Pages

Saturday, November 29, 2014

BADAK BERENDAM aka RHINO'S BATH?









This used to be my late mum's favorite! Kuih Badak Berendam or I google translate as Rhino's Bath! Hah Rhino having his bath?!! Heheheh.

Pernah dulu arwah mak merajuk maut dengan bekas menantu perempuannya yang call dari Brunei, kata rindu Badak Berendam. Bonda salah anggap ingatkan menantu dia panggil dia Badak Berendam. Hahaha.

Hari ni Kjee buat for the first time sebab rindu arwah bonda. Mak ni jenis yang kalau anak sebut jer nak makan, kejap lagi siaplah. Apakah Kjee pun ikut cara arwah mak? Tapi tak siapa pun cakap nak makan except my dear self. Huhuhu.

Actually dah banyak hari dah Kjee teringat nak buat. Tapi berani-berani takut sebab tak ada resipi. Pernah dulu masa muda-muda tolong mak buat. Tapi bayangkanlah. Dah dekat 40 tahun. Resipi mak pula, main campak-campak jer.

But today, I really nekad one you know! Kalau tak jadi, tak payah bising-bising. Jadikan rezeki Cik Tong. Hehehe



Ini Kelapa Muda 



So, pagi tadi pergi pasar cari kelapa muda yang dah parut. Beli dua biji. Sebiji buat inti dan sebiji lagi buat kuahnya. Balik rumah Kjee terus proses inti. Dalam fridge ada satu mangkuk gula Melaka yang telah dijadikan sirap. Tak ingat baki buat apa masa tu.

So Kjee masukkan gula tu dalam periuk, tambah kira-kira dua sudu gula Melaka dan didihkan seketika. Kemudian masukkan satu biji kelapa parut. Kjee bubuh jugak kira-kira 1 sudu besar tepung gandum nak bind inti tu atau sebagai pelekat. Masak hingga kering dan padam api.

Banyak mana gula nak diletak, sebenarnya terpulang kepada kemanisan yang korang nak. Kjee sekeluarga tak suka manis. Jadi taklah banyak gula yang digunakan. Sejukkan inti. Dan sejuk, gentel-gentel kecik-kecik. Masukkan dalam peti ais.

Tadi Kjee guna ½ peket jer tepung pulut sebab tak dapat agak banyak mana jadi nanti. Kjee letak air (yang telah dicampur sedikit garam) sedikit demi sedikit. Jadikan ia doh yang tidak melekit di tangan. Kemudian uli seketika.






Dah timbul terus kaup







Amik sedikit, bulatkan, kemudian leperkan dan bubuh inti. Besar mana bebola yang korang nak buat, terpulanglah. Tadi Kjee dapat 15 biji dari ½ peket tepung. Sebiji rosak masa bubuh inti. Huhuhu ruginya.

Kemudian Kjee masak kuahnya. Kjee ambil pati santan dari sebiji kelapa. Lebih kurang satu mangkuk. Kjee tuang ke dalam periuk dan letak kira-kira 1 sudu kecik tepung gandum. Kacau jangan bergentel, lepas tu bubuh sedikit garam dan sedikit gula. Kemudian dikacau atas api sederhana sampai pekat. Kalau terlalu pekat, tambah sedikit air. Tepikan.

Kemudian Kjee didihkan air panas dalam periuk lain. Apabila sudah mendidih, masukkan satu per satu bebola tadi. Jangan letak banyak sangat dalam satu periuk. Kjee letak 6 biji sahaja. Kemudian apabila dah timbul, kaup dan letak dalam kuah santan tadi. Buat hingga habis.

Hmmm rasanya, sangat mabelos. Siap jer amik gambar, UnclePali bedal 3 biji. Hehehe.
Selamat mencuba.








KITA BAKO IKAN TERUBUK. HEHEHE






Hari ni Kjee memang tak ada plan nak masak apa-apa for lunch. Was thinking of going for hitea dengan Nadia ngan UnclePali. Nadia balik kerja around 3pm. Pagi tadi Kjee makan dua keping capati! Masih kenyang.

Hari ni bekfas kat Wan Chopati di Keramat Mall. Balik dari situ, Kjee ajak UnclePali singgah kat Pasar Keramat nak beli kelapa muda. Nak buat inti kuih. Kuih apa, belum tahu lagi.

Tapi, hari ni nasib cukup baik. Ada parking!! Pasar Keramat ni, hari apapun kalau around kul 10 pagi, memang susah nak dapat parking. Hajat nak turun sorang-sorang beli kelapa, tak jadi. Pujuk UnclePali sekali turun.

Kjee terus ajak UnclePali pergi ke tempat ikan. Bagitau dia kalau ada ikan elok, kita bakar. Hmmm memang dia pantang dengar nak buat ikan bakar. Nasib baik sekali lagi, pak haji yang kami biasa beli ikan, ada stok ikan terubok baru sampai!!

"Frozen jer dik. Ikan terubok fresh memang susah nak dapat. Amiklah. Sekilo RM24 jer." Kjee pilih dua ekor. Ditimbang. RM25, Kjee angguk dan suruh dia buang isi perut. Sisik tak mo buang tau, pesan Kjee.










So, balik tadi, UnclePali uruskan ikan terubok hingga bab bungkus ngan daun kunyit dan daun pisang. Dibakar guna Pemanggang Ajaib.

