatin dengan adik Muhd Firdaus. Semoga hidupnya terus dikelilingi oleh semua yang menyayanginya. Insya Allah.

MAHU DIHORMATI SEBAGAI WANITA JUSTRU FELIXIA PILIH ISLAM



Semua foto ehsan google


Hari pertama berpuasa yang cukup mudah buat Kjee semalam. Sepanjang hari Kjee rasa selesa walaupun cuaca di sebelah pagi agak panas. Kemudian lepas Asar, mendung dan hujan. Bagaimanapun, selepas berbuka ala kadar dan solat Maghrib, terus Kjee rasa pening dan tidak bermaya.

Entah apa rezeki Kjee dalam keadaan mamai itu, Kjee duduk di sofa malas depan TV dan tertekan channel 135 Astro. Mata asyik terpejam celik tengok rancangan Raikan Cinta. Kemudian sambung layan pulak HLive bersama pengacara sahabat Kjee, Dato Aznil Haji Nawawi.

Mula-mula ada temubual dengan pelakon Enot yang tabah menderita penyakit kanser usus tahap 2. Cukup menginsafkan apabila mengetahui dia hidup sebatang kara setelah kematian kedua ibu bapanya, keruntuhan dua rumahtangga tetapi bahagia disamping anak-anak.

Cukup bangga apabila Enot kata dia tidak perlukan bantuan orang kerana dia masih ada tulang empat kerat. Masih boleh bangun dan mencari rezeki untuk anak-anaknya.

Selepas Enot pergi, Pak Nil mengumumkan kemunculan seorang selebriti yang dinanti-nantikan ceritanya oleh semua orang. Dalam hati Kjee, Pak Nil mesti undang Awie sebab sekarang kes dia cukup hebat diperkatakan. Tetapi nyata sekali jangkaan Kjee meleset.

Muncul di kaca TV selebriti Felixia Yeap yang kini sudah menjadi ikon kepada ramai. Setiap ibu pasti akan bersyukur kalau ada anak seperti Felixia! Penampilannya malam ini cukup simple. Mengenakan tudung berwarna peach dan baju maxi dari kain lembut berwarna hijau bercampur turquoise yang menutupi keseluruhan tubuhnya kecuali muka dan dua telapak tangannya.

Sungguh ayu dan sopan. Sedap mata memandang. Lembut dan lancar pertuturannya.

Felixia mendedahkan kali pertama dia berhijab adalah kerana 'tuntutan' sebuah syarikat produksi yang mahu talent yang datang ujibakat untuk satu rancangan memakai hijab. Ini bermakna hanya talent Melayu yang pastinya Islam dikehendaki.





Felixia yang juga seorang model sejak 10 tahun lalu, teruja untuk menghadirinya. Dan dia tidak teragak-agak mengenakan hijab semata-mata untuk menguji sejauh mana kemampuan dirinya.

"Dan sejak itu saya sudah merasa seronok memakai hijab. Saya rasa diri saya lebih dihormati sebagai seorang wanita berbanding hidup saya sebelum ini. Semua hanya menilai saya kerana tubuh dan aura seksi saya.

"Saya mempunyai sesuatu yang lebih daripada wajah atau tubuh yang mereka kata seksi itu. Dan Alhamdullilah, saya diberi Hidayah," katanya tenang dan lembut.

Mungkin ramai sudah tahu Felixia memilih 5 Ramadhan nanti untuk memeluk Agama Islam kerana hari itu amat bermakna dalam hidupnya sebab dia itulah tarikh dia dilahirkan 28 tahun lalu.

"Ya semua tanya kenapa mesti tunggu tarikh itu. Selain hari lahir saya, kebetulan ia jatuh pada hari Khamis, yang saya difahamkan hari kesukaan Rasullulah. Saya mahu tarikh itu sebab saya mahu dilahirkan semula sebagai orang Islam."

Felixia sedar jalan yang dia pilih ini telah diterima dengan perasaan bercampur baur. Ramai yang teruja dan ramai jugak yang mengkritiknya.

"Tetapi semuanya itu saya terima dengan hati yang terbuka. Semuanya ini telah mengajar saya erti kesabaran yang sebenarnya."

Felixia dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga yang sederhana oleh seorang ibu tunggal. Dia mempunyai seorang adik lelaki. Tamat persekolahan dia datang ke Kuala Lumpur seorang diri untuk memulakan hidup disamping mencari rezeki buat keluarga.





