Monday, December 22, 2014

BENDI GORENG SAMA TELOR DAN UDANG KERING









Hari ni seluruh kawasan dekat taman perumahan rumah Kjee, gelap. Pagi tadi masa Kjee tengah sarapan, dah hujan sederhana lebat. Kemudian berhenti. Sekarang pulak macam dekat Mahgrib dah. Hujan pun mula turun dengan derasnya.

Selalunya, kalau cuaca mendung, mood pun jatuh merundum. Nak masak tak larat aka malas. Yang sedap hanya tarik selimut dan zzzz.

Tetapi hidup ini perlu diteruskan. Siapkan makan untuk suami, harus didahulukan. Hari tu ada yang tampal kat FB pasal ganjaran yang diperolehi seorang isteri kalau dia masak untuk suami dan anak-anak. Lihat gambar bawah.

Apa lagi, bersemangatlah Kjee nak masak walaupun sebenarnya tak berapa nak sihat. Berdiri pun macam nak tumbang. Tapi, masak sambil duduk pun okay kan? Jangan bagi alasan yang tak munasabah sebab malas. Hehehe.








Plan asal nak masak lemak cili padi pucuk ubi yang bukan main lebat tumbuh walaupun tak sampai dua bulan UnclePali cantas. Masak bubuh ikan kering masin cekik leher. Tapi dek kerana hujan lebat, tak sampai hati nak suruh UnclePali pergi petik.

Dalam peti ais ada satu peket bendi. Hari tu masa makan kat Thurkah, Kjee ternampak bendi goreng bubuh sambal dan telor. Cam menarik jer. So, itulah menu tengah hari tadi. Bendi goreng dengan cili bubuh telor dan udang kering. Pastu goreng ayam. Kjee keluarkan jugak stok sambal ijo dari dalam peti ais.









Lepas cuci bendi tu, baru dipotong tiga setiap sebiji. Kjee suruhlah UnclePali tolong goreng sementara Kjee tumbuk cili padi, cili merah dan udang kering. Sedih sangat bendi goreng dia ala-ala terlebih garing.

Kjee kemudian tumis bahan tumbuk sampai garing. Pastu pecahkan telor dan kacau ala buat sambal telor pecah. Kemudian apabila telor dah masak, bubuhlah garam. Tapi Kjee tak bubuh garam. Cuma letak sedikit fish sos atau nampla sebab ada udang. Pastu kacau dan padam api. Kemudian baru Kjee masukkan bendi. Kjee padam api sebab bendi tu kan ala-ala rentung. Hehehe.

UnclePali goreng ayam dan panaskan sambal ijo dalam microwave. Nasi dah Kjee masak awal-awal. So, sebaik semua sudah siap, kami pun makanlah. Hujan-hujan ni perut cepat lapar. Kami makan sebaik azan Zohor tadi. Selalunya, kul 4 baru kami lunch.

Berselera Kjee tengok UnclePali makan sampai dua kali tambah. Lauk bendi tu sengaja Kjee buat extra pedas sebab sambal ijo yang Kjee buat aritu taklah pedas sangat. UnclePali tambah nasi, Kjee? Kjee macam biasa. Kurang makan nasi tapi suka ratah lauk. Awas kalau korang nak invite aku makan rumah korang. Lauk mesti banyak tau. Hehehe lawak jer. Pergi rumah orang pepandai lah aku makan sikit-sikit.






3 comments:

  1. Kak jee, bendi tu digoreng dalam minyak banyak kah sehingga garing?

    ReplyDelete
  2. Kjee, sy selalu masak sayur bendi goreng telur ni...sy mewarisinya dr arwah ibu sy...

    ReplyDelete