Kjee pulak buat air assam untuk cicah. UnclePali tak suka air assam. Dia makan dengan sambal belacan yang dia buat sendiri.

Air cicah assam ni ada banyak versi. Kjee hanya mayang sebiji bawang besar, ambil jus limau kasturi (limau lain tak berapa nak ngam). Buang biji limau tu dulu. Dah perah jusnya ke dalam mangkuk bersama bawang. Hiris jugak halus-halus kulit limau tadi. Dicampur.

Kemudian ricik cili padi. Kjee guna cili bangla yang super duper pedas. Yang warna merah menyala. Jangan main-main tau... bubuh tiga empat biji jer. Kemudian Kjee bubuh dalam satu sudu besar belacan bakar dan air assam jawa. Guna air masak untuk perah air asam tu. Jangan cair sangat yer.

Pastu bubuhlah sedikit gula bagi seimbangkan masam, pedas dan manis. Kalau perlu letak secubit garam. Pastu gaul sampai rata. Perap dalam peti ais lebih kurang ½ bagi mesra cicah tu.

After that? Well, nak kena bagitau jugak ker? Oh ya, jangan lupa siapkan jugak ulam-ulam. Dan jugak kicap manis  dicurahkan sikit pada nasi. Fullamak sedap. Hehehe.








Friday, November 28, 2014

RENDANG AYAM DAN PULUT KUNING






Dua hari lepas, genap setahun Nadia kerja dengan RHB di KWC. Kjee dah niat, nanti sampai setahun, Kjee akan buat pulut kuning dan rendang ayam Kelantan, jamu office mates dia. Sepatutnya, semalam Kjee tunaikan hajat tetapi kerana ada tugasan lain, Kjee tangguh ke hari ini.

Selain Pulut Kuning dan Rendang Ayam Kelantan, Kjee jugak buatkan satu loyang Agar Agar Santan Gula Melaka. Hehehe sejak belajar buat agar-agar santan tu, rajin pulak kita membuatnya kan?

Pulut Kuning Kjee buat semalam sebab Nadia dah rendam pulut malam sebelumnya. Lepas siap masa dan disejukkan, Kjee masuk dalam freezer. Masa buat rendang ayam tadi, Kjee kukus balik pulut kuning. Begitu jugak dengan agar-agar santan. Kjee buat petang semalam dan simpan dalam peti ais.

Okaylah. Nak siap-siap pergi hantar selepas UnclePali balik solat Jumaat.

Kalau nak resipi rendang kelantan, KLIK SINI. Untuk pulut kuning, SINILAH KLIK dan agar-agar santan KAT SINI.






Thursday, November 27, 2014

BUNCIS GORENG AYAM LEFTOVERS






Hari ni Kjee goreng sayur guna ayam leftovers atau berbaki. Leftovers bukan bermaksud dah makan, pastu tinggal sisa-sisanya dibuat goreng sama sayur.

Taklah. Hari tu kan Kjee buat Nasi Ayam Sambal Hijau. Kjee goreng seekor ayam yang telah dibelah empat. Tiga keping Kjee guna masak hijau dan sekeping lagi yang tidak diusik, Kjee simpan dalam freezer.

Pagi tadi Kjee suruh UnclePali beli kacang buncis. Nak goreng kosong jer tapi bila sampai rumah, teringat ada ayam goreng dalam freezer. Eh boleh masak ala-ala ayam goreng kunyit.

UnclePali masukkan ayam tu dalam microwave. Kjee pulak siang sayur dan bahan-bahan lain seperti bawang besar dan cili hidup. Semua Kjee hiris. Pastu teringat kalau bubuh cili padi bagi pedas sikit, oklah kan.











Dah siap semua, Kjee tumis bawang sampai layu, letak cili merah dan cili padi. Kemudian masukkan sayur. Besarkan api. Buat ala-ala stir fry. Tapi tak boleh henti-henti menggoreng, kalau tidak habis achooooooo satu rumah. Apabila sayur sudah agak-agak layu, masukkan ayam goreng yang telah dicincang-cincang bite size. Gaul sampai rata. Perlahankan sikit api. Kjee tak bubuh garam. Cuma letak fish sos atau nampla mengikut rasa.

Pastu ternampak pulak sebiji tomato. Potong kecik-kecik dan masukkan. Kalau dah cukup rasa, padam api.

Kalau ada lebihan ayam goreng KFC pun boleh dimasak camni. Kalau tak nak bubuh kacang buncis, boleh bubuh kacang panjang.

Kjee suka makan sayur yang tidak dimasak sehingga layu. Suka makan ada bunyi kruk kruk gitu. Hehehe






Wednesday, November 26, 2014

KARI VEGETARIAN MUTTON







Kjee suka sangat makan daging kambing atau mutton baik tempatan mahupun yang import. Begitu jugak dengan daging kambing biri-biri atau lamb. Tidak pernah berpantang sebab Kjee species insan berdarah rendah (low blood pressure). Dan my personal physician kata boleh makan apa sahaja termasuk daging unta!

Mendengarkannya, Kjee makan ikut sukalah. Especially kalau pergi restoran mamak atau restoran Nasi Daun Pisang. Tak pernah merasai apa-apa side effects selepas makan, seperti pening dan sebagainya, setakat ini, Alhamdullilah.

