Pages

Tuesday, December 16, 2014

KANGKUNG GORENG BELACAN KU ADA BELACAN TAU!










Kalau jamu selera di restoran atau gerai yang menjual makanan Tom Yam, Kjee sekeluarga mesti wajib pilih sayur Kailan Ikan Masin atau Kangkung Goreng Belacan. Habis tu, nak order sayur apa lagikan? Itu jer yang paling popular dan yang ada agaknya.

Tapi Kjee tak tahu kenapa susah sangat dia orang tu nak buat Kangkung Goreng Belacan. Kjee hanya puas hati kalau pergi makan di restoran Cina Islam. Kangkung Goreng Belacan mereka menepati namanya.

Dulu-dulu, restoran ala Thai, ada menyediakan Kangkung Goreng Kilat. Dia orang campak bawang putih yang diketuk, letak sikit sos tiram. Maka jadilah Kangkung Goreng Kilat.

Tetapi sejak dua menjak ini, Kangkung Goreng kilat ditukar nama. Diletaknya Kangkung Goreng Belacan dalam menu walaupun kekadang tak rasa langsung mana letaknya belacan tu. Lepas tu jual sepiring kenit RM5!

Sebab itu kalau nak makan Kangkung Goreng Belacan, Kjee rela masak di rumah. Tumbuk cili padi dengan belacan kemudian tumbuk sekali bawang merah dan seulas dua bawang putih. Tumis sampai garing, lepas tu masukkan kangkung dan besarkan api. Goreng pantas-pantas (ala stir fry), letak fish sos dan taraaaa sudah siap. Kalau tak ada fish sos, letakkan garam.

Mudah sangat-sangat dan sedap. Tadi, selain buat Kangkung Goreng Belacan ni, Kjee goreng ayam panas-panas. Semalam makan ayam goreng panas-panas kat gerai kari kepala ikan di Lucky Gardens, Bangsar. Tapi hari ni rasa cam nak makan lagi.

So tadi UnclePali pergi Ayamas and bought 6 pieces chicken thighs walaupun Kjee suruh beli drumsticks. Ayamnya very kenit. Balik rumah, Kjee bersihkan dan letak kunyit, serbuk cili dan garam. Perap selama 3 jam dalam fridge. Pastu deep fry. Makan sebaik keluar dari kuali.

Itu sahaja yang teringin nak makan hari ni. But entahlah, still tak selera nak makan. Well, one of those days....







2 comments:

syida said...

Kjee, ayam goreng tu..kalo dapat ke anak2 saya, sekelip mata je lesap. hehe

antara kailan ikan masin dan kangkung goreng belacan, saya pilih kailan :)

Anonymous said...

sedapnya kangkung goreng belacan...antara sayur kegemaran saya

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...