Pages

Thursday, December 4, 2014

APPLE TART SENDIRI BIKIN LAH








Azam Kjee pada bulan Disember ni ialah nak clear semua stock leftover food dalam freezer. So, semalam Kjee dengan UnclePali gotong royong buka satu demi satu pack plastik. Dah berbulan bertapa dalam freezer.

Setiap kali, selepas makan, ada jer leftover, dibubuh dalam pek plastik dan disimpan. Sampai bila? Good question. Until...God knows when. Hehehe.

Tadi lunch kami berdua mengadap Nasi Tomato, Rendang Daging dan Rendang Ayam. Jangan tanya bila ia dimasak. Kjee tak ada jawapan. Tapi masa Nadia call tadi, dia memang terkejut sebab Nasi Tomato tu, dia yang masak pada... opppps I'm not telling.

Anyway, buka fridge tadi, Kjee jumpa 5 biji apple. Bukan Granny Smith Apples tapi rasanya Thailand mali. Kelmarin Kjee dah bedal sebiji. Tu yang tinggal 5. Tak best. Masam sangat. Nak buat jeruk, tak ada mood.











So, Kjee decide buat Apple Filling atau inti epal. Boleh buat pies atau tarts atau simpan lagi dalam botol sampai entah bila. Hahaha.

Tapi, apabila melihat macam sedap jer inti epal yang masih panas, rasa macam nak ubah fikiran. Tadi, Kjee potong apple, buang kulit, bubuh soft brown sugar atau gula merah pun boleh, sedikit air dan 1 kayu manis. Bau kayu manis semacam punya menarik. Ok.  Kjee nak buat apple tarts.

Kjee sejukkan apple filling. Kemudian Kjee timbang 400gms tepung, 300 gms butter (I used Anchor), 2 sudu besar gula castor dan air sejuk yang dicampur ais. Butter mesti really cold. Dah siap timbang tepung baru keluarkan butter dan timbang. Pastu butter potong dadu.

Kemudian, Kjee bubuh tepung dan butter dan gula dalam food processor dan trrrr sampai jadi campuran ala breadcrumbs yang kasar. Kalau tak ada FP, korang boleh ramas-ramas dengan jari jemari sampai jadi serbuk roti kasar. Tapi haritu Kjee tengok Ina Garten  Barefoot Contessa guna cake mixer. Ala apa-apa jer lah.










Lepas jadi breadcrumbs, bubuh air yang berais sedikit demi sedikit sampai jadi doh yang tak melekit. Pastu rehatkan sekejap dalam peti ais.  Lebih kurang setengah jam lah gitu.

Kemudian, keluarkan lah acuan tart. Kjee guna acuan tarts berukuran 6". Yang ada removable base dan warna hitam. Kenit jer tau. Kalau ada yang besar, okaylah tapi aku tak ada.

Kjee roll out doh. Since Kjee nak buat dua biji, Kjee bagi 4 doh tersebut. Satu bahagian Kjee roll out dan letak kat base. Kemudian cucuk-cucuk dan blind bake. Patut hempap base doh tu dengan kacang supaya doh tak tak menaik. Tapi malas. Lantaklah. Aku yang nak makan bukan nak bagi orang!

Dah blind bake lebih kurang 15 minit, Kjee keluarkan dan bubuh inti. Kemudian, sukati lah nak anyam macam tikar untuk tutup tart tu atau roll out dan tutup jer atas inti. Sebiji Kjee anyam dan sebiji lagi, dah penat, so main tutup jer. Hehehe. Yang tutup tu kena cucuk-cucuk atau toreh toreh bahagian atas doh guna pisau. Kemudian, sapu kuning telor yang dah dicampur sedikit air dan bakar.

Bakar ikut oven korang lah. Kjee rasa Kjee bakar tadi dalam 30 minit, api atas bawah. Apabila dah nampak golden atau keperang-perangan, keluarkan. Sedap makan dengan ais krim tau. Itu jer.












1 comments:

Cik Iman said...

macam boleh bau je tat epal dari skrin laptop Cik Iman nie yum

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...