Apapun, apabila tengok my Indian friends buat vegetarian mutton atau chicken curry, Kjee teruja nak try buat sendiri walaupun pernah makan di Restoran Nasi Daun Pisang Sri Pandi di PJ.

Pagi tadi, ketika breakfast di Restoran Thurkahs Taman Melawati, Kjee ternampak seorang customer beli vegetarian mutton. Kjee tanya seorang pelayannya dan ditunjukkan satu peket vegetarian mutton. RM4.90, katanya. Hmmm daging kambing tiruan yang diperbuat dari tahu dan cendawan. No worries about cholesterol!







So, Kjee rembatlah satu peket. Start dengan satu peket dulu. Kalau kena dengan selera, next time boleh beli lagi. Ada tanda halal di situ. Tapi Kjee pasti semua tahu makanan vegetarian hanya dibuat dari tauhu dan jugak cendawan. Mereka adun sampai rasanya sangat-sangat hampir kepada daging, ayam ataupun udang yang sebenar.

My FB friend Chef Thyaga beritahu Kjee, vegetarian mutton itu tidak boleh dimasak terlalu lama. Setelah kentang empuk baru dimasukkan. Nasib baik dia beritahu. Maklumlah first time masak!

Kjee masak cam biasa. Guna rempah Babas. Tapi Kjee tambah dalam satu sudu serbuk cili Babas untuk menambah kepedasan. Tumis bawang putih, bawang merah, 1 kayu manis, 3 biji pelaga dan sedikit biji sawi. Selalu Kjee tak bubuh rempah sampingan ini sebab bagi Kjee, serbuk kari daging Babas sudah cukup sempurna. Tapi hari ni saja suka.

Apabila semua tumisan dah layu, Kjee masukkan rempah kari dan serbuk cili. Goreng seketika, kemudian tambah air jadikan ia paste. Goreng lagi hingga naik minyak, lepas tu bubuh air dan kentang dan sedikit santan. Didihkan sampai kentang empuk.









Apabila kentang sudah empuk, Kjee masukkan tomato yang telah dikerat empat, segenggam daun ketumbar dan garam secukup rasa. Lima minit sebelum padam api, Kjee masukkan vegetarian mutton yang rupanya sebiji macam daging kambing yang telah direbus.

Biarkan mendidih sampai mesra, padam api. Lebih kurang 7 minit jer selepas bubuh vegetarian mutton tu tau. Lama-lama agaknya hancur kot.

Tak tau apa nak expect masa Kjee amik seketul dan rasa. Bila gigit seketul, ehhh rasa macam daging kambing! Siap ada serat-serat sekali! Yang tiada, cuma bau daging kambing!

Wah lain kali boleh masak lagi lah. If Nadia dan UnclePali tak suka, ade aku kesah?! Hehehe.

Kjee tak tau mana korang boleh beli vegetarian products ni. Cubalah kat mana-mana supermarket yang ada.

Makanan vegetarian dimakan oleh sebilangan mereka yang elak dari makan makanan berasaskan haiwan. Dulu hanya mereka yang menganut agama Hindu dan Buddha sahaja yang memakannya. Tetapi kini sudah ramai orang Barat mengamalkannya untuk kesihatan.





Tuesday, November 25, 2014

MIHUN GORENG MUDAH

































Breakfast fav UnclePali kalau makan kat luar ialah roti canai atau mihun goreng. Kjee tak pernah tengok dia makan tosei atau capati. Ada sekali dua Kjee tengok dia makan poori.

Tapi, Kjee cukup sedih kalau dia makan mihun yang dah siap dibungkus. Buka jer, hanya mihun goreng kosong. Sayur sehelai pun tak ada.Rencah ayam atau udang, janganlah nak harap! Anyway, harganya RM1.20. So what do you expect dia orang nak letak!

So pagi ni, Kjee tanya UnclePali nak makan apa for breakfast? Dia kata roti ada lagi. Hmmm roti? Semalam dah makan roti. Tak lalu lah! Makan mihun nak tak? Dia angguk. Tak leceh ker dia tanya. Ahh for you tak leceh mana. Ada cara instant. Hehehe.

Kjee terus ke pantri dan keluarkan mihun jenama Faizah. First time beli jenama ni. Kalau rendam air sejuk mau makan masa dua jam. So Kjee rendam  sekeping selama 10 minit dalam air paip dan masak air panas dalam cerek. Dalam flask pun ada air panas....hmmm terlupa.

Setelah air tu masak, Kjee toskan mihun tu dan rendam dalam air panas. Tepikan.

In the meantime, Kjee siang sayur sawi dan rendam. Lepas tu, kupas 1 labu bawang besar, 1 ulas bawang putih dan tumbuk sampai halus. Kemudian Kjee rendam seketika 1 sudu besar udang kering dalam air panas. Kemudian tumbuk sama bawang. UnclePali dah tolong siangkan udang dan keluarkan cili kisar dari peti ais.

Sekejap-sekejap cek mihun. Kalau dah agak lembut, toskan airnya dan letak bawah paip. Biarkan ia rendam seketika dalam air sejuk supaya mihun tu tak lembik sangat. Pastu toskan.

Panaskan kuali. Tumis bahan tumbuk 5 minit kemudian masukkan 2 sudu besar cili kisar. Goreng hingga terbit minyak. Masukkan udang. Goreng seketika. Masukkan sayur sawi dan mihun. Kjee tak guna garam sebaliknya hanya guna fish sos atau nampla.

