Thursday, July 3, 2014

POHON DOA BUAT DATUK SHARIFAH AINI







Biduan Negara Datuk Sharifah Aini, 61 tahun yang telah dimasukkan ke hospital dua hari lalu kerana masalah pada paru-paru, kini beransur pulih.

Wakil beliau, Aishah Ali memberitahu, keadaan Datuk Sharifah Aini hari ini lebih stabil berbanding hari pertama beliau dimasukkan ke hospital.

"Masalah pernafasan beliau kini sudah bertambah baik dengan pengawasan teliti pihak hospital. Kami merayu jangan ada pihak yang menyebarkan khabar angin mengatakan keadaan Datuk Sharifah Aini parah ataupun kritikal.

"Saya baru sahaja pulang dari menziarahi beliau petang tadi dan mendapati tahap kesihatan beliau kini amat memuaskan. Malah Dato Dr Zainuddin Md Zain, Pakar Perunding Respitori juga memberi jaminan segala yang terbaik sedang dilakukan untuk penyanyi kesayangan ramai itu," kata Aishah Ali ketika Kjee menghubunginya petang tadi.

Difahamkan, hanya Aishah Ali sahaja yang akan memberi kenyataan kepada media bagi pihak keluarga Sharifah Aini.

Justru, di hari dan bulan baik ini, elok kita semua mendoakan agar Datuk Sharifah Aini segera sembuh dan terselamat dari segala musibah. Insya Allah. Ameen.

1 comment:

  1. Sejak aku budak-budak lagi tahun 70han aku suka sangat dengar lagu-lagu datuk sharifah aini, kadang-kadang aku dan kawan-kawan ramai-ramai menyanyikan lagu-lagu arwah, antaranya lagu bunga tanjung, terbang helang, selimut putih ..sedap sungguh suaranya. Al Fatihah

    ReplyDelete