Pages

Friday, November 14, 2014

HATI DAN PEDAL GORENG KICAP













Hari tu masa ronda-ronda dalam pasar Keramat (ronda-ronda?), Kjee ternampak selonggok hati ayam dan pedal di meja orang jual ayam. Entah kenapa sejak dua menjak ni, Kjee kurang minat nak masak lauk ayam. Agaknya dah overdose.

Anyway, nampak hati dan pedal ayam, Kjee minat pulak. Teingat nak buat Rendang Kacang. So Kjee pilih-pilih dan beli lah. Sampai rumah, UnclePali masukkan dalam freezer dan that's it. Terlupa.

Pagi ni masa geledah freezer jumpa lak. Terus rendam. Tak tau nak buat apa. And then terfikir nak masak something simple. So Kjee bersihkan pedal ayam tu lalu rebus sampai lembut. Kemudian Kjee rebus jugak hati ayam.












































Pedal yang telah disejukkan, dihiris nipis. Begitu jugak dengan hati ayam. Kjee juga hiris kasar tiga labu bawang besar, segenggam cili padi dan dua biji cili merah. Jumpa daun bawang dalam peti ais, jugak Kjee buat sama. Hiris serong-serong.

Kemudian Kjee panaskan sedikit minyak dalam kuali dan masukkan semua bahan-bahan hiris kecuali cili merah dan daun bawang. Apabila sudah layu, Kjee masukkan hirisan pedal dan hati. Goreng sekali dengan bahan-bahan hirisan bawang dan lain-lain sampai nampak garing sedikit.

Lepas tu, Kjee tuang sedikit kicap manis. Agak-agak jer lah banyak mana. Apabila sudah sebati, masukkan cili hidup hiris dan daun bawang tadi. Gaul sampai rata.

Makan dengan nasi panas atau sedap ratah camtu tu.

Hari ni mood kureng nak celoteh banyak-banyak. Kita kecik hati. Oppps kecik hati?!! Dengan UnclePali? Taklah. Dengan janji yang tidak ditepati.








1 comments:

Eny Abdullah said...

Saya baru tahu hati tu kena rebus dulu ke utk lembut? sebab selalunya saya goreng tapi lepas tu dia kerasss

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...