Sunday, December 7, 2014

MY BILIS GARING PEDAS







Malam tu, Kjee sekeluarga teruja sangat apabila makan Sambal Ikan Bilis ini di Zaiton Tomyam, Taman Ahmad Razali, Ampang. Sepiring RM5. Sekejap jer kami ratah sampai habis. Hehehe.

UnclePali pandang Kjee sambail ratah. Faham sangat Kjee dengan renungan dia. Mesti dia nak tau samada Kjee boleh buat. Boleh, Insya Allah. Tunggulah, Kjee kata.

Kena tunggu dulu sebab kena beli ikan bilis yang betul. Ikan bilis biasa tak boleh. Kena pilih jenis yang halus sedikit. Dan yang jenis halus ni lebih mahal dari yang biasa. Dan bukan senang nak dapat, melainkan korang pergi kedai-kedai yang memang khusus jual ikan kering dan semua yang sewaktu dengannya.

Kjee terus pergi ke Soon Cheong Marine Products kat perkarangan pasaraya borong NSK. Kat situ ada dijual berpuluh-puluh jenis ikan bilis! Yang halus sahaja ada lima atau enam jenis. Dan kalau ada budget, belilah yang mahal sekali. Kjee beli yang RM28 sekilo.



Bilis nampak kasar sebab gambar closeup


Kalau nak pilih ikan bilis, elok pilih yang warnanya agak kebiru-biruan. Jangan pilih terlalu kuning sebab itu menandakan ikan bilis itu sudah terlalu lama. Kekadang ada bau jugak. Setelah bawak balik rumah, terus cuci bawah air paip tanpa diramas-ramas. Cepat-cepat toskan. Kemudian dikeringkan. Boleh letak atas baking tray dan jemur di tengah matahari panas. Dah betul-betul kering baru disimpan dalam bekas kedap udara dalam peti ais.

Versi Ikan Bilis Pedas Kjee mungkin tidak sama dengan yang dijual di Zaiton Tomyam. Tapi, kalau tanya UnclePali tadi, dia tunjuk dua ibu jari, maka okaylah. Kjee kalau masak mesti utamakan famili. Hehehe.

Kjee guna lima biji cili merah dan empat biji cili padi merah untuk resipi ini. Kjee ingatkan asal cili padi merah menyala, mestilah cili padi Bangla yang pedas tu. Tetapi rupa-rupanya tidak. Kjee beli di Pasar Keramat. Selalu UnclePali beli di Hero Market. Kalau cili padi Bangla, letak 4 biji sudah boleh buat meleleh air hidung!

Anyway, Kjee tumbuk kasar-kasar cili tadi. Kemudian Kjee tumbuk jugak 1 labu bawang besar. Cili dan bawang tak mau ditumbuk halus. Cukuplah kasar-kasar.







Kemudian Kjee panaskan kira-kira dua cawan minyak dalam kuali. Biarlah banyak sikit. Apabila dah betul-betul panas (seelok-eloknya campak satu ekor ikan bilis dan tengok samada ia terapung dan garing), baru masukkan segenggam ikan bilis halus. Api biar besar dan apabila sudah nampak ikan bilis itu mula terapung (macam kita goreng keropok), gunakan sudip untuk terbalikkannya. Kemudian keluarkan. Letak atas bekas yang telah dialas dengan tisu dapur. Biarkan ia sejuk. Rasa seekor. Mesti ranggup kruk kruk tau!

Perlahankan api. Tumis bahan tumbuk tadi sampai garing. Bubuh sekeping asam gelugor. Apabila sudah elok layu bahan tumbuk, pecahkan sebiji telor ke dalam bahan cili tadi dan goreng pantas-pantas. Bubuh secubit gula atau pak aji kalau guna. Jangan bubuh garam dulu sebab ikan bilis dah masin.

Kemudian, padam api dan masukkan ikan bilis. Digolek-golek pantas. Rasa. Kalau nak masin lagi, bubuh sedikit garam.

Makan panas-panas. Tadi, ada baki, Kjee simpan dalam botol kaca sebab mau ia masih garing kalau makan malam ni. Tapi pastikan ia betul-betul sejuk baru disimpan dalam botol kedap udara.

Kjee dah plan nak buat banyak-banyak dan simpan dalam botol. Tapi, pastikan botol tu kedap udara. Sedap sangat kalau ratah masa tengok TV.







0 comments:

Post a Comment