Friday, December 5, 2014

ASAM PEDAS MELAKA TERBAEK PERNAH KU MAKAN DI KL!


 JALAN JALAN CARI MAKAN


Asam Pedas Ikan Merah RM12



Sambal Ikan Bilis Telor yang enak banget!!




Dah banyak kali dah kawan Kjee ajak makan kat satu gerai di Taman Ahmad Razali. Gerai Tomyam kata Ruhil. Tapi owner dia orang Melaka. Asam Pedas dia best. Begitu jugak sambal tumis Ikan Bilis Telor dan Sambal Ijau Sardin.

Hmmm susah rasanya nak heret Kjee pergi makan kat gerai Tom Yam. Alahai, sedap manalah kan kalau jual Tom Yam. Satu KL berselerak gerai dan restoran makan Tom Yam. Tak berapa nak excited lah.

Tapi petang tadi, Ruhil kata nak sepotong Apple Tarts yang Kjee buat. Dia kata dia puasa sunat Khamis. Tak sampai betul hati bila dengar dia puasa dan nak makan Apple Tarts Kjee buat. Mulanya dia nak datang rumah tetapi kemudian dia tukar plan. Ajak pergi makan di gerai Zaiton Tom Yam, Taman Ahmad Razali, Ampang.

Kjee setuju sebab kami belum ada plan apa-apa untuk dinner.






Ikan Kembung Goreng Garing



Lepas Isyak, Kjee dan UnclePali ke Taman Ahmad Razali, Ampang. Memang dah biasa ke kawasan itu, sebab ada beberapa kenalan artis yang tinggal di kawasan pangsapuri disitu. Kami tiba lebih awal dari Ruhil. Pelayan datang dan Kjee hanya order Asam Pedas sebab ada menu yang ditampal kat dinding berhampiran. Ada Asam pedas ikan tenggiri, ikan pari, ikan kembung dan ikan Merah.

Kjee order Ikan Pari dan Ikan Merah. Satu set dengan nasi serta ulam, kata pelayan itu, RM12. Okaylah. Selepas order air, Ruhil datang. Apabila kami hendak mula berbual, pelayan hantar makanan kami. Terkejut jugak sebab Asam Pedas diletak dalam claypot. Kuihnya mendidih panas!

Kjee dan UnclePali berpandangan. Wah, cam hebat jer. Nasi jugak dihidangkan siap dengan hirisan timun dan kobis serta sambal belacan serta sepotong kecil telor asin.

Tak sabar nak rasa ni. Kjee terus ambil sudu dan hirup kuah. Mak oiii sedapnya! UnclePali juga angguk-angguk kepala setelah hirup kuah.






Asam pedas Ikan Pari














Asam pedas Ikan Merah



"Wah, dasyatlah. Boleh datang lagi!" kata UnclePali walaupun baru hirup kuah. Begitulah sedapnya Asam Pedas Melaka di Zaiton Tomyam! Mungkin tidak keterlaluan jika Kjee kata, inilah Asam Pedas Melaka paling sedap pernah Kjee rasa di Kolumpo!!

Ruhil kemudian order Sambal Ikan Bilis dan Ikan Kembung Goreng. Kjee terpinga-pinga apabila sampai sambal ikan bilis yang Ruhil kata sedap sangat. Kjee amati piring itu. Ikan bilis halus digoreng garing. Macam ada campur lada tumbuk dan telor pecah. Kjee pun ambil sikit dan rasa. Terbaek! Ikan bilisnya ranggup dan rasanya, sangat sedap.

"Ada orang datang sini hanya untuk ratah sambal ikan bilis ini," tambah Ruhil. Kemudian seorang kawan lama Kjee, Che Din Seri Nilam, join kami.

Isyhh tak boleh jadi ni. Dah dekat pukul 11 malam. Nadia tinggal sorang kat rumah. Masa kami keluar tadi dah ajak tapi dia keletihan baru balik kerja.

Sebelum beredar, Kjee dan UnclePali hirup licin dulu kuah dalam claypot masing-masing. Sedap babe!

Bil kami tadi untuk 4 orang hanya RM40. Puas hati sangat-sangat. Dalam perjalanan pulang, UnclePali kata, lain kali pergi sana nak cuba Sardin Sambal Hijau pulak. Hmmm UnclePali dan sardin, berpisah tiada. Hehehe.

Gerai Zaiton Tomyam dibuka setiap hari dari jam 5 petang hingga 1 pagi. Tapi hujung minggu ni (6-7/12) cuti.

Sampai rumah, apabila Kjee kata Asam Pedas Merah best in the world, Nadia terus kata malam esok dia pulak nak pergi. Orite, I follow. Hehehe.

Pemilik kedai makan ni, Encik Sham namanya, memang bijak! Kalau nak meniaga, kena buat kelainan. Asam Pedas macam ni, masak panas-panas, rasanya belum pernah di buat orang di Kolumpo! Syabas.


Permandangan dalam gerai Zaiton Tomyam


Sahabat-sahabat puluhan tahun yang baru ditemukan semula

6 comments:

  1. Kak Jee..
    Sedapnya lah tgk..klu Kak Jee yang kata sedap mmg sedaplah tu.
    Tp jauh sgt sy dok Klang nak cr di Ampang..
    sbb tak jumpa lagi asam pedas best kat sini..

    ReplyDelete
  2. kalau duduk klang,dekat bukit kuda ada asam pedas jgak..rasa pun ok

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Kak Gee, boleh bagitau tak kat mana exactly Zaiton Tomyam ni...nanti kalau tau nak try test la....terima kasih...

    ReplyDelete
  4. Di kawasan flat Taman Ahmad Razali, Ampang. Add toke dia Sham Norrizan di FB.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum kak jee,
    Ya Allah cair airliur saya pepagi buta tengok asam pedas ni..
    kak jee boleh tau tak kat belah mana kedai ni.. dalam kawasan taman ahmad razali tu ke.. dekat blok mana ye...

    ReplyDelete
  6. En Sham Sotong hi hi hi
    Asam pedas ko terbaek
    Resepi mak dia Bibi Zaiton

    ReplyDelete