Pages

Sunday, November 9, 2014

SAMBAL IKAN BAWAL AIRTANGAN NADIA








Kjee beli ikan bawal hitam minggu lalu kerana dah lama tak masak Sweet Sour Fish kesukaan Nadia. Tapi asyik tertangguh-tangguh jer nak masak sebab tak sihat.

Pagi tadi Nadia tanya samada resipi Sweet Sour Fish tu ada dalam blog Kjee. Kjee kata pergilah tengok. Dia macam kurang yakin Kjee ada buat sebelum ini. So Kjee carilah dalam blog Kjee dan jumpa. KLIK SINI. Last buat pada Mei 2011. Patutlah dia tak perasan.

Anyway, Kjee rehat depan TV sementara Nadia dan Papa dia bersihkan dapur dan laman belakang rumah. Sebaik sahaja dia selesai berkemas, Nadia jengukkan muka dari dapur dan kata dia nak buat sambal ajelah ikan bawal tu!

Selama ini kalau buat sambal, selain udang petai, Nadia suka sambal ayam. But since dia kata dia nak buat sambal ikan bawal, Kjee okay jer.

Lama dia kat dapur seorang diri. Kjee dengar dia goreng ikan, dia blend cili kering dan dia tumis bahan-bahan tumbuk nak buat sambal. Langsung Kjee tak bersin. Kalau tidak, kalau Nadia masak sambal kat dapur, Kjee yang duduk di ruang tengok TV, bersin cam nak tercabut nyawa.

Kenapa bersin? Sebab dia guna api besar. So, kali ni dia tak guna api besar. Siap sambal, dia bawak satu sudu kepada Kjee untuk tengok. Cantik sangat kejadiannya. Nice color! Kjee langsung tak mintak untuk rasa sebab Kjee tahu Nadia punyai deria rasa yang perfect. Sejak dari kecik, dialah food taster Kjee!








Dan apabila dah siap, Kjee memang tahu sambal ikan bawal hitam airtangan Nadia ini, terbaik!! Maaflah, Kjee bukan insan yang senang untuk memuji apatah lagi kalau anak atau suami yang masak. Ada jer yang tak kena. But this time, credit should be given!!

Sejak tak sihat, Kjee kurang makan nasi but lunch tadi Kjee makan 2 senduk. Selalunya satu senduk pun susah nak habis! Nampak merah menyala tapi tak pedas pun.

Kalau makan dengan pulut kosong pun sedap ni. Kjee gandingkan dengan pucuk ubi masak lemak cili padi dengan anak ikan talang. Itu Kjee yang masak. Nanti Kjee masuk entri lain yer.

Nak resipi sambal ikan bawal yang Nadia masak tu? Hmmm sambal biasa-biasa jer. Blend cili kering dengan bawang besar dan bawang putih. Pastu tumislah sampai terbit minyak. Bubuh 1 kuib ikan bilis atau tumbuk secubit ikan bilis dan masukkan. Pastu campak satu keping asam gelugor, dan 1 labu bawang besar yang telah dipotong bulat-bulat. Bubuh sedikit gula dan garam secukup rasa.

Setelah sambal cantik masaknya, masukkan ikan bawal yang telah digoreng. Senang jer kan.




0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...