Pages

Tuesday, November 25, 2014

MIHUN GORENG MUDAH

































Breakfast fav UnclePali kalau makan kat luar ialah roti canai atau mihun goreng. Kjee tak pernah tengok dia makan tosei atau capati. Ada sekali dua Kjee tengok dia makan poori.

Tapi, Kjee cukup sedih kalau dia makan mihun yang dah siap dibungkus. Buka jer, hanya mihun goreng kosong. Sayur sehelai pun tak ada.Rencah ayam atau udang, janganlah nak harap! Anyway, harganya RM1.20. So what do you expect dia orang nak letak!

So pagi ni, Kjee tanya UnclePali nak makan apa for breakfast? Dia kata roti ada lagi. Hmmm roti? Semalam dah makan roti. Tak lalu lah! Makan mihun nak tak? Dia angguk. Tak leceh ker dia tanya. Ahh for you tak leceh mana. Ada cara instant. Hehehe.

Kjee terus ke pantri dan keluarkan mihun jenama Faizah. First time beli jenama ni. Kalau rendam air sejuk mau makan masa dua jam. So Kjee rendam  sekeping selama 10 minit dalam air paip dan masak air panas dalam cerek. Dalam flask pun ada air panas....hmmm terlupa.

Setelah air tu masak, Kjee toskan mihun tu dan rendam dalam air panas. Tepikan.

In the meantime, Kjee siang sayur sawi dan rendam. Lepas tu, kupas 1 labu bawang besar, 1 ulas bawang putih dan tumbuk sampai halus. Kemudian Kjee rendam seketika 1 sudu besar udang kering dalam air panas. Kemudian tumbuk sama bawang. UnclePali dah tolong siangkan udang dan keluarkan cili kisar dari peti ais.

Sekejap-sekejap cek mihun. Kalau dah agak lembut, toskan airnya dan letak bawah paip. Biarkan ia rendam seketika dalam air sejuk supaya mihun tu tak lembik sangat. Pastu toskan.

Panaskan kuali. Tumis bahan tumbuk 5 minit kemudian masukkan 2 sudu besar cili kisar. Goreng hingga terbit minyak. Masukkan udang. Goreng seketika. Masukkan sayur sawi dan mihun. Kjee tak guna garam sebaliknya hanya guna fish sos atau nampla.

Dah siap semuanya, goreng pulak telor mata kerbau dua biji.

Hah kan dah siap! Tak sampai setengah jam dari proses merendam mihun. Makan pun puas hati kerana cukup rencah cukup rasa. Kalau nak ganti dengan mi kerinting aka maggi pun boleh. Kita yang buat dia. Hahaha.

Kalau nak versi Mihun Siam, KLIK SINI.





5 comments:

fyna said...

nampak menyelerakan. nyum..nyum..

Eny Abdullah said...

sedapnyee mihun goreng.... kak jee boleh ajar tak mcm mana nak goreng telur mata kerbau yang cantik cmtu.... saya buat selalu x cantik....

puan ekin hoza said...

Sedapnyaaa buat akan petang or breakfast ni kak gee....hehehe..
Ekin singgah dan follow sini yer...

Jemput singgah blog ekin kalau sudi :)
www.ekinhoza.blogspot.com

Kjee said...

Salam Eny Abdullah. Kjee guna kuali kenit yang ukuran lilit 6 inci. Kalau tak ada bolehlah guna kuali biasa. Kjee letak minyak kira-kira 1 sudu besar. Panaskan kuali. bila minyak dah panas, pelankan api. Pecahkan sikit telor. Hati2 biarkan putih telor jatuh ke dalam minyak. Kemudian apabila dah nampak putih tu keras, kepak habis telor tu hingga kuning dia betul2 jatuh ditengah2 putih telor. Api mesti kecik habis. Tunggulah sampai kuning tu mengeras sikit. Kuali Kjee non stick jadi senang telor yang dah masak tu mengelongsor ke piring. Kjee memang suka telor goreng cam ni. Tak suka kuningnya keras.

Nur Aziza said...

saya suka bihun goreng yang ada daging ataupun udang.

boleh tambah berkali-kali.

kalau beli bihun, memang geram je bila bihun tu kosong je....

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...