Wednesday, December 3, 2014

GEDUNG TEKSTIL MEWAH DIDENDA MENIPU! JOM BOIKOT!










Dah lama Kjee berasa was-was. Potongan diberi sehingga 80%. Eh biar betul. Kan elok sedekah jer. Bagi free supaya dapat pahala banyak. Alahai 20% tu tak pentinglah bagi taukeh yang bukan bergelar millionaire tapi billionaire! Kalau berani, bagilah free!

Apa yang Kjee menghoyan pepagi buta ni. Hah ini nak habaq mai. Kjee tengah geram dengan satu  gedung tekstil yang popular satu Malaya! Kjee antara pelanggan tegarnya tetapi not anymore!!

Kenapa tidak lagi? Sebab Kjee merasa tertipu. Mujurlah nama aku bukan Tipah..kalau tidak asyik kena tipu. Heran bin ajaib. Entah dia orang guna Jin apa, semasa kita pilih kain, nampak cantik sangat. Tapi bila dah sampai rumah, diperiksa halus-halus, nyata sekali texture nya tidak seperti yang dibayangkan! Jin dia kaburkan mata Kjee kot. Isyhhh sorry Jin.

Anyway, baru-baru ini (bulan Oktober kot) gedung tu buat sale habis-habisan. Setiap meter mesti jual sebab dia orang nak pindah ke gedung yang terbesar di Asia. Tak jauh pun dari situ. Jual murah tu, hanya sebulan jer. Tapi, Kjee tengok dan extend pulak sampai hujung tahun!

Kjee selalu jugak lalu depan gedung yang tengah buat sale habis-habisan tu. Banyak pun lagi stok mereka. Kenapa sale gempak yang turun sehingga 80% tu, gagal membuat warga Kota excited? Hah, kan Kjee dah story tadi kat atas. Material dia berkualiti rendah! Dinaikkan harga berkali ganda, pastu turun 80%.

Kini sale besar-besaran dilanjutkan ke seluruh negara! Malam tadi, Kjee baca di mStar, sebuah gedung tekstil mewah didapati tidak jujur dalam urusannya. Alahai denda RM1,000 jer walhal dia dah cekik berjuta-juta hengget duit rakyat Malaysia.

Ahhhh malaslah nak merapu lagi. Korang baca jer kat bawah ni! Heran kenapa mStar tak letak nama gedung tu. Tapi Kjee rasa semua tahu yang mana satu!!

Kjee jugak rasa ramai dah boikot gedung ni. Sebab itu, sale yang sepatutnya sebulan dilanjutkan hingga 3 bulan! Gunakan kuasa membeli kita! Kalau pihak berkuasa hanya bertindak dengan mendenda RM1,000 sahaja, biar kita yang tentukan denda yang lebih berat!! Jom boikot!








Gedung Pakaian Mewah Tipu Pengguna Dibongkar

ALOR SETAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kedah mengeluarkan kompaun berjumlah RM1,000 sempena 'Ops Bongkar' terhadap sebuah gedung pakaian mewah di sini, Selasa.

Timbalan Ketua Penguat Kuasa KPDNKK Kedah Ridzuan Mat Isa berkata kompaun itu dikeluarkan ekoran dua kesalahan yang dilakukan gedung pakaian tersebut iaitu penipuan harga dan menggunakan alat pengukur yang tamat tempoh.

Beliau berkata Ops Bongkar yang bermula semalam itu akan diteruskan sehingga 4 Jan depan bagi mengesan peniaga yang melakukan kesalahan berkaitan jualan murah.

"Hasil tinjauan yang dijalankan pegawai KPDNKK mendapati gedung pakaian ini telah menawarkan harga palsu. Penipuan yang dilakukan ialah dengan meninggikan harga pakaian yang ditawarkan sebelum membuat potongan diskaun yang mencecah sehingga 90 peratus.


"Kita telah cuba dapatkan rekod sebelum harga jualan murah bagi tempoh sebulan yang lepas tetapi mereka gagal untuk menunjukkan bukti dan hasil siasatan kita juga mendapati harga yang dipamerkan ini adalah harga empat tahun lepas," katanya kepada pemberita di sini.

Ridzuan berkata gedung pakaian itu telah diberi amaran supaya menurunkan semua harga pakaian yang dijual dalam tempoh sehari dan sekiranya gagal untuk berbuat demikian tindakan akan diambil.

"Pemilik gedung pakaian itu mengaku bersalah dan telah membayar kompaun berjumlah RM1,000 bagi dua kesalahan yang telah dilakukan. Selain kompaun, kita turut merampas enam gelung kain yang bernilai RM1,000 sebagai bahan bukti selain alat pengukur yang sudah tamat tempoh.

"Kes disiasat di bawah kesalahan Peraturan-peraturan Perihal Dagangan (Harga Jualan Murah) (Pindaan 2010) dan Akta Perihal Dagangan 2011," katanya.

Beliau berkata KPDNKK akan menjalankan operasi di lima gedung pakaian di sekitar Alor Setar bagi memastikan tiada pihak yang mengambil kesempatan sempena dengan jualan besar-besaran sempena akhir tahun.

"Ini lokasi pertama yang diperiksa di Kedah bagi Ops Bongkar dan kita akan melawat gedung-gedung pakaian lain yang menjalankan jualan murah," katanya. -mStar Online

2 comments:

  1. betul tu kak jee..dulu sy pon selalu g gedung tu beli kain...penah bli kain untuk baju melayu kat situ sepasang RM150....tapi bila sy dh pindah ke area sepang..dekat dgn nilai..sy bli kain yg sama jenis sepasang baru RM80...sejak dari tu sy dah xpandang dah gedung tu...even dia buat sales giler2...

    ReplyDelete
  2. siap masuk taman perumahan pakai speaker ajak org dtg beli belah kat diorang
    sori sy tak teruja sbb mmg jarang beli kain, hihi

    ReplyDelete