Pages

Saturday, November 15, 2014

KERABU CAKAR AYAM THAI AIRTANGAN ORANG JAWA








Dua minggu lepas kami bertiga pergi ke sebuah restoran Thai berhampiran rumah Kjee. Kjee kata restoran Thai dan bukan Kelantan sebab masakannya memang airtangan chef dari Thailand. Dulu-dulu Kjee memang rajin singgah restoran ni.

Memang ada banyak makanan mereka yang Kjee suka. Antaranya daging yang digoreng garing (rasanya dicelup tepung jagung dulu dan digolek dalam bijan) beserta daun limau purut. Jugak digoreng garing.

Tomyam yang warna merah yang dipanggil Tomyan Sampan Pecah. Sedap. Jugak kerabu cakar ayam atau cakar ayam.

Malangnya, Kjee mula terasa lain apabila sampai Kerabu Cakar Ayam yang Kjee order. Kjee kaup guna sudu dan intai. Terkejut besar Kjee apabila melihat kaki ayam direbus dan dicincang dan dibuat kerabu! Bukan diasingkan kulit dengan tulang! Terus Kjee panggil waitress dan reject.








Itulah kali terakhir agaknya Kjee akan singgah ke restoran itu. Harga makanan mahal tapi chef pemalas!!

Pun begitu, Kjee cukup teringin nak makan Kerabu Kaki Ayam. Tapi apabila teringat kembali Kerabu yang disertakan dngan tulang ayam, hati Kjee menjadi tawar.

So, pagi tadi itulah antara menu utama kami untuk lunch. Kjee suruh Nadia bersihkan kaki ayam (termasuk manicure dan pedicure. hehehe), Kjee suruh dia rebus dalam pressure cooker lebih kurang 10 minit. Kemudian dikeluarkan dan terus direndam dalam besen berisi ais dan air. This is to stop the cooking process.

Lepas tu bila dah sejuk, Kjee dan Nadia duduk mengadap, ceraikan tulai dari kulit kaki ayam tu. Sambil berbual, tak sedar dah siap satu mangkuk. Tak sampai berapa minit jer! Ada orang kata ada jual kulit kaki ayam yang sudah siap di proses. Tapi rasanya kurang rangup. Mungkin dah lama diproses dan disejuk beku. Wallahualam.

Lepas tu, hiris bawang besar, serai, cili padi dan jugak daun kesom. Kjee guna jus dari 1 biji limau nipis, dan jugak kira-kira 1 sudu besar sos ikan/sotong atau nampla. Jugak taburkan secubit gula. Gaul sampai rata. Ini resipi Thai. Semua makanan mereka harus ada rasa, manis, masam dan pedas.

Itulah Kerabu Kaki Ayam versi Kjee. Kena dengan selera kami anak beranak. Hehehe.

Ini versi aritu. Intai SINI.










2 comments:

Eny Abdullah said...

saya baru je buat minggu lepas. saya punya tak letak daun tu tetapi letak bunga kantan yang dicincang... mmg betul kaki ayam kalau nak buat kerabu haruslah buang tulang.. kalau dgn tulang sekali x sedap. x meresap rencahnya dalam kaki tu....

Eny Abdullah said...

Buatnya dah lama , baru upload masuk resepi kaki ayam versi saya di utara kedah ni....
http://enyyusnizar.blogspot.com/2014/11/kerabu-kaki-ayam.html

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...