Dah siap semuanya, goreng pulak telor mata kerbau dua biji.

Hah kan dah siap! Tak sampai setengah jam dari proses merendam mihun. Makan pun puas hati kerana cukup rencah cukup rasa. Kalau nak ganti dengan mi kerinting aka maggi pun boleh. Kita yang buat dia. Hahaha.

Kalau nak versi Mihun Siam, KLIK SINI.





Monday, November 24, 2014

JOM BUAT EGG MAYO SANDWICH












Salam adik-adik. Good morning. Hari ni Mokcik nak ajar adik buat Egg Mayonaise Sandwich. Mudah dan sedap sangat adik-adik. Mokcik belajar buat sandwich ni dari kak Nadia. Masa tu dia ambil diploma jurusan Hotel Management. Dan salah satu sabjek dia kena amik ialah kulineri atau masakan.

Mokcik suka sangat makan Egg Sandwich Mayo ni kalau pergi hotel. Entahlah, mungkin ini salah satu menu wajib di hotel. Selalu Mokcik fikir macam mana lah dia orang buat sandwich yang sedap ni.

Satu hari kak Nadia balik kuliah dan dia pun bawak balik satu bekas. Dia buat Egg Mayo Sandwich masa dalam kelas!! Akhirnya dapat Mokcik belajar buat Egg Mayo Sandwich ni tanpa perlu bayar berkali-kali ganda di hotel.

Senang jer adik-adik. Kalau nak buat dua keping sandwich untuk makan dua orang, kena ada 4 keping roti dan perlu rebus 2 biji telor. Kemudian rendam telor tu dalam air paip dan biarkan ia sejuk barulah di buang kulit. Kemudian, masukkan dalam mangkuk dan lenyek-lenyek guna garfu sampai ia halus.




Bahan2 yang diperlukan

Lenyek dengan garfu

Letak mayo dan sedikit blackpepper



Susun timun atas roti dan telor tadi



Kalau ada cheese boleh letak





Selain telor, perlu ada mayonaise. Mokcik rasa banyak rumah ada mayonaise ni dalam peti ais. Hah lepas korang lenyek telor tu, bubuhlah mayonaise. Mokcik bubuh 2 sudu jer tapi kalau nak bubuh lebih, lagiiii sodap. Hahaha.

Dah letak mayonaise, kacau sampai rata, lepas tu adik-adik taburlah sikit lada hitam yang telah dikisar atau tumbuk. Kalau tak nak letak pun tak apa. Polis tak saman kan! Hehehe.

Lepas tu, amik dua keping roti. Mokcik guna roti yang dalam gambar kat bawah sekali tu. Roti ni bagus untuk kesihatan. Tapi kalau tak ada, boleh guna apa sahaja roti. Pastikan Roti Gardenia tau sebab ia buatan bumiputera yang bersih dan halal. Eh tolong promote sikit. Hehehe.

Sapu butter kalau suka pada roti tu, susun dengan timun ataupun salad jugak kalau suka sebab Mokcik tahu ramai adik-adik tak suka sayur! Noti noti!

Kemudian bubuhlah telor campur mayo tadi kat atas roti itu. Kalau nak bubuh satu slice cheese pun boleh. Sedap sangat. Lepas tu kalau nak bubuh sikit sos cili pun okay. Tapi Mokcik tak bubuh sebab nanti sos cili tu 'bunuh' rasa mayonaise.

Ok itu jer. Senang kan? Hah lepas dah pandai nanti bolehlah buat breakfast untuk mama dan papa awak yer. Selamat mencuba.






Sunday, November 23, 2014

AGAR-AGAR SANTAN BELAIAN JIWA HEHEHE







Masa Kjee buat Agar-Agar Santan Gula Melaka hari tu, Kjee sebenarnya tak berapa puas hati sebab hasilnya agak kenyal sikit. Walaupun semua yang makan kata okay, I really would prefer kalau ia lembut sikit. Dan jugak ketinggian santan dan agar-agar sama.

Not one yang mudah give up lepas first try, hari ni Kjee cuba lagi. Malam tadi Kjee nampak ada ½ tin susu manis dalam fridge. Tak tau nak buat apa sebab tiada sapa buat air bubuh susu manis dalam rumah kami. Kjee guna  low fat milk kalau buat air yang perlu bubuh susu. Kjee pun dah lupa why Kjee bukak tin susu manis tu  aritu dan tinggalkan dalam fridge.

Lepas selesai masak nasi ayam tadi, Kjee tanya UnclePali samada dia ada nampak Agar-Agar Tali dalam pantry. Bila dia kata ya, hmmm Kjee punyalah suka.

Kjee suruh UnclePali tolong keluarkan pewarna merah, santan kotak dan jugak susu manis tadi. Kjee plan nak buat ala-ala sirap bandung,  minus the ice cream soda, of course. Hmmm kalau bubuh ais krim soda, macam okay jer. Hmmm maybe next trip. Hehehe.

Kjee letak 1 liter air (actually lebih dalam setengah cawan) ke dalam periuk dan gunting-gunting agar-agar tali ke dalamnya. Kemudian Kjee masukkan ½ tin susu manis. Kacau-kacau sampai sebati. And then Kjee bubuhlah pewarna merah. Wah jadi pink lah macam sirap bandung. Kjee didihkan guna api sederhana hingga agar-agar larut.







