Pages

Monday, December 8, 2014

BEBOLA PULUT KACANG DALAM SUSU SOYA











Kacang merah yang Kjee buat inti hari tu, banyak lagi berbaki. Nak buang sayang. Tapi dah tak ada idea lagi nak buat apa.

Tadi Kjee nampak satu kotak susu kacang soya dalam pantry. Teringat Kjee pernah makan bebola pulut kosong yang direndam dalam susu soya kat Pappa Rich. Masa nampak dessert tu dalam menu kat Pappa Rich, Kjee punya lah excited. Tapi bila makan, terkejut sebab pulut tu tiada perasa. Dan soya bean jugak tidak dibubuh gula.

Oklah, Kjee decide amik idea dari dessert di Papa Rich. Kjee dah lupa namanya. Kjee pelbagaikan. Tepungnya Kjee bubuh sedikit garam dan Kjee letak inti kacang sebelum jadikan bebola. Susu Soya tu Kjee biarkan dalam bentuk asal. Kat kotaknya tertulis kurang manis.














Kjee buat doh guna hanya garam, air dan tepung pulut. Airnya agak-agak ajelah sampai ia menjadi doh yang tidak melekit pada tangan. Kemudian dibahagi-bahagikan mengikut warna yang dipilih.

Bulatkan sedikit doh seperti guli, penyetkan dan letak sedikit inti kacang merah di tengah-tengah. Kemudian ditutup dan jadikan bebola. Buat sampai habis.

Jerang air dan periuk. Apabila sudah mendidih, masukkan bebola tadi perlahan-lahan. Apabila ia sudah mula timbul, lebih kurang 10 minit, keluarkan dan letak dalam sebesen air sejuk.

Kemudian diletakkan dalam bekas lain dan dicurah susu soya. Masukkan ke dalam peti ais dan makan bila sudah sejuk.

Boleh guna susu soya buat sendiri atau dibeli kat tepi jalan tu. Tapi kalau beli yang kat tepi jalan tu, mintak susu soya panas. Kalau yang ada ais, dah cair sangat. Selamat mencuba.









5 comments:

adda syuhada said...

bebola tu menarik minat dan selera sy...

rahel said...

Tong Yuen....sedapnya hirup kuah panas2...klu pi sunway piramid memang tak sah klu tak singgah restoran pappa rich n tak sah klu tak order dessert ni n pau smile dia...sedap2 semua..rajin Kak Jee bulat2kan doh...hehe

Nur Inani said...

sedapnyaa. terliur pulak nak makan :)

Anonymous said...

warna yg menarik...cam best je...hehehe

cazamiya said...

Kjee,,ini sangat menarikkkk,,,,mestiii cubaaa nii,,wajib

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...