Pages

Friday, October 10, 2014

DAGING GORENG HALIA







Lauk ini rezeki daging korban pemberian dari Faizah Shahbudin. Rezeki kami sekeluarga untuk mendapat daging batang pinang. Sepeket lagi daging korban dah masak kari. Alhamdullilah.

Daging batang Pinang ni sebenarnya Kjee nak masak Blackpepper Beef tapi Nadia kata dia nak makan daging goreng biasa. Yang bubuh bawang, daun bawang dan halia. Kjee syorkan tambah sikit cili padi yang diketuk supaya pedas sikit.

So, inilah hasilnya airtangan Nadia. Lauk yang mudah sangat dimasak tapi menyelerakan. Kalau tak ada daging lembut atau daging batang pinang, selalunya Kjee hiris daging lepas tu direbus hingga lembut. Rebus dulu daging pastu hiris pun ok. Kita yang buat dia.

Semalam Nadia hiris dua labu bawang besar, dua biji bawang putih, 3 inci halia (kalau lebih lagi sedap) dan ketuk 5 biji cili padi Bangla. Pedas menyinga tau cili padi tu. Of course Kjee tukang hiris daging.

Dia guna 3 sudu minyak jagung untuk goreng halia hingga garing. Kemudian dia masukkan bawang besar dan jugak bawang putih. Apabila dah layu sedikit bawang tu, dia keluarkan. Kemudian dimasukkan daging dan dibiarkan daging kecut. Setelah daging kecut, ditambah sedikit lagi minyak dan digoreng daging hingga garing.

Nadia letak fish sos (nampla) secukup rasa. Biasanya Kjee guna garam jer. Seterusnya Nadia masukkan balik bawang, halia dan bawang putih tadi dan dikacau hingga rata. Sebelum padam api, Nadia masukkan daun bawang yang telah dipotong-potong 1 atau 2 inci panjang. Titiskan sedikit minyak bijan.

Itu jer. Sedap makan dengan nasi panas atau diratah begitu jer. Lauk sampingan semalam ialah Sawi Jepun goreng sos tiram dengan bawang putih.







0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...