Pages

Tuesday, November 18, 2014

JERING TUA DIBUAT SAMBAL DENGAN TEMPE DAN BILIS







One man's meat is another's poison. Gua suka, lu tak suka, nasiblah. Kjee tahu ramai yang tak suka.

Hehehe hari ni Kjee tayang comfort food Nadia dan jugak mama dia. Jering tua disambalkan dengan tempe dan bilis garing. Ingatkan nak bubuh tauhu goreng tapi tetiba rasa cam tak nak pulak.

Kjee beli jering tua ni petang Ahad lalu, di Jalan Raja Bot, Kpg Baru. Peniaga baru nak punggah barang-barang jualan tapi Kjee dah berdiri tercegat kat situ!

"Jering tuo tak ada. Ado yang ini jor," kata peniaga Minang itu sambil hulurkan guni yang berisi jering. RM5 sekilo katanya. Tapi belum cukup tua. Nak gulai, bolehlah, tambahnya.

Gulai pun gulai lah walaupun Nadia suruh beli jering sebab dia anak suruh Kjee buat Sambal dengan Tempe. Tekak Jawa totok!

Pagi ni Kjee bukak dan tengok. Ewah rezeki Nadialah. Boleh buat sambal ni! So as usual UnclePali kena pergi kedai beli tempe. Menunggu dia balik, Kjee pun uruskan jering tu. Sebiji potong 3 jer sebab kecik-kecik dan goreng separuh masak.







Jering ini peting digoreng separuh masak. Kalau terlebih goreng ia akan menjadi keras dan susah nak kunyah! Jangan rasa was-was apabila Kjee suruh goreng separuh masak. Tak ada mendatangkan apa-apa masalah. Dah berpuluh kali Kjee buat!

Lambatnya UnclePali balik, so Kjee goreng bilis garing-garing. Korang tahu camner nak dapat bilis yang garing dan tak rasa lemau? Hah minyak mesti panas! Macam kita goreng keropok. Bila minyak panas kan cantik kembang keropok tu. Cam tu lah jugak dengan ikan bilis.

Kemudian Kjee siapkan bawang besar dan jugak bawang putih. Ditumbuk hingga halus. Panaskan api lepas tu masukkan bawang. Apabila dah wangi, masukkan cili kisar. Banyak mana nak letak, pepandai adjust sendiri. Tengok banyak mana tempe dan jering yang digoreng tadi.

Sambal tengah masak, UnclePali balik. Kjee terus ambil tempe, potong ikut suka dan goreng separuh masak dalam kuali lain. Apabila sambal sudah cukup masak, rasa garam dan bubuh sedikit gula. Pastu, masukkan jering goreng dulu. Campurkan bersama sambal selama lebih kurang 5 minit. Kemudian masukkan tempe.

Apabila sudah cukup 'mesra', Kjee padam api. Kemudian Kjee keluarkan minyaknya. Setelah itu, Kjee masukkan bilis dan gaul sampai rata. Itu jer. Senang kan?

Kjee buat banyak tadi dan simpan dalam bekas-bekas kecik. Nadia suka meratah ni. Nadia sorang ke? Hohoho.




1 comments:

Eny Abdullah said...

adoi sedapnye... sambal kering-kering macam ni mmg faveret saya.... saya baru tau jering boleh buat sambal mcm ni. igtkan buat ulam je heheh
nak tengok resepi kari peria sumbat telur di http://enyyusnizar.blogspot.com/2014/11/kari-peria-sumbat-telur.html

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...