Pages

Saturday, July 12, 2014

MI KARI NYONYA SEDAP GUA CAKAP LU









Mi Kari. Uniknya masyarakat majmuk di Malaysia ialah setiap bangsa ada resipi Mi Kari mereka yang tersendiri. Justru, kita sebenarnya banyak pilihan untuk memilih Mi Kari yang sesuai dengan citarasa masing-masing.

One man's meat is another man's poison. Maknanya, kalau Kjee suka Mi Kari Nyonya, tidak semestinya ia menjadi citarasa korang. Tepuk dada tanya selera. Kjee, misalnya kurang gemar makan Mi Kari yang disertakan dengan telor rebus. Kjee tak tahu kenapa tapi kalau Kjee tengok Mi Kari ada telor rebus, terus tertutup selera.

Mi Kari yang menjadi pilihan Kjee ialah Mi Kari Nyonya. Masa Kjee meniaga dulu, ada budak-budak sekolah nakal yang mengusik Auntie Jee. : "Nyonya mana ni pulak Auntie Jee?". Hehehe.

Anyway, dek kerana teringin sangat nak makan Mi Kari dan terlalu malas nak keluar tapau Mi Kari untuk Berbuka Puasa, maka semalam Kjee masaklah kat rumah Mi Kari Nyonya Kjee yang femes ni. Femes? Hmm bukan resipi ori Kjee tetapi resipi yang Kjee dapat lebih 30 tahun lalu dari nyonya yang jual kat kantin NST dulu.




























Kjee kata femes sebab apabila Kjee masukkan resipinya dalam blog Kjee beberapa tahun lalu, ramai yang sudah mencubanya. Dan feed back yang Kjee terima adalah, ianya memang sedap. So, Kjee tak maulah amik kredit kata mi kari ni sedap sebab resipi Kjee. Perlu beri kredit kepada nyonya yang sudi ajar Kjee buat dulu.

Bukanlah ajar satu persatu tapi dia hanya kata: " Lu taruk itu, lu taruk ini maaa.."  Alhamdullilah anak murid 'sifu yang ajar lu taruk itu lu taruk ini' berjaya menghasilkan Mi Kari idaman Malaya. Hohoho.

Petang semalam dalam kekalutan banyak kerja nak buat menjelang Azan Maghrib, inilah sahaja gambar yang boleh ditayang.

Mi Kari Nyonya hanya dianggap lengkap kalau ada Kerang danTaupok.

Resipi korang intai SINI. Selamat mencuba.




4 comments:

adda syuhada said...

sedapnyerr...

smell delicious! a.k.a inachomel said...

salam kak jee, kalau tgk resepi kak jee, tak letak bawang masa tumis. mmg x yah letak ke atau terlupa nak tulis. selalu kalau masak buh bawang terasa manisnye semulajadi. hujung minggu ni nak try nih!

Kjee said...

Please ikut resipi. kalau tak ada dalam resipi tak payah bubuh. kalau nak letak apa sahaja bahan extra ikut sukalah.

fiza zabri said...

Saya dh cuba.. Sedap sgt! Tq kak jee

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...