Pages

Tuesday, December 9, 2014

BADAK BERENDAM INTI KACANG MERAH








Tiada akar, rotan berguna. Bila memikirkan susah nak dapat kelapa muda untuk buat inti kuih, maka Kjee guna ajelah apa yang ada. Kebetulan ada inti kacang merah berbaki. Kelmarin Kjee buat bubur bebola pulut dan air soya bean. Pada masa yang sama, Kjee buatkan UnclePali kuih Badak Berendam tapi guna inti kacang merah.

Hari tu, masa Kjee buat guna inti kelapa, Kjee tengok dia bukan main suka sangat. Orang lelaki manalah faham yang inti mesti dibuat dari kelapa yang muda betul-betul. Kalau dia dah rasa keenakkannya pasti dia tolak inti kelapa yang Kjee buat aritu.

Apapun, kita ni kalau masak mesti tengok dulu kalau ada permintaan. Apabila Kjee kata nak buat kuih Badak Berendam, UnclePali tak banyak soal. Kalau tidak, dia mesti kata... tak payahlah. Buat susah-susah aje. Hehehe.









Kjee tak tahu samada ada orang buat kuih Badak Berendam guna inti kacang merah. Actually, rasanya sedap sangat-sangat. Tak percaya, cubalah. Inti tu campur sikit tepung gandum tau supaya senang nak gentel.

Ini yang Kjee buat dua minggu lepas guna inti kelapa. KLIK SINI. Kjee rasalah, selepas ini, kalau tak dapat kelapa muda yang elok untuk buat inti, Kjee akan terus buat guna inti kacang merah.

Oklah. Tak mau celoteh panjang-panjang. Nak bedal sebiji dua yang ada berbaki 4 atau 5 biji tu. Tumpang laluuuuuuu.






3 comments:

cazamiya said...

Nampakkkkk sangaaat sedappp..1st time sy singgah sini,,dan saya tahu Kjee sangatttt kreatifff,,,

Gee® said...

Wehuuuuu.... telio la k.jee

Anonymous said...

wahhhh...mcm2 kuih Kjee dh buat kan dek inti kacang yg berbaki tu...dr kuih bomnya hinggalah ke badak berendamnya...hehe...thumbs up sis!

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...