Lepas tu, Kjee bukak 1 kotak 200ml santan kotak dan campurkan satu kotak sama air. Bancuh sampai rata. Pukul telor manja-manja dua biji telor dan masukkan ke dalam adunan santan. Pastu Kjee bubuh lebih kurang ½ sudu kecik garam. Kacau perlahan-lahan sampai rata.

Hari tu Norhayati punya resipi suruh tapis agar-agar yang telah dididihkan. Tapi Kjee tak buat. Cari strainer tak jumpa. Hehehe.

Kemudian Kjee masukkan adunan telor dan santan ke dalam periuk dan besarkan api. Masa ni jaga-jaga jangan sampai melimpah. Tapi tak boleh kacau dengan senduk! Biarkan jer. Apabila sudah cantik mendidih, padam api dan terus tuang dalam bekas yang telah dibasahkan. Rasa-rasanya tadi Kjee guna loyang 7"x7".

Bila dah sejuk Kjee masukkan ke dalam fridge.

Hmmm kali ni Kjee cukup puas hati. Kjee dapat kelembutan yang Kjee suka!! Manisnya okahlah. Tak terlalu manis hingga melekat di tekak. Tapi kalau korang nak manis, tambah jer susu manis lagi.

Lepas ni Kjee follow resipi ni ajelah. UnclePali dan Nadia kata sedap. Kjee pun suka sangat sebab ada rasa masin sikit dan lemak.

Kalau nak resipi Agar-Agar Santan Gula Melaka, KLIK SINI.




NASI AYAM SAMBAL IJO








Kjee sekeluarga bukan peminat nombor satu Nasi Ayam. Justru, kami hanya makan Nasi Ayam dua atau tiga kali setahun. Ada banyak lagi makanan lain di Malaysia ni yang kami minat. Hehehe.

Kalau UnclePali tapau Nasi Ayam Hainan, Kjee selalu patah selera. Maklumlah kalau dah bawak balik, bukak jer bekasnya terus tak selera nak makan. Kalau makan di restoran atau gerai masa panas-panas okay jugak kan?

Dah dua atau tiga hari Kjee beli ayam dari Ayamas. Tak tau nak masa apa. Kalau tanya Nadia atau UnclePali, jawapannya, sukatilah. So, hari ni gua sukatilah masak Nasi Ayam.

Awal-awal lagi Kjee dah pesan UnclePali suruh ayam tu dipotong 4. Kjee tak suka ayam dipotong 12 atau 16 sebab dia orang punya stail potong jarang-jarang menepati selera potongan Kjee. Isyhh cara potong ayam pun cerewetlah mokcik ni.

Setelah defrost ayam, Kjee masukkan dalam periuk dan didihkan seketika. Bila dah mendidih, Kjee keluarkan, tos dan lumur kunyit serbuk dan garam. Tugas UnclePali goreng ayam. Kjee buat persiapan buat nasinya.

Tadi Kjee guna 3 cawan beras Moghul Basmathi. Rendam kira-kira setengah jam dan toskan. Kemudian ketuk 4 ulas bawang putih dan dua inci halia. Panaskan kira-kira 2 sudu besar marjerin (Kjee guna Planta) dalam periuk. Bila cair, Kjee masukkan bawang putih dan halia. Apabila halia dan brown sikit, Kjee masukkan beras yang telah kering ditoskan. Goreng selama lebih kurang 7 hingga 8 minit.







Kemudian alihkan beras tadi ke dalam Rice Cooker dan letak air. Kjee letak dekat 4 cawan air. Guna air rebusan ayam tadi. Kjee tak suka nasi keras. Kemudian Kjee masukkan 2 chicken cubes. Biar nasi masak hingga kering. Dah kering, carik-carik perlahan-lahan guna garfu.

Sementara UnclePali goreng ayam, tetiba terlintas di fikiran nak buat Ayam Sambal Hijau atau sambal Ijo kata orang Indonesia.

Kjee pun tumbuk manja-manja cili hijau. Ada lebih kurang 12 biji dan jugak 4 labu bawang besar. Jangan sampai halus. Kasar-kasar pun okay. Kemudian Kjee guna minyak gorengan ayam tadi untuk tumis bawang tumbuk. Apabila bawang dah layu, masukkan cili dan goreng hinga kedua-dua bahan itu kelihatan masak.

Masukklah garam, 2 keping asam gelugor dan sedikit pak aji kalau guna. Kalau tak guna, bolehlah bubuh gula sikit. Kemudian apabila sudah cukup rasa, masukkan ayam yang digoreng tadi. Gaul sampai mesra pastu padam api.






Sukanya UnclePali apabila Kjee kata nak buat Sambal Ayam Hijau. Ada kelainan, katanya dan makan Nasi Ayam tak muak. Oklah as long as my asben happy.

Kalau korang tak suka, tak payah buat. Tapi rasa-rasanya lebih sedap buat macam ni. Ala kat kedai tak ada jual punyalah. Hehehe.

By the way, kalau buat Ayam Sambal Hijau ni, tak perlulah buat sambal cili atau kicap tu. Dah enak sangatlah makan nasi ayam ni dengan sambal ijo jer. Percayalah. Hahaha.

So inilah Nasi Ayam yang telah Kjee fusion kan.