Dia kemudian memasuki pertandingan Dewi Remaja. Walaupun tidak berjaya dalam pertandingan itu, namun hasratnya untuk menjadi model tercapai. Dan itu yang dilakukan sejak 10 tahun yang lalu dan akan terus memperagakan pakaian walaupun kini dalam bentuk yang berbeza.

Bagaimana penerimaan keluarga terutama sekali ibu dan adik lelakinya?

"Saya kagum dengan semangat Mama saya. Beliau lah yang meniup semangat untuk meneruskan apa yang saya inginkan. Baru-baru ini saya beritahu Mama yang saya gementar apabila hari (untuk memeluk agama Islam) semakin hampir.

"Mama kata saya harus tenang. Buatlah perlahan-lahan dan masih ada banyak ruang untuk saya belajar selepas itu. Saya tidak samasekali menyangka Mama akan mengucapkan kata-kata itu," kata Felixia sebak.

Pak Nil juga dilihat cuba menahan sebak. Kemudian soalan cepumas.

"Ramai yang kata apa akan terjadi kalau Felixia tidak sempat hendak mengucap kalimah syahadah dan meninggal dunia sebelum 5 Ramadhan?" tanya Pak Nil.

 Dengan senyuman yang manis, Felixia menjawab;

"Tak mengapa. Semua sudah tahu, saya sudah Islam di dalam hati."

Sebelum ini Felixia pernah memberitahu nama Islam yang bakal dipilihnya nanti, telah ditemui dalam mimpinya.

"Ya dalam saya kebingungan untuk memilih nama Islam saya, saya telah mendapatnya melalui mimpi. Mula-mula saya agak gusar. Tetapi setelah saya mencari maknanya, maka saya mendapati ia mempunyai maksud yang cukup baik," katanya lagi.

Apabila Pak Nil memujuknya untuk mengumumkan nama itu, mulanya Felixia teragak-agak. Tetapi akhirnya dia berkata, dalam mimpinya dia mendapat nama yang bermula dari dua huruf yang sama iaitu RR.

"Oklah saya beri nama R kedua itu iaitu Rania."

Mudah-mudahan usaha Rania untuk menjadi seorang muslimah yang solehah dipermudahkan dan diberkati Allah swt.

Kjee pasti ramai yang mahu melihat Rania di hari bersejarahnya itu. Harap-harap ada stesyen TV yang peka dan membuat liputan secara langsung. Kjee dah bosan tengok liputan secara langsung artis berkahwin, artis di luar mahkamah kerana bercerai, artis bergaduh dan jugak artis beranak.

Dan mudah-mudahan Rania dapat membawa ibu serta adiknya bersama-samanya dalam menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim. Insya Allah.

Baca jugak di SINI.














Sunday, June 29, 2014

WAKTU IMSAK, BERBUKA DAN JANGAN LUPA SOLAT


Saturday, June 28, 2014

SELAMAT BERPUASA


PELBAGAI KOLEKSI BARU ALCANO DESIGN UNTUK HARI RAYA


IKLAN BERBAYAR


Pihak pengurusan ALCANO DESIGN mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua pelanggan kami.

Alcano Design kini menambah koleksi perabot rumah seperti kabinet dapur dan jugak kabinet TV dan sebagainya. Sila datang mengunjungi kilang kami dengan membawa design anda sendiri. Atau boleh jugak tengok album koleksi barangan kami.

Kami buka 6 hari seminggu. Ahad cuti. Hubungi Pengurus Mr Chai di 0123966621 untuk temujanji. Peta ke kilang kami ada dibawah sekali. Terima kasih.
















Sunday, June 22, 2014

BOLEH ORDER SEPANJANG BULAN RAMADHAN






Kjee menerima order untuk Kuih Bakar Daging pada bila-bila masa termasuk di Bulan Ramadhan, untuk dihantar ke mesjid atau majlis Berbuka Puasa.

Sebiji RM6 dan order minima 3 biji.

Tiada penghantaran. Amik sendiri di Taman Melawati. Order sehari atau dua sebelum. Terima kasih.

Sms 0126780501.

Saturday, June 21, 2014

TARIKH AKHIR ORDER COOKIES ITA'S DELIGHT 28/6



Kalau masih ada yang belum membuat persiapan untuk order biskut Raya, adalah dimaklumkan tarikh akhir order pada 28 Jun ini. Tinggal tak sampai seminggu.

Kalau berminat, boleh buat pilihan pada senarai DISINI dan SINI. Kemudian sms 0126780501. Tenkiu.


