Monday, November 3, 2014

KETUPAT PALAS PULUT KUNING







Hmmm terkejut ker? Hah kekadang bila dah terlebih kreatif ini lah jadinya. Hari tu UnclePali kata kalau kita buat Ketupat Palas Pulut Kuning okay tak? Masa tu kami tengah duduk mengadap Pulut Kuning dengan Rendang yang Kjee buat on our wedding anniversary.

Kjee pandang tepat muka UnclePali. Oh ok sangat-sangat. Orang belum buat selama ini, agaknya.

"Nanti akan jadi trending. Tak percaya, kita buat nak?" katanya sambil ketawa.

So, for the past week, kami asyik ulang alik ke Jalan Raja Bot. Chow Kit untuk cari daun palas. Semalam baru dapat di Selayang. Thnx Suhaini bagi info.

Sebaik sampai rumah pagi semalam, Kjee suruh UnclePali tolong Kjee buat Ketupat Daun Palas. Dia pandang Kjee.

"Eh tak perlu rendam kunyit dulu ke pulut tu?" Then Kjee teringat pasal dia nak buat Pulut Kuning Ketupat Daun Palas!

Kalau ada nak belajar buat Ketupat Daun Palas Biasa, KLIK SINI.










Sejukkan pulut yang ditanak. Kelongsong sudah sedia

Ada jantan, bentina dan pon pon


So malam tadi Nadia rendam lah 1 kilo pulut bubuh kunyit serbuk Babas. Kalau serbuk kunyit jenama lain tak cantik kuningnya tau. Nadia jugak bubuh 2 keping asam gelugor cos arwah nenek dia ajar, itu cara nak 'lekatkan kaler kuning'.

Tadi, selepas cuci dan toskan pulut tu untuk bersihkan serihan serbuk kunyit, UnclePali jerang atas dapur setelah campur 1 kilo santan pekat dan garam secukup rasa. Masa dia jerang pulut atas dapur, Kjee buat kelongsong dari daun palas.

Kemudian kami duduk berdua isi pulut dalam daun palas. Siap semua baru dikukus. Mujur ada baki rendang daging hari tu. Kjee bekukan dalam freezer. Cukup untuk kami berdua. Esok nak buat rendang kalau sihat.

Well, what do you think? Okay tak buat Pulut Kuning Daun Palas? Nak kena patent lah pulak kan supaya tak ada yang mengaku ini hasil kreativiti mereka. Lol.

Pulut Kuning Daun Palas open for orders beserta Rendang Daging. Hehehe.












4 comments:

  1. Kat kedah ni ada juga mcm ni tp bkn letak kunyit, maybe pewarna kuning and sometimes hijau la merah la, pulutnya dimakan dgn sambal kelapa manis atau air gula mcm kuih lopes. ketupat palas di kedah ni paling sedap kalau dpt makan dgn serunding ikan perghhh layan je.... jemput ke blog saya pula http://enyyusnizar.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. first time tengok ketupat palas pulut kuning..hihi..sedapnyeee..

    ReplyDelete
  3. Kreatif idea ni.. lama dah tak makan pulut kuning.. teringin pulak.. heheee..

    Jemput ke blog saya http://cintavitamin.com

    ReplyDelete
  4. Hmmmm....Delicious servings here!

    ReplyDelete