Saturday, November 22, 2014

JOM KITA BELAJAR BUAT HASHBROWNS ADIK ADIK







It's that time of the year again! Cuti sekolah!!!! Time untuk anak-anak turun ke dapur buat breakfast. Mula dengan breakfast pastu belajar-belajarlah masak untuk lunch, tea dan dinner.

Inilah antara breakfast kegemaran ramai anak-anak. Hashbrown Potatoes. Memanglah ada jual yang frozen kat supermarket tetapi kepuasannya lain kalau adik-adik buat sendiri tau.

Hari ni, mokcik guna 3 biji kentang yang dikupas kulitnya. Kemudian dihiris nipis-nipis, disusun hirisan tu dan dihiris seperti match sticks atau kayu mancis. Mokcik merasakan dihiris match sticks ini lebih sedap daripada disagat guna box grater.

Kalau guna sagat, terlalu banyak air akan dihasilkan oleh kentang tu. Pastu lecehlah nak perah air kentang tu kan? So, mokcik buat eksperimen dan hiris jer. Halus-halus tau. Kalau kasar-kasar mungkin lambat ia masak.









Setelah siap dihiris, mokcik bubuh 2 sudu tepung jagung dan sebiji telor ayam yang telah dipukul manja-manja. Kacau rata. Lepas tu bubuhlah sedikit garam dan juga lada hitam, kalau suka. Garam ikut rasalah tapi kalau tak cukup garam pun okay. Boleh makan dengan sos cili.

Panaskan kuali. Mokcik guna kuali non-stick yang kenit. Ukuran lilit 6 inci. Mokcik beli kat Tesco. First time beli RM10 satu. Second time beli RM20! Noti kan dia orang! Bubuh sedikit jer minyak. Lebih kurang 1 sudu besar. Mokcik guna minyak jagung.

Apabila kuali dah panas, guna sudu kaupkan adunan tadi dan letak ditengah-tengah kuali. Kalau tak silap, tadi mokcik letak 3 sudu besar. Pastu di tekan-tekan hingga leper dan memenuhi ruang kuali kenit tu.













Perlahankan api. Kalau api besar, luarnya akan hangus dan dalamnya belum masak. So ingat yer anak-anak. Kemudian setelah lebih kurang 8 minit, terbalikkan. Biarkan sebelah lagi garing. Kalau tak puas hati, bolehlah balik-balikkan dua atau tiga kali sampai cantik brown. Nama pun hashbrowns kan! Hehehe.

Hari ni mokcik buat telor mata kerbau atau sunny side up egg. Dulu mokcik pernah makan dengan daging burger. Tak kesahlah nak makan dengan apa. Nak makan begitu saja pun ok.

Mudahkan nak buat? Hah lepas ni buat sendiri tau. Biar mama kamu rehat masa cuti sekolah.

Hati-hati kat dapur. Kakak-kakak dan abang-abang yang besar sikit, perhatikan adik-adik ya. Opppps lagi satu penting. Lepas makan, cuci semua pinggan mangkuk, sapu lantai dan kalau rajin, mop sekali. Mama awak mesti happy. Petang dia boleh bawak jenjalan. Hehehe.






Friday, November 21, 2014

KARI KETAM TAK LAKU DI RUMAH KAMI




Nadia dan UnclePali suka makan ketam tetapi kalau Kjee masak ketam kat rumah, selalu tak laku! Pelik kan? Semuanya kerana mereka tidak suka makan ketam dengan nasi! Kalau nak makan ketam, mesti nak ratah begitu saja. Lauk lain jangan ada!!

Kami tiga berada sudah biasa makan Cili Crabs kat Restoran Fatty Crabs di Petaling Jaya. Sekali hadap, tiga atau empat kilo. So, full concentration on crabs alone. Tiada gangguan lauk lain! Hehehe.

Tapi minggu lepas, Kjee singgah di Hero Market sama UnclePali. Jarang sekali Kjee ikut. Selalunya duduk dalam kereta. Tapi pagi tu badan dah sihat sikit, so ikut UnclePali beli barang dapur. Kalau Kjee ikut, UnclePali pasti Kjee tidak akan ikut senarai yang dah disediakan. Main hangkut jer apa yang berkenan di hati dan jugak bajet. Hehehe.

So, pagi itu ketam bunga menarik sangat pada pandangan mata Kjee. Tak perasan berapa hengget tetapi rasanya kurang sikit pada RM30 sekilo. Kjee rembat 5 ekor.

Balik rumah Kjee masak kari dengan bendi. Bendi tu kena masuk last sekali apabila kari ketam dah siap. Kalau tidak, bila digodek-godek, boleh hancur bendi. Kalau nak makan nanti boleh hilang selera tengok bendi yang dah hancur kan?

Bagi Kjee, penting kita jamu mata dulu sebelum dijamu tekak. Teringat dulu masa pergi Jepun. Nak makan apa yang di depan mata pun sayang sebab plating mereka terlalu artistik! Ini belum masuk bab pinggan mangkuk yang beranika rupa dan warna. Pagi lain set, lunch lain, dinner lain! Fuyooo susah mau citer.

Resipi Kari ketam boleh KLIK SINI. Ini pulak Cili Crabs versi Kjee.