JUS NENAS POTONG URIC ASID






Kjee bukan suka sangat makan nenas. Bukan suatu priority dalam rumah Kjee. Ada okay, tak ada pun tak kesah. Biasanya Kjee tak suruh pun UnclePali beli nenas.

Kjee kan selalu masak ikan talang masin masak lemak. Bila Kjee tayang jer lauk tu, sepantas kilat ada orang kata bubuh nenas pasti yummy. Tapi tak terliur pun Kjee.

But Kjee suka makan pajeri nenas. Kjee tak reti nak buat sendiri. Kjee hanya makan kalau ada ternampak kat restoran atau ada orang beri. Kjee jugak tak suka nenas mentah melainkan kalau ada dicampur dalam acar mentah atau jelantah. Makan rojak buah pun Kjee suruh jangan bubuh nenas.

Ewah. Panjang lebar Kjee story kan? Tapi kenapa hari ni ada tayang jus nenas?

Hah Kjee suruh UnclePali beli nenas tadi untuk dibuat jus nenas kerana ada kengkawan kata, jus nenas ataupun nenas kalau dimakan mentah, boleh potong Uric Acid dalam badan. Uric Asid ni jahat. Boleh menyebabkan kita kena gout atau sakit-sakit sendi.

Sejak dua menjak ni, sakit lutut kiri Kjee semakin menjadi-jadi. Malam tadi kerana tidak tahan kesakitan, UnclePali bagi Kjee telan Diclofenac dan colchicine. Pagi ni dah okay. So agaknya confirm lah Kjee kena gout kat lutut.

Since sejak dua tiga hari dah UnclePali pun kena gout, maka kenalah minum Jus Nenas sama-sama. Kjee ni bukan suka sangat bergantung hayat dengan ubat spital. Mintak-mintak mujarablah minum jus nenas ini. Ameen.

Tadi UnclePali kupas nenas dan blend dengan sedikit air tanpa gula. Kalau nak buh gula memang boleh tapi Kjee memang jauhkan minum minuman manis.

Dah blend, UnclePali tapis buang hampas. Buh ais banyak-banyak dan gogoklah Kjee dan UnclePali sekali. Sedap lah pulak.

Ada sebiji lagi, esok nak buat lagi.
















NAY PYI TAW BAKAL PESAT SEPERTI PUTRAJAYA



Dato' Jailani Johari dan To'Puan Siti Nurbiha



Dato' Jailani Johari, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multi Media telah mewakli negara dalam Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN (ASEAN Ministers responsible for Information (AMRI) di Nay Pyi Taw, Myanmar, minggu lepas.

Isteri beliau, To'Puan Siti Nurbiha kenalan Kjee di FB yang jugak teman di kawasan perumahan yang sama, telah mengikuti suaminya dalam rangka lawatan ke sana.

Semasa di sana, To'Puan Siti Nurbiha telah menceritakan mengenai lawatan beliau ke Myanmar. Kjee tanya mengenai keadaan di Myanmar. Apakah potensi ia dijadikan tempatan lawatan seperti Vietnam. Negara Vietnam kini menjadi salah satu lokasi pelancungan terutama sekali untuk wanita yang ingin membeli belah. Apakah mereka jugak boleh pergi ke Myanmar selepas ini?

"Kalau bertanya orang perempuan yang melawat luar negara, perkara pertama mesti nak tahu mengenai shopping. Barang-barang jualan Pasar Malam di Myanmar sangat murah. Tetapi maklumlah, saya pergi dalam rombongan yang perlu melalui banyak protokol. Nak bergerak sana sini tidaklah boleh sesuka hati. Keselamatan kami diutamakan. Kalau ikutkan hati memang nak jelajah satu Pasar Malam," kata To' Puan Siti Nurbiha sambil ketawa.

Jadi, mereka yang dah selalu sangat berulang alik ke Vietnam untuk melancung dan shopping, kini mungkin boleh jadikan Myanmar, lokasi pelancungan di lain masa.

Di bawah ni saya copy paste tulisan To' Puan Siti Nurbiha mengenai lawatan ke Myanmar mengiringi suami beliau ke sana. Terima Kasih To' Puan Biha. Lenkali gi ikut Dato kemana-mana, bolehlah update kat blog Kjee yer. Dari seorang bekas pramugari ke wartawan.  Hehehe.





oleh To' Puan Siti Nurbiha






Dato’ ke Myanmar pada 11-13 Jun 2014 yang lalu, mewakili Malaysia dalam Mesyuarat Asean Ministers responsible for Information (AMRI). 

