Pages

Wednesday, September 10, 2014

SAMBAL PETAI IKAN MABONG GORENG


















Beberapa hari lalu, Kjee ternampak ada fren FB post gambar Sambal Ikan Tenggiri dengan petai, di newsfeed FB Kjee. Tetiba teringat akan petai yang UnclePali beli Ahad lalu. Mujur Nadia simpan dalam fridge. Adalah rupa petai sikit setelah empat hari..hehehe.

Kjee selongkar freezer dan hanya jumpa ikan Mabong yang Unclepali beli kat Hero Market dulu. Tak sampai hati nak suruh dia keluar gi beli ikan Tenggiri. Dia tengah sibuk kejar deadline siapkan artwork buku cenderamata mesyuarat UMNO.

Kerja Kjee dipermudahkan apabila jumpa satu bekas cili kisar dalam freezer. Kalau hari tak sibuk, UnclePali memang kisar cili kering dan bekukan. Rajin kan suami kita.

Ini kali pertama Kjee buat sambal petai ikan kembong goreng. Selalunya Kjee buat sambal petai udang atau ikan bilis. Jadi agak teruja membuatnya.

Setelah Kjee kerjakan petai yang mengambil masa agak lama sebab petai sudah pula mengecut, Kjee pun kerjakan ikan Mabong. Bubuh garam dan kunyit dan perap seketika dalam fridge.

Kemudian Kjee potong 2 labu bawang besar dan dihiris. Kjee amik sejemput dan tumbuk bersama 3 ulas bawang putih. Kjee jugak tumbuk sejemput ikan bilis. Saja nak bagi rasa. Kekadang Kjee guna satu kuib bilis. Tapi tadi stok elek.

Dah siap semua, tumis bahan-bahan tumbuk sampai wangi.  Kjee tumis gunakan minyak yang agak banyak. Dekat satu mangkuk. Menumis sambal ni, kalau guna minyak banyak, rasanya lagi sedap. Tapi sebaik sahaja padam api, Kjee kaup pelan-pelan semua minyak dan buang. Kemudian masukkan cili kisar dan lebihan bawang besar yang dihiris tadi.

Setelah sambal agak garing, Kjee masukkan petai. Selalunya Kjee goreng dulu petai separuh masak tapi kali ini, Kjee goreng sekali dalam sambal. Minyak kan banyak tadi.

Campakkan satu keping asam gelugor dan garam mengikut rasa serta sedikit gula. Kalau dah puas hati, padam api dan jangan lupa buang minyak kalau berlebihan.

Selepas itu Kjee goreng ikan Mabong. Apabila sudah siap, Kjee susun ikan dalam pinggan dan curahkan sambal petai.

Inilah versi Sambal Petai Ikan Mabong Goreng. Mungkin ada orang goreng ikan pastu dimasukkan dalam kuali bersama sambal. Sukati lah kan. Kita yang buat dia. Hehehe.








0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...