Pages

Friday, November 14, 2014

JANTUNG PISANG LEMAK PEDAS DENGAN IKAN KERING







Kjee tak pernah buat gulai jantung pisang. Sesekali kalau ada jantung pisang, UnclePali sendiri akan rebus pastu buat sambal belacan. Kalau Kjee makanpun, selalunya, kat kedai.

Sejak kecik lagi arwah bonda dah momok-momokkan kat anak-anak dia kononnya jantung pisang tak elok dimakan. Banyak angin. Korang tu dah kilang angin, so jangan nak tambah lagi angin dalam badan, kata Bonda.

So Kjee taklah makan jantung pisang sehingga berkahwin dengan UnclePali. Dia taklah suka sangat jantung pisang ni tapi kalau ada, dia mesti nak rebus.

Kat belakang rumah Kjee, ada banyak pokok pisang hutan. Kat luar pagar. Pokok pisang ni dijadikan anak-anak bulus Kjee untuk bermain. Dipanjat dan dijadikan scratch pole. Makin ditebas, makin menjadi-jadi sampai UnclePali pun dah give up nak tebas.







Minggu lepas UnclePali petik sebiji jantung pisang dan direbusnya. Kjee pun makanlah. Ehhh kok lembut dan sedap!! Sejak itu, Kjee dok intai-intai kat pokok-pokok pisang belakang rumah. Depan mata adalah dua biji. Tetapi apabila UnclePali tebas pagi tadi dan bawak masuk rumah, Kjee terkejut sebab ada 6 biji!!

Yayyyy boleh projek! Buka freezer jumpa satu ekor ikan kurau masin yang kecik. Sudah bagus ni! So, jadilah menu masak lemak cili padi dengan ikan kering!

Kjee google dan tengok semua orang rendam dulu jantung pisang tu sebelum dimasak. I did the same walaupun tak ada jawapan, kenapa harus direndam.

Kjee masak lemak cili padi macam biasa. Cuma kali ni, Kjee tumbuk cili padi dengan bawang putih dan bawang merah  dan kunyit hidup sekali. Kalau stail Nismilan, tak perlu letak bawang.









Didihkan santan cari dulu bersama bahan tumbuk baru dimasukkan jantung pisang yang telah ditoskan. Kjee tak ricik tau jantung tu. Cuma belah dua yang kecik-kecik dan belah empat yang besar-besar. Masukkan jugak daun kunyit.

Bila dah hampir empuk, Kjee masukkan ikan kering dan guna api sederhana. Kemudian Kjee masukkan santan pekat. Biarkan didih, perlahankan api. Rasa. Kjee bubuh garam sikit masa menumbuk cili sebab terlupa nak guna ikan kering. Mujur tak masin.

Sedap sangat. Nak tunggu pokok pisang tu naik balik. Kalau ada jantung pisang, bolehlah buat lauk lagi.

Alhamdullilah sedap dan langsung tak pahit. Itulah korang. Kalau tak nak pahit, pastikan ia jantung pisang hutan! Memang susah nak beli kat pasara. So, pergilah redah cari kat tepi-tepi hutan.






1 comments:

Eny Abdullah said...

Jantung pisang mak saya selalu buat kerabu dan pajeri. sedap!!
http://enyyusnizar.blogspot.com/

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...