Pages

Monday, December 1, 2014

BUBUR KACANG MERAH








Semasa Kjee suruh Nadia rebus kacang merah (broad red beans) malam tadi, Kjee tak tau nak buat apa. Kacang merah ni yang orang biasa buat ABC atau bubuh dalam cendol atau lin chee kang. Bukan yang sama saiz dengan kacang hijau.

Tak susah nak rebus kalau guna periuk tekanan atau pressure cooker. Lebih kurang 20 minit jer. Kalau tak ada PC, mau lebih kurang setengah hari merebus!

Tadi, Kjee dok fikir nak buat apa dengan kacang tu. Dah lembut sangat-sangat. Dah buat menu yang simple atau yang berat sikit.  Kjee main lat ta li lat tam plong. Hah kena buat makanan mudah jer iaitu buat Bubur Kacang Merah. Lagi pun kul 3pm, Kjee ada appointment nak jumpa kawan.

So, setelah Kjee panaskan bubur tu sampai agak pekat, Kjee letak gula pasir. Banyak mana, terserah kat korang lah kan. Kjee sekeluarga tak suka manis. So, Kjee letak sikit.

Kemudian kaup bubuh dalam mangkuk dan curah susu cair atau evaporated milk. Kjee suka bubuh banyak susu cair ni. Lepas tu, ngaplah. Perghhhh sedapnya especially kalau diletak dulu dalam peti ais dan makan sejuk-sejuk.

Senang jer kan! Boleh buat guna kacang merah yang kecik-kecik tu tau.







0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...