Dalam mesyuarat AMRI kali ini, Negara Malaysia telah menyerahkan kepengerusian AMRI selepas menjadi pengerusi selama tempoh dua tahun, kepada Myanmar sebagai pengerusi baru untuk tempoh dua tahun yang akan datang. Dalam program ini, pasangan juga dijemput sama dimana saya telah turut serta dan menyertai program lawatan khas untuk isteri-isteri Menteri AMRI.

Berdasarkan pengamatan saya dalam tempoh singkat di Myanmar khususnya di Nay Pyi Taw, pembangunan bandar ini telah dirancang sebaiknya untuk satu tempoh yang panjang. Saya percaya sebagai ibu Negara Myanmar yang baru dengan struktur bangunan dan lokasi tersusun bangunan-bangunan kerajaan menjadikannya cukup unik. Lebih menariknya, pembangunan pesat ini mampu dilakukan dengan cepat semenjak ibunegara Myannbar dipindahkan daripada Yangon ke Nay Pyi Taw pada tahun 2005. Antara tempat-tempat yang menarik yang saya lawati ada Gems Museum, Pagoda dan juga National Culture Village

Keunikan susunatur Nay Pyi Taw dan perancangan jangka panjangnya ini mengingatkan saya kepada Putrajaya pada peringkat awal pemindahan Pusat Pentadbiran Kerajaan daripada Kuala Lumpur ke Putrajaya. Saya yakin dalam masa 5 tahun lagi Nay Pyi Taw akan menjadi lebih pesat membangun. Namun demikian saya juga merasa bangga kerana pelan pembangunan Putrajaya sekurang-kurangnya mendapat perhatian negara luar dan turut menjadi contoh pada hari ini sebagai ikon kepada kemajuan pentadbiran Kerajaan Malaysia.












Dato' Jailani bersama Presiden Myanmar

Istana Presiden

Friday, June 20, 2014

CARROT JUICE. ONE FOR ME... EH BOTH FOR ME LAH








Musim panas. Kena minum banyak air putih atau air kosong. Semalam ada dua biji carrot yang dah duduk beberapa hari dalam fridge. Dah nampak macam tak ensem. So Kjee suruh UnclePali buat jus Carrot. Dapatlah dua gelas. Both for me cos UnclePali tak suka Carrot Juice. Naseblah kan.

Oleh kerana Kjee tak boleh minum manis, UnclePali campur susu cair dan juga sedikit susu manis. I Like.


Thursday, June 19, 2014

SPAGHETI GORENG ORANG MELAYU





Dah a few weeks Kjee perhatikan sahaja setengah peket spagheti San Remo dalam pantry. Baki yang Kjee rebus hari tu untuk makan Laksa Johor. Oppps kuah bukan buat sendiri tapi diberi oleh Shiela, blogger Spices Journey. Kuah Laksa dia memang meletopsss!

Sejak seminggu lepas perut Kjee meragam. Tekak teringin nak makan mi goreng mamak tapi tak berani sebab ada orang kata Mi Kuning ada mengandungi Boric Acid. Dan boleh menyebabkan banyak problem termasuk perut meragam.

Nak tahu samada mi tu ada Boric Acid, perhatikan apabila dimasak ia bertukar menjadi merah. Boric Acid adalah chemical yang telah diharamkan. Satu ketika dulu, pengusaha mi kuning dah tak guna Boric Asid untuk menjadikan mi mereka tahan lama. Tapi, lama kelamaan, apabila pihak berkuasa alpa, dia orang start bubuh balik.

Anyway, Kjee bukan nak bagi lecture panjang lebar pasal mi kuning dan boric acid. Sebab itu, Kjee gantikan mi kuning dengan spagheti.

Kjee ada seorang kawan. Cucu dia berumur 2 tahun suka makan mi kuning. Tiap hari mama dia beli mi kuning, bubuh dalam mangkok plastic dan diberikan kepada anak itu. Makan mentah-mentah. Satu hari si ibu dapat tahu kesan buruk mi kuning lalu dia rebuskan spagheti untuk anaknya.

Spagheti sangat bagus. Tiada bahan campuran pengawet. Hanya tepung, air dan telor. Boleh buat sendiri kalau ada gadget nak buat mi.



