Cili crabs fav kami


Thursday, November 20, 2014

MASAK LEMAK CILI PADI BIASA BIASA JER





Tadi pergi pasar dengan tujuan nak beli daging, petai dan telor itik. Plan nak masak lemak cili padi telor itik bubuh belimbing. Tapi puas pusing-pusing, tak nampak orang jual telor. Akhirnya, beli ikan mabung.

Kjee nak capai ikan parang tapi UnclePali geleng kepala. Kurang minat sebab banyak tulang. Isyhhh tapi kalau ikan Terubuk, berhantu pulak dia! Kan sama species banyak tulang!

So inilah lauk tengah hari tadi. Kali ni tak guna daun kunyit sebab stok kat depan rumah dah langsai dikerjakan hari tu. Kjee ni, kalau bab beli daun kunyit memang liat sikit. Bayangkan kat Hero Market, satu helai kenit (dan kecut) 70 sen! Isyhhh sebab tu Kjee rela tanam sendiri.








Tadi suruh UnclePali gi rumah jiran intai-intai pokok belimbing. Ada dua pokok. Satu mengeluarkan buah warna hijau dan satu lagi warna kuning.

Masak cam biasa. Guna cili padi dan kunyit hidup jer. Tumbuk halus dan didihkan sama santan. Jangan lupa letak serai. Dah mendidih, masukkan ikan dan belimbing. Jaga jangan pecah santan. Campakkan jugak sekeping asam gelugor.

Hari ni Kjee buat extra pedas sebab campur cili Bangla. Kalau ada yang tak tau, cili Bangla tu yang warna merah menyala. Kalau buat sambal belacan, campur sebiji dua jer dengan cili hidup. Kalau bubuh
semata-mata cili padi Bangla, mau menghoyan sekampung. Hehehe tak lawak kata Datuk Ramli MS.






DAGING BERLADO DENGAN PETAI







Ahad lepas Kjee bertiga pergi makan di Restoran Minang favorite kami di Paya Jaras. Kami ke sana dalam pukul 3 jadi makanan pun banyak dah habis. Maklumlah hari Ahad, jadi ramai customer beli bungkus kata pemiliknya Anne.

Kedai makan ini memang pilihan numero uno (nombor satu) kalau kami decide nak makan lauk-pauk Minang. Memang kena ajelah dengan tekak kami tiga beranak. Klik sini.

Malangnya hari tu tak ada jering tua masak lemak. Kesian Kjee tengok Nadia. Itu fav dia. Dan dek kerana jarang cuti di hujung minggu, susahlah dia hendak makan di situ kecuali waktu kami tinggal di Sungai Buloh dulu.

Rezeki kami, dapatlah sepiring Daging Berlado dengan petai ini. Berebut kami makan tiga beranak kerana hanya tinggal sepiring sahaja.

Pagi ni Kjee pulak pepandai nak buat sendiri. Bukan susah pun. Hanya goreng berlado biasa, bubuh daging goreng dan petai.

Kjee ke pasar Keramat beli sekilo daging segar. Sampai rumah, setelah hiris-hiris, Kjee cuma guna setengah kilo jer. Petai pulak Kjee beli yang dah kopek kulit. Satu peket RM3. Kjee beli dua peket. Kjee tanya samada ini petai Siam yang sudah siap dikopek dan dieksport ke mari? Bibik tu kata dia kopek sendiri! Oklah tu.





Masak dalam kuali antik. Dah 20 tahun usianya!



Setelah daging dihiris dan diperap seketika dengan serbuk kunyit dan garam, Kjee goreng guna api sederhana sampai garing. Tepikan. Kemudian goreng pulak petai separuh masak. Tepikan.

UnclePali tolong blend bawang besar (Kjee guna dalam 5 biji) dalam Food Processor. Dia jugak blend kasar 2 ulas bawang putih. Hari ni malas nak tumbuk. Kemudian setelah separuh halus, keluarkan dan masukkan pulak cili merah. Kjee guna dalam 12 biji kot. Blend lagi separuh halus.

Kjee tuangkan minyak gorengan daging dan petai ke kuali lain, hidupkan kembali api. Bila dah panas, masukkan bawang dan goreng hingga layu. Kemudian masukkan cili dan digaring bersama bawang selama lebih kurang 10 minit atau kedua-dua bahan dah layu. Masukkan sekeping asam gelugor, garam dan pak aji kalau guna. Kalau tak guna, bolehlah bubuh sedikit gula.

Kacau sampai mesra. Apabila dah cukup rasa, masukkan petai dan daging yang telah digoreng tadi. Balik-balikkan dan bolehlah padam api.

Hidang dengan nasi panas. Tapi ratah pun sodap. Hehehe.











Wednesday, November 19, 2014

ULANG TAYANG PENANG FRIED KWAY TEOW








Di hari-hari yang boring dan tak tahu apa nak makan, Kjee selalu terfikir nak buat Penang Fried Kway Teow. Ini makanan fav Kjee tetapi dengan syarat mesti home made. Kalau pergi makan di kedai, sia-sia saja dapat dosa sebab ada saja yang tak kena.

Dulu ada satu gerai di Bukit Antarabangsa. Kalau tak silap Kjee nama tukang masaknya Zul dan berniaga dibawah label Sifu Kway Teow. Perghhhhh Penang Fried Kway Teow dia yang terbaik Kjee pernah rasa dimasak oleh orang Melayu!

