Sunday, December 7, 2014

MASAK LEMAK IKAN KELI PANGGANG













Kalau tekak tu dah dibiasakan makan lauk pauk kampung, letak jerlah makanan bandor sedap mana pun kan...mesti jugak nak cari makanan ala kampung. Kjee dibesarkan di tengah-tengah bandar, namun Kjee masih memilih lauk kampung sebagai makanan yang membuka seleraku.

Arwah Bonda tak makan ikan keli kerana dia geli geleman hendak membersihkannya. Licin cam ular, katanya. Tapi arwah Bapak yang ajar Kjee makan. Kjee ingat lagi masa tu kami tinggal di Taiping. Umur Kjee dalam lingkungan 6 atau 7 tahun. Kalau sempat balik lunch, bapak akan tapau seekor sambal ikan keli dan bawak balik. Hanya Kjee dan dia sahaja yang makan.

Kerana itu, Kjee didik Nadia dari kecik, suka makan apa yang Kjee suka makan supaya tak nyusahkan aku! Cuma dia tak suka makan yang manis-manis, cokelat dan aiskrim. Pelik lah tekak dia!

Semalam, Kjee suruh UnclePali singgah kat Pasaraya Borong Sri Ternak, kat Selayang. Di situ, antara pasaraya yang jual ikan keli hidup. Of course Kjee tak beli hidup-hidup. Setelah dia siang dan bersihkan barulah Kjee beli.










Kjee suruh Nadia amik 10 ekor. Satu kilo sekarang dah jadi RM5.59. Beberapa bulan lepas RM4.99. Hmmm kalau tambah GST nanti April depan, berapa hengget agaknya.

Sampai rumah, Kjee rendam seketika dalam air asam jawa. Kemudian dicuci bersih-bersihkan, toreh sikit kat badan ikan tu. Kemudian lumurkan sedikit kunyit serbuk serta garam dan grill dalam kuali atas dapur. Nadia jugak guna magic pan sebab dia kata malas nak tunggu lama. Sekejap jer 10 ekor dipanggang guna grill dan magic pan. Dah sejuk simpan dalam freezer.

Pagi ni, Kjee tepikan tiga ekor sebab nak buat lauk lain di hari lain. Tujuh ekor Kjee masak lemak cili padi stail Nismilan. Resipi macam NI.

Kali ni Kjee bubuh 20 biji cili padi merah menyala dan pedas yang dia orang panggil cili Bangla. Kjee sengaja nak buat pedas sebab tekak tak berapa okay. Tapi heran pulak, bila dah masak dan Kjee rasa, hmmm cam tak pedas sangat jer.

Hari ni Kjee letak jugak belimbing buluh. Bubuh belimbing ni agak sinonim dengan Masak lemak Cili Padi Nismilan.

Kalau disalai atas arang atau kayu api lagi sedap. Aromanya tentu menaikkan lagi selera. Tapi pada Kjee memadailah dengan grill atas dapur gas. Maka jadilah ia Masak lemak Ikan Keli Panggang. Hehehe.










2 comments:

  1. Kjee...saya rindukan masakan emak....huhuhu

    ReplyDelete
  2. Lin pun mcm arwah bonda kak jee.. tekak xbole terima ikan keli.. mcm ular.. 😣

    ReplyDelete