Tadi Kjee pun terfikir nak buat Spagheti Goreng. Dalam fridge ada udang, isi ayam, carrot dan sayur bok choy. Sayur ini ala-ala sawi yang kontot. Saiznya dalam 4inci. Dan boleh dibubuh dalam mi goreng. Kjee rebus shitake mushrooms yang memang sentiasa ada stok dalam pantry. Rebus selama ½ jam. Kalau rendam, lama sangat. Kjee ni jenis tak kuasa nak menunggu lama-lama. Boleh rendam semalaman.

Kjee tak ada resipi khusus untuk Spagheti Goreng. Cuma Kjee kena buat pedas sikit kalau tidak, Unclepali tak makan. Jangan lupa rebus dulu spagheti dengan sedikit garam sampai al dente atau kenyal. Toskan.

Tumbuk bawang putih, bawang merah, cili padi dan cili merah sampai halus. Pastu tumis sampai garing, masukkan ayam yang telah dipotong suka hati, carrot dihiris halus dan juga cendawan yang telah dihiris. Apabila bahan ini semua dah elok masak, masukkan bok choy, tunggu sampai sedikit layu, kemudian masukkan spagheti. Gaul sampai rata dan biarkan sampai berwap.

Ketika ini masukkan udang dan juga sedikit kicap manis dan kicap masin atau cair. Kjee guna fish sos atau nampla.

Apabila udang sudah masak, padam lah api.

Itu jer. Selama menerai.




Wednesday, June 18, 2014

CARROT CAKE SUPER MOIST BLOGGER CAHAYA SHIELA








Better late than never!

Berbaloi jugak UnclePali menunggu Carrot Cake ini dari blogger cake femes CaHaya Shiela. Nak belikan dia cake lain untuk Father's Day, dia cakap tak payah.

Kjee ni pulak malu sikit nak order dengan Shiela sebab udahlah dia sibuk dengan order cake yang bertingkek-tingket, adik perempuan kesayangannya pulak masuk ICU kerana virus di otak. Koma dah banyak hari.

Sebelum itu, Shiela dah janji nak bagi UnclePali rasa Carrot Cake air tangan dia setelah mendapat tahu UnclePali suka sangat kek tu. Seringkali beli kat Secret Recipe tapi komplen, kek kat SR, kering tak lembab.

So, malam tadi apabila Shiela datang hantar Carrot Cake dia yang meletopsss tu, UnclePali terus masukkan dalam fridge. Bagi chill betul-betul baru makan, katanya. Jenguk pun tak nak sebab dia kata biar jadi surprise esok.





Dan pagi tadi, he was grinning from ear to ear. Senyum macam baby dapat toy baru. Sebaik sahaja rasa, dia geleng kepala.

"Hmmm berbaloi tunggu. Sedap sangat. Maceh maceh maceh Shiela!" Dia bagi Kjee rasa sikit saja sebab dia kata orang diabetes tak boleh makan banyak-banyak. Hmmmm.

Cukup rasa Shiela. Just nice. Ada rasa kayu manis dan seriously kalau guna bahan-bahan import, memang lain rasanya!

Tenkiu sis. Terima kasih daun keladi.... lain kali bawak lah lagi. Ewahhh.




Monday, June 16, 2014

LODEH JAWA KERING RESIPI BONDA







Jangan nak mengaku diri kau tu Jawa kalau masak lauk ni tak lulus, kata arwah bonda masa Kjee mula-mula belajar memasak dengannya dulu. Ya lah kalau bapak Jawa, Mak Jawa tapi tak mengaku diri tu Jawa. Eh Kjee mengaku dan bangga jadi anak Jawa walaupun tak reti nak ngomong Jowo. Hehehe.

Orang Jawa rajin-rajin tau kata arwah Bonda. Yang wedok (perempuan) rajin ke dapur dan yang lanang (lelaki) rajin ngerjakan kebun. Sebab itu orang Jawa sarapan makan nasi sebab nak gi kebun. Dan lauk ini antara yang dibuat bekal makan dengan nasi yang dibungkus dalam daun pisang atau upeh. Dulu-dulu mana ada tupperware!

Anyway, Sambal Goreng Jawa yang kering adalah hidangan wajib di pagi Hari Raya. Kalau tak ada, Nadia tarik muka empat belas! Si Nadia ni Jawa piau (pure). Arwah Abah dia Jawa asal dari Pekalongan dan Mama dia, Jawa Ceribon. Yang tak tahu, dua-dua tempat ni kat Indonesia bukan Jerman. Hehehe.






Ada banyak versi tapi ini versi Bonda Kjee. Mesti bubuh belacan dan gula Melaka. Kalau tidak, mana boleh nak dapat rasa macam arwah Bonda buat.