Kalau korang kata Dollie ke Mollie ke sedap, maknanya korang tak berapa terer makan Kway Teow Goreng! Korang patut cari kway teow yang dimasak oleh Zul ni. Tapi sedihnya, dah bertahun dia tak niaga kat Bukit Antarabangsa. Kjee tak tahu macam mana nak jejaki dia.

So, second best adalah yang kami masak sendiri. Hehehe naseblah kalau Kjee nak puji. UnclePali kalau masak, ikut angin dia. Tapi kalau Nadia yang buat... perrrrfectttt!

Hari ini UnclePali yang masak. Licin satu pinggan Kjee makan. So, it means sedaplah kan!! UnclePali guna cili kisar biasa. Stok sambal tumis tak ada. Tapi masih sedap.

Nadia,  ada ajar masak Penang Fried Kway Teow ini step by step. KLIK SINI.






Tuesday, November 18, 2014

CONGO BARS YANG ENAK BANGET...









Masa pergi makan di Restoran Sambal Hijau, Kampung Sungai Pencala aritu, UnclePali tengah beratur nak bayar. Kjee berdiri berhampiran. Dia belek-belek satu peket kek. Tunjuk Kjee. Congo Bars. RM12. UnclePali amik sepeket dan bayar.

Kemudian Kjee nampak mata dia liar pandang kek di dalam peti ais kaca berhampiran. Mata dia mengelip-ngelip tengok Red Velvet Cake with cheese topping. Itu fav dia especially kalau Shiela Spices Journey yang buat. Dia rembat satu bekas. Kecik jer. Kjee tak ingat harga. Tapi quite pricey.

Dalam kereta, UnclePali suruh Kjee bukak peket Congo Bars. Dah lama Kjee dok perhatikan friends FB buat. Tapi macam tak selera jer nak buat.

Reaksi spontan Kjee dan UnclePali sebaik sahaja masuk sepotong Congo Bars di dalam mulut ketika kereta belum bergerak lagi. "Wow sedapnya!!"











Hmmm sampai rumah, hampir separuh bekas dah habis. Habis dikerjakan UnclePali sebab Kjee memang tak berani makan kek yang manis-manis. Congo Bars yang UnclePali beli tu pada Kjee teramat manis.

Oleh kerana Kjee tengok UnclePali minat sangat, Kjee pun google. Jumpa banyak resipi Congo Bars. Femes rupa-rupanya. Kjee jer yang selalu ketinggalan keretapi. Hehehe.

Dalam banyak-banyak Kjee terpikat dengan blog Aku Bukan Masterchef. Nampak cam mudah jer dia buat. Apabila Kjee ajak UnclePali tolong buat, dia macam tawar hati.

"Manislah. Gigi saya banyak berlubang. Sejak makan Congo Bars aritu, gigi saya sakit," katanya. Isyhhh memanglah kita nak buat kurang manis dari aritu. Lagipun, Kjee dah plan nak letak banyak choc chips.

Bersemangat UnclePali dengar. Dia tolong godek sampai siap.

Kjee kurangkan separuh gula perang atau brown sugar yang dibubuh ABM! Serius ni. Resipi asal 280 grams. Kjee letak tak sampai 100gms! Tapi Kjee guna sweetened choc chips. So okaylah kan. Korang yang tak der penyakit bolehlah ikut resipi asal.

Dibawah ni resipi asal ABM yang khabarnya diambil dari seorang blogger lain. Banyak kali dah bertukar tangan. Tapi Kjee pelbagaikan. Kurangkan kat sana lebih kan kat sini. Bab gula perang atau brown sugar tu Kjee letak 90 gms. Butter Kjee tambah jadi lebih kurang 250gms. Kjee guna tepung naik sendiri atau Self-raising flour tapi Kjee tambah about 1 sudu kecik baking powder kepada tepung tu.







Seperkara lagi, Kjee tambah baking time dari 30 minit kepada 50 minit. Sebaik sahaja tamat 30 minit pertama (Kjee mula-mula ikut resipi), Kjee tengok bahagian atas macam tak nampak brown dan garing. So Kjee tambah 20 minit lagi. Rasa-rasanya ia terpulang kepada oven masing-masing. Hanya korang yang kenal oven korang kan? So pepandailah adjust.

Kjee guna loyang 10 by 10. Ada blogger kata kalau guna loyang yang kecil, nanti bahagian tengah tak masak. Wallahualam. Tapi oleh kerana Kjee ada loyang ten by ten, maka Kjee gunalah.

Banyak mana korang nak letak choc chips, suka hatilah. Kjee letak lebih kurang 150gms dalam adunan. Lagi 50 gms Kjee tabur. Begitu juga dengan almond nibs tu. Kalau nak bubuh dalam adunan pun boleh, tak bubuh pun rasanya polis tak tangkap. Tapi mesti tabur kat bahagian atas kek sebelum dibakar.

Okay, my cake dah masak. Tentu korang nak tahu camner reaksi UnclePali setelah Kjee kurangkan gula.

Wajahnya berkerut. "Hmmmm dah kurangkan gula lebih separuh pun masih manis kan!" Begitulah. Lain kali buat Kjee akan kekalkan pengunaan brown sugar atau gula perang yang sama.

Alhamdullilah. Berjaya jugak Kjee buat Congo Bars. Selama ini bab buat cake Kjee memang fail. Well, mungkin budak sekolah menengah pun boleh buat Congo Bars ni. Mudah sangat. Hehehe.








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...