Saturday, December 6, 2014

BAJU SEKOLAH UNTUK ANAK-ANAK YATIM










Tangan kanan memberi, sorokkan tangan kiri. Derma bukan tontonan, lakukan dalam sepi.
Suka sangat lagu dendangan Hermantino ni. Amat menginsafkan.

Kjee pasti rakyat Malaysia, bab hulurkan derma ni, jatuh nombor satu terbaik di dunia! Kalau tidak, takkan ramai rakyat asing datang ke Malaysia dan bawak pulang puluhan ribu ringgit untuk keluarga di negara mereka. Hasil sumbangan rakyat Malaysia. Kita hanya tahu jumlah 'pendapatan' mereka setelah mereka diberkas pihak berkuasa.

Kjee mohon, luaskanlah kuasa menderma anda kali ini untuk Projek Titian Kasih 2014 (Program Baju Sekolah). Usaha mereka ini rasa Kjee, adalah kali pertama. Ia lanjutan daripada usaha Sehelai Baju Buat Menyapu Si Airmata. Team sama yang buat. Dan usaha mereka amat terpuji.

Perlu diingatkan, team ini bukan memohon baju sekolah terpakai. Kalau mahu mendapatkan info lebih lanjut bagaimana anda boleh menderma, sila ke Facebook Ahmad Bin Sa'abun.

Kjee dahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Kjee tak dapat bayangkan kegembiraan anak-anak yang tiada ibu, tiada bapa mengenakan pakaian sekolah baru di penggal persekolahan 2015. Budi baik anda, Insya Allah akan mendapat ganjaran setimpal dari Yang Maha Esa. Aaamin. Alhamdullilah.
 





0 comments:

Post a Comment