Pages

Wednesday, July 2, 2014

SAMBAL SPECIAL TERUNG PIPIT MAT GEBU









Tiap kali nampak pokok Terung Pipit atau Terung Berembang, Nadia mesti cakap dialog yang sama.

"Eeeee terasa kat tekak Sambal Hijau Terung Pipit air tangan Pakcik Mat Gebu yer Mama. Bila kita nak ke Sedenak lagi?"

Amboi Che Mat. Sekali makan, Nadia dah teringat-ingat. Mandrem apa yang awak guna ni? Hehehe.

Kjee pun buatlah. Adalah dua tiga kali tapi masih tak dapat rasa sama cam kami makan kat rumah Che Mat Gebu. Lupa lak nak intai resipi kat blog. Bila intai, mak ai. Bukan sebarang sambal hijau! Kjee ingat cam goreng berlado jer.

Apapun, bila dah siap masak, Nadia senyum saja masa makan ketika buka puasa hari tu.

"Yessss ini baru sama rasa."

Sambal hijau terung pipit ni memang sedap. Cuma Kjee derhaka sana sini. Misalnya, Kjee rebus dulu terung tu sampai lembut dan toskan airnya. Jadi time memasaknya dapat dikurangkan. Tak payah bubuh air masa masak sebab kata Che Mat, air tu untuk lembutkan terung tu. Oppps Kjee buh sedikit saja. Pastu Kjee guna asam gelugor bukan asam keping.

Korang tengok resipi kat blog Che Mat. Kjee nak cepat ni sebab ada hal kat luar. INTAI SINI.






2 comments:

Gee® said...

Wah! mengguda la...

Lynn Munir said...

Aruah mak memang suka makan terung pipit ni dan memang pandai masak sayur ni.
Tapi saya tak pandai makan dan tak pandai masak terung pipit nih.
Pertama kali singgah di sini. Salam kenal kak Gee.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...