Tak tahu lah nak cakap tapi setakat ini, Kjee hanya pernah jumpa satu sahaja tempat yang jual Sambal Goreng Jawa ni, sebiji macam resipi Arwah Bonda. Hmmm tapi taklah sebijik sangat. Mungkin 70 peratus jer. Hehehe. Nak 100% kena buat sendiri.

Okay kalau korang nak resipi, KLIK SINI. Maleh aku nak copy paste. Dan banyak kali aku ulang tayang. Dalam resipi itu, Kjee guna kacang buncis. Tapi hari ini Kjee guna kacang panjang ikut sebijik resipi arwah Bonda. Dan Kjee bubuh hati dan pedal ayam jer.




Sunday, June 15, 2014

YOU HAVE WON THE HEARTS OF MILLIONS, EIRMA FATIMA


Citra dan Ain buah hati pengarang jantung Erma



Assalammualaikum Eirma,

Semua wanita menunggu masa untuk melihat awak meratap dan mengalirkan airmata kerana kini berkongsi suami dengan wanita lain. Tetapi kemunculan awak dalam Hlive ASTRO Channel 135 Maya tadi, Kjee pasti, Kjee antara ramai yang mengalirkan airmata pulak.

Sejak beberapa minggu yang lalu, terdengar banyak desas desus serta suara-suara sumbang mengenai perkahwinan kedua Bade yang dikatakan penuh kontroversi. Perkahwinan itu tidak kontroversi tetapi mulut-mulut longkang di sekeliling, yang menjadikan ia kontroversi!

Dan akhirnya, semua terjawab apabila awak dengan tenang dan mungkin sedikit terkilan memberitahu 'telah dinafikan hak' untuk meminang isteri kedua Bade, suami awak.

"Saya rasa janji saya tidak lengkap. Janji saya kepada Bade ketika saya mengizinkan dia berkahwin lagi 20 tahun lalu. Sudah beberapa kali saya utarakan calon untuk Bade. Saya sanggup pergi pinang. Tapi Bade menolak.

"Saya tidak diberitahu mengenai pernikahan Bade ini. Ketika itu saya terlalu sibuk mengarah drama Takhta (didalam negara). Drama itu sendiri telah memberikan saya banyak tekanan. Alhamdullilah, kerana kesibukan itu, saya dapat melupakan seketika masalah lain dalam hidup yang sedang berlaku.

"Bade telah mendidik saya supaya jangan campur adukkan kerja dengan hal-hal rumahtangga. Topi pengarah saya bukak sebaik sahaja saya melangkah masuk ke dalam rumah. Justru, apa jua berlaku dalam rumahtangga, saya mengikut arahan Bade."

Kjee menahan nafas menonton Eirma dan Aznil sepanjang sessi perbualan singkat itu. Bimbang kalau-kalau ada yang Kjee terlepas dengar. Dalam hati Kjee bangga sekali melihat ketabahan Eirma.

So happy you're still the iron lady I've always known you to be! I was glad to be able to hold back my tears, my sadness.

Tetapi apabila Aznil bertanya samada pernah menemui Aida dan jugak menyuruh Eirma memberi sepatah dua nasihat kepada madunya, Aida, my tears just flowed. Kjee tidak dapat menahan airmata dari terus mengalir.

"Tidak, saya belum pernah menemuinya. Bade pun belum memberitahu mahu membawa isterinya datang berjumpa saya. Tetapi saya yakin, dapat bertemu dengannya dalam masa terdekat."

Apa kata-kata Eirma buat Aida sekiranya dia menonton rancangan itu, kata Aznil.

"Saya sedar saya sudah gagal menjadi seorang isteri yang baik untuk Bade. Saya harap Aida akan menjaga Bade sebaik mungkin..." begitulah sikit lebih kurang kata-kata awak yang membuat Kjee terus berpaling kearah lain. Tak sanggup melihat wajah Eirma kerana Kjee fikirkan Eirma akan mengalirkan airmata!

You have won the hearts of millions out there Eirma! Please stay that way, all the way, sis! May Allah swt be with you always, Insya Allah.

Seandainya Kjee tak boleh jadi macam Eirma, sekurang-kurangnya Kjee tahu, Eirma akan menjadi sumber kekuatan serta inspirasi Kjee dan ramai wanita di luar sana. Insya Allah. Ameen.

Ini bukan sebabak dari puluhan drama yang Eirma telah arahkan. Ini kisah hidup sebenar Eirma Fatima Rahmad!



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...