Pages

Saturday, June 14, 2014

TEMPAT PERSEMADIAN AZIZ SATAR SEPATUTNYA SEBELAH P RAMLEE?




Sandakiah dan arwah ayahnya




Kjee terpanggil untuk menyiarkan luahan hati Puan Sandakiah Azez, anak perempuan Allahyarham Dato Azez Satar, dalam Facebook beliau semalam.

"Salam semua sahabat... lebih kurang lg 2 jam, genaplah 40 hari ayahanda meninggalkan kami. Esok kami sekeluarga akan mengadakan majlis tahlilnya di Singapura. Semoga Allah memberkati majlis & mempermudahkan segalanya, aamiin. 

Sepanjang pemergiannya, banyak yg kami dengar, banyak yg baik & tidak kurang juga yg menyakitkan hati. Lumrah kehidupan manusia, bila orang sudah tiada, dialah yg terbaik, dialah yg disanjung, dialah yg dirindui, dialah yg tiada tandingan, dialah yg hilang tiada ganti, dialah sahabat paling rapat, pemergiannya kehilangan besar pd industri. Tapi, semasa hayatnya dia sakit, di mana orang2 ini semua?

Semasa hayatnya, pernah saya sendiri mencadangkan pd pihak berwajib, sebuah majlis tribute utk ayahanda, tanpa pengetahuannya. Pd saya adalah lebih baik jika sesuatu anugerah itu diberi pd empunya diri semasa hayatnya. Tetapi pd mereka, siapalah aziz satar, siapalah sandakiah. Tiada badan kerajaan mahupun korporat yg mahu sponsor atau anjur majlis tersebut. Akhirnya majlis tersebut terpaksa dibatalkan, walaupun kami sudah print banner & bunting. Tapi takpe, small matter.

Apa yg saya mahu nyatakan pd mlm ini adalah, walaupun setelah 40 hari kehilangannya, masih lg terdengar tentang isu pengkebumiannya. Masih lg ada yg mempertikaikan mengapa allahyarham ayahanda tidak dikebumikan bersebelahan dgn p.ramlee. Aziz Satar satu nama besar, patut dikebumikan di perkuburan ampang bersebelahan p.ramlee. Perlu ke? Hingga terdengar kata memang sudah ada lot reserve utknya. What? Apakah istimewanya perkuburan ampang itu hingga patut diletakkan aziz satar di situ? Apakah dia akan mendapat keistimewaan alam barzakh berbanding jenazah lain? Bukan kah bumi Allah ini semuanya sama? Walau dimana pun kuburnya, ia tetap munkar & nakir yg sama. Andai kata kuburnya di pulau terpencil, tetapi Allah izinkan cahaya di dalamnya, siapalah kita utk mempertikaikan lokasinya. Nama Datuk Aziz Satar yg besar itu hanyalah di dunia, di atas batu nisan tidak ada perkataan 'Datuk', hanya nama as per i/c.

Jadi kami berharap tidak ada lg pihak2 yg mengutarakan isu perkuburan ini. Biarlah dia tenang di sana, jangan ganggu kami dgn isu remeh temeh. Sedekahkan saja alfatihah & doa yg baik2. Mohon maaf sekiranya ada kesilapan pd pandangan kami, jika ada tolong betulkan. Jika tidak, saya izinkan anda share status ini sebagai tanda sokongan, dan supaya sampai kpd pihak2 yg berkenaan. Terimakasih... assalamualaikum."


AL FATEHAH.



0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...