Pages

Tuesday, December 2, 2014

BEEF MAC AND CHEESE VERSI KJEE






Stok untuk Nadia bekukan




Dua hari lepas Kjee terpandang entri Beef Macaroni and Cheese yang Kjee buat 3 tahun lalu! Kecur jugak tapi cam tak minat jer nak buat.

Siang tadi, tetiba Nadia whatsapp Kjee. Katanya, ada salah seorang staff di office dia ada beri dia rasa Beef Macaroni and Cheese yang dibuat dari resipi Kjee.

"Mama boleh tak buat? Buat lebih sikit. Boleh bekukan. Nadia nak bawak bekal untuk lunch. Pening nak fikir apa nak makan bila lunch. Nak kelur makan, malas pulak."

Hmmm apabila ada permintaan, Kjee memang suka sangat. At least taklah Kjee makan sorang-sorang. Kjee terus ke pantry. Selongkar. Jumpa hampir kesemua bahan kering untuk buat Beef Mac N Cheese ni. Yang tak ada, cuma minced beef. Plan nak beli daging kisar Ramly.

Kemudian Kjee cari pasta. Cuma ada Penne Pasta. Kjee whatsapp Nadia. Dia kata okay. Tapi apabila sampai di Hero Market, Kjee suruh UnclePali beli jugak macaroni. Sedihnya, UnclePali beli yang saiz besar. Whatever lah.




Mula-mula ingat nak guna Penne Pasta





Taburkan Ceddar dua warna. Boleh jugak letak Mozarella atau Parmesan



Balik rumah, Kjee susun semua bahan atas meja dapur. Minced Beef Kjee defrost. Lepas tu Kjee buat sos dulu. Kjee cincang dua biji bawang besar, 3 ulas bawang putih. Lepas tu, Kjee tumis guna sedikit minyak jagung. Bila dah agak layu, Kjee masukkan satu tin sup tomato dan 3 sudu besar tomato puri. Kalau tak nak letak tomato puri, blend dua atau 3 biji tomato masuk ranum. Dicelur dulu dan buang kulit sebelum blend. Kjee tambah jugak satu tin air (tin sup tomato tadi).

Didihkan seketika. Lepas tu masukkan daging yang telah diramas-ramas dulu. Kalau nak blend pun bolehlah. Letak sehelai bay leaf kalau ada. Masak sehingga kuahnya agak pekat.  Ketika ini, Kjee masukkan mixed vege (jagung, carrot dan kacang peas). Kemudian rasa. Kalau perlu letak garam, bolehlah. Pastu letak jugak 1 sudu besar lada hitam kisar.

Okay. Sos dah siap. Kjee rebus makaroni dalam air panas bercampur garam. Biarlah garam tu lebih sikit sebab pasta perlu secukup rasa. Dah kenyal, toskan dan masukkan ke dalam sos daging tadi. Gaul sampai rata. Pindahkan ke bekas yang korang berkenan.

Susun cheese (Kjee guna cheddar yang warna oren dan ceddar keping). Bakar sehingga cheese cair. Lebih kurang 20 minit.

Masa nak makan, boleh jugak tabur sedikit parmesan cheese.

Itu jer. Kalau nak intai resipi penuh, KLIK SINI. Beef Mac N Cheese ni versi Kjee. Kjee dah ubahsuai resipi untuk menepati selera Kjee. Ada orang buat letak white sauce. Sukatilah kan.

Oh ya, mereka yang tak ada oven, boleh jugak bakar guna Pemanggang Ajaib.





Sedap dimakan panas-panas.





2 comments:

Illya Farhana said...

sedapnye kakjee... terasa lapar leya malam2 ni..hehehe.. LeYa Blog

Eny Abdullah said...

MasyaAllah... sedapnyaaaaaa

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...