Pages

Saturday, July 5, 2014

SAMBAL GORENG JAWA BIASA BIASA









Semalam Kjee buat lauk ni untuk buka puasa. Nasib baik Kjee buat sebab Kjee langsung tak ada selera nak makan semalam. Kjee ratah jer Sambal Goreng Jawa ni. Nasi dah tak boleh masuk. Pastu sahur pun sama. Cuma Kjee makan satu senduk nasi bersama Sambal Goreng ni.

Sambal goreng yang Kjee buat ni ala-ala hantam sajalah labu. Bukan ori macam orang Jawa lain buat. Kjee masak ikut suka tekak Kjee. Justru semalam Kjee tak bubuh serai dan lengkuas ataupun tempe.

Kjee hanya guna bawang putih, bawang besar, kentang, fucuk, cili kering, udang kering, bilis dan kicap.

Kjee beli fucuk jenis yang keras. Yang sekeping sekeping tu tak sedap. Kena rendam semalaman dan gunting dalam ¼ inci. Toskan.





























Kentang Kjee potong dadu dan goreng. Ikan bilis jugak digoreng garing-garing dan ditepikan. Gunting serong cili kering halus-halus dan rendam serta asingkan biji. Banyak mana sukati. Tapi Kjee buh banyak sebab suka pedas.

Lepas tu Kjee tumis bawang bawang putih dan bawang besar. Apabila dah wangi, Kjee masukkan cili kering serta udang kering. Udang kering rendam dalam air panas dan tumbuk. Apabila sudah naik bau, masukkan fucuk dan kicap manis serta kentang goreng.

Goreng sampai berwap. Kicap ni ikut suka letak banyak mana. Kjee letak sampai kicap cukup untuk jadikan lauk tu warna hitam. Tak payah bubuh garam dah. Kicap manis tau bukan kicap masin. Kjee guna Kicap manis Jalen. Bumiputera punya.

Pastu padam api dan masukkan ikan bilis garing. Gaul-gaul sampai rata. Itu jer.

Kalau nak versi lain, INTAI SINI.

Buat banyak-banyak, simpan dalam bekas kecik-keciik dalam freezer. Sahur boleh panaskan dalam microwave.




3 comments:

Eellee Nana said...

sedapnya k.jee, boleh try lepas ni :)

Amie said...

Ni dah kira cukup sedap Kak Jee... kalau ikut resepi Jawa yang ori, saya pun tak larat nak buat untuk makan sendiri... he heheh banyak bahan nak pakai, tu pasal sesuai sangat sambal ni dibuat masa rewang2 tuk kenduri.

Mona Lea said...

buat sambal ni hari pertama puasa kak gee.sedapnya.buat lebih sikit utk ratah

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...