Saturday, June 14, 2014

ENTRI KJEE YANG TAK MUNGKIN DILUPAKAN







Ramai kata antara entri Kjee yang paling mengesan di jiwa mereka ialah pengalaman Kjee jumpa Cik Han (hantu). Mungkin pembaca baru blog ini tak sempat nak baca. Tetapi followers tegar blog Kjee, beritahu walaupun baca sekali sahaja dulu, kesah-kesah itu tak mungkin dia orang lupa!!

Peminat paling setia Kjee yang seringkali ingatkan Kjee pasal entri-entri Cik Han Kjee tu ialah Che Mat Gebu, blogger masakan yang femes tu.

Hari ini Che Mat imbas kembali kisah-kisah yang menakutkan itu. Justru Kjee pun bukaklah balik nak tengok samada betul serem ke tidak.

Ada satu kisah benar yang berlaku semasa Kjee menulis 3 entri kisah Cik Han itu. Kjee buat dalam tiga parts (bahagian). Setelah ketiga-tiga bahagian itu, Kjee siarkan, tetiba satu malam Kjee bermimpi. Kjee bermimpi didatangi oleh sahabat wartawan Saodah Ismail.

Dalam mimpi itu, Saodah suruh Kjee padam satu entry. Dia tak bagitau entri apa. Hanya nombor entri tersebut.

Pagi esoknya, Kjee terjaga, terus pergi ke komputer dan cari. Entri itu adalah kisah 'Kenapa Mesti Takut Hantu Part 4'.  Ia mengandungi gambar-gambar yang Kjee rakam masa Kjee dah kahwin dengan UnclePali. Kjee bawak dia ke tempat-tempat yang Kjee 'terkena' termasuk rumah yang Kjee tinggal di Kampung Kemensah dulu.

Pagi tu, Kjee punyalah takut. Menggeletar seluruh tubuh. Lantas Kjee terus padam entri berkenaan dan berlari masuk bilik kejutkan UnclePali.

Agaknya Cik Han tu bengang. Buat cerita aje cukuplah. Ni pepandai nak tunjuk gambar. Hehehe.

Kjee bubuh link entri-entri tersebut dibawah ini. Tapi Kjee bagi amaran, kalau ada yang lemah jantung, lemah semangat, lemah syahwat atau lemah apa sekali pun, tolong jangan baca. Risiko tanggung sendiri tau. Hehehe.

1. Kenapa Mesti Takut Hantu Part One
2. Kenapa Mesti Takut Hantu Part Two
3. Kenapa mesti Takut Hantu Part Three


0 comments:

Post a Comment