Monday, September 8, 2014

NASI LEMAK MASAK SENDIRI














Berlambak orang jual nasi lemak tiap pagi. Tapi kalau dah tekak kata nak makan home made punya, nak tak nak terpaksalah buat jugak kan? Nasi Lemak home made cukup lemak dan rasa. Tak macam Nasi Lemak beli... Oppps Kjee dulu niaga Nasi Lemak tetap cukup lemaknya tau!

Anyway, pagi tadi lepas Subuh dan babai babai kat Nadia yang keluar awal sebab ada kursus 3 hari di Bangi, Kjee pun ke dapur sorang diri. UnclePali tak tau pun Kjee nak masak Nasi Lemak. Kalau tau, dia mesti marah. Dialog cliche dia :"Berlambak orang jual. Tak payah sibuk-sibuk buatlah!" Tu diaaaa. Tak berdesing ke telinga!!

So kita masak pelan-pelan pagi tadi. Kali ni tak ada nyanyi-nyanyi kuat-kuat. Nyanyi pelan2 jer lagu Jamal Abdillah 'Mati Hidup Semula'. Jangan tanya kenapa aku nyanyi lagu tu. Sukati aku lah kan. Hehehe.

Beras Basmathi berbaki banyak sejak Raya hari tu, so pagi ni Kjee masak Nasi Lemak guna beras tu. Oleh kerana Kjee tak ada sukatan air untuk masak beras tu, Kjee skodeng kat blog Che Mat Gebu. Beliau buat stail orang Johor yang bubuh bawang dan juga halba. Tapi Kjee tak bubuh sebab penghuni rumah ni punya tekak pelik sikit. Karang tambah macam-macam, banyak jer komplen.

Jadi Kjee buat stail orang KL. Buh santan dan garam hingga cukup rasa.

Oleh kerana penghuni rumah tak ramai, Kjee buat dua cawan beras jer. Ala cawan standard yang Kjee guna untuk sukat tepung bila baking. Kjee guna santan dalam kotak sebab kedai belum bukak lagi pepagi ni nak gi beli kelapa.

So sukatan yang Kjee guna ialah 2 cawan beras Basmathi (Kjee guna Pusa Gold Super Panjang) dan 3 cawan santan. Bab santan ni, Kjee guna satu cawan santan pekat kotak dan 2 cawan air. Beras dicuci dan direndam lebih kurang ½ jam. Lepas tu, toskan beras hingga kering. Masukkan ke dalam rice cooker. Buh santan dan garam dan daun pandan dan masaklah sampai hampir kering.

Kjee telah sediakan kukusan. Sebaik sahaja nasi dalam rice cooker hampir kering, Kjee keluarkan dan alihkan ke dalam kukusan yang telah dilapik daun pisang. Kjee kukus selama lebih kurang 20 minit.

Kenapa mesti kukus? Saja. Sukati. Kita yang buat dia. Dah terlebih rajin. Hehehe.

Hari ni Kjee buat Sambal Sotong jenama Rex. Yang dalam tin tu.

Kalau korang nak buat guna beras biasa, korang tengok kat SINI. Untuk sambal sotong dalam tin tu, korang boleh tengok DISINI.





5 comments:

  1. Salam perkenalan Kjee..........sedapnya..........mmg favorite ninie nasi lemak sotong ni........minta izin Kjee nk resepi..........terima kasih...........

    ReplyDelete
  2. Sedapnya nampak....memang terangkat kalo dapat ni...

    ReplyDelete
  3. Kjee... kita baru nak ramah bertanya, naper kena kukus? Kotlah ada extra flavour ke apa.... rupa rupanya SUKAHATI KJEE NAK KUKUS. Ahaks...

    ReplyDelete
  4. Salam perkenalan kjee :)

    Subuh2 nie nampak nasi lemak..lapar pulak perut nie...sedapnya kalo dapat makan panas2 kan...

    kjee jemput ke blog saya ye www.ladysara84.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  5. suka mkn nasi lemak gan telur rebus mcm tu,.. tq for kongsi resepi.

    ReplyDelete