Pages

Tuesday, November 11, 2014

LEMAK CILI PADI PUCUK UBI TANAM SENDIRI







Lauk ni biasa-biasa jer. Tapi tersangatlah sedap especially kalau daun tu dipetik sendiri depan rumah. Hahaha. Dah dua kali UnclePali tebas/cantas pokok ubi kayu yang semakin lebat daunnya di musim hujan. Tapi sedihnya, dia hanya bawak masuk rumah secekak aje aritu.

So, jadi banyak tu aje lauk Masak Lemak Cili Padi Pucuk Ubi dengan anak Ikan kering Talang. Sekali hadap jer masa makan tengah hari, Ahad lalu. Isyhhh naperlah diambik secekak jer. Kalau dikutip semua daun tu, rasanya boleh jadi 5 besen. Huhuhu.

Apapun, ini kali pertama Kjee masak guna ikan kering masin. Selalunya Kjee guna ikan bilis yang telah ditumbuk manja-manja gitu. Che Mat Gebu pulak kata kalau guna kerang pun sedap. Alahai kat Kolumpo ni, kerang kenit-kenit. Kena guna magnifying glass nak nengok dia. Kat Sedenak tu lainlah. Bosar-bosar. Hehehe.

Puas hatilah mokcik bubuh ikan kering. Kat dalam freezer ada banyak ikan kering pemberian insan-insan yang tak pernah lokek dengan mokcik. Tapi aduhhh sedih. Kena tunggu tiga atau empat bulan lagilah. Nak tunggu pokok ubi yang dicantas depan rumah tu, berdaun kembali. Kalau nak pergi beli kat pasar memang lah boleh tapi tak boleh dapat rasa sama cam kita petik sendiri. Kannnn.



Pokok ubi depan umah dah kena cantas. Ada jenis halus dan yg biasa.




Aritu mokcik buat pedas-pedas. Alahai sedapnya. Kalau yang tak reti nak buat tu, tak payah bubuh bawang tau. Guna cili padi dan kunyit hidup jer. Mokcik kan sejak kawan dengan blogger Shiela Spices Journey tu, sentiasa ada stok kunyit hidup kat rumah. Dulu-dulu den main bantai jer bubuh kunyit serbuk. Patutlah tak sodap. Hahaha.

Pastu mokcik ada satu bahan rahsia. Hahaha banyak ko punya rahsia. Ala-ala secret recipe lah tu.

Mokcik hiris banyak-banyak daun kunyit, halus-halus. Macam nak buat bunga rampai. Bila lauk dah masak dan api dah nak dipadam, mokcik tabur diatas dan gaul sampai rata. Perghhhh bila makan, terasa daun kunyit tu. Sedap sangat. My ex-MIL dulu pernah tanya. "Kau bubuh apa tu. Sedaplah." Hah itulah penangan daun kunyit yang dihiris.

Oh ya hari tu kat fesbuk ada kawan tanya Kjee celur dulu tak daun ubi tu? Ya Kjee celur walaupun Kjee lebih suka kalau tak celur. Satu sebab daun ubi yang ditanam sendiri, dah lembut sebab kita amik yang pucuk muda jer. Kat pasar, bukan jer pucuk tapi kalau boleh setiap helai yang tua dicampur!

Celur tu kata orang untuk hilangkan pahit dan jugak bagi daun tu lembut. Tapi kalau tak celur, Kjee suka sangat sebab ada rasa lemak-lemak, pedas-pedas dan pahit-pahit. Isyhhh kenapalah ramai pompuan sekarang tak suka makan sayur pahit! Entahlah.. manja sangat lah dia orang!

Itu jer bebelan mokcik pepagi ni. Dah lama yang menulis sebab tak sihat. Bila dah terlebih sihat, inilah jadinya. Hahaha.







1 comments:

adda syuhada said...

kalau ada smbal belacan nih lgi sedap mkn nasi.....erm tetiba teringin nak lemak cili padi pucuk ubi pulak :)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...