Monday, December 1, 2014

RIZAL BAWAK RESTORAN GO'BANG MAJU PATIN TEMPOYAK KE KOLUMPO!






Signature Go'Bang Maju Patin Temerloh



Rizal Rosely





Bagus betul lah pemilik Restoran Go'Bang Maju Patin Tempoyak kat Temerloh ni. Pelanggan tetapnya dari Kuala Lumpur terlalu ramai. Mereka sanggup drive jauh ke Temerloh semata kerana mahu merasi keenakan Ikan Patin Tempoyak restoran itu. Justru, untuk menyenangkan mereka, pemiliknya sanggup 'bawak' restorannya datang ke KL!

Hebat ke tak hebat kan! Antara pelanggannya, siapa lagi kalau bukan Kjee dan keluarga! Kami sangguplah redah perjalanan hampir 1½ jam semata-mata kerana nak makan Patin Tempoyak di situ, walaupun ada kawan-kawan kata di Shah Alam pun ada!

Kjee dah pernah try pergi satu restoran yang seorang sahabat kata, teramatlah sedap. Katanya, tukang masak dari Temerloh. Hmmm tapi bila kami pergi makan, rasanya enak lagi kat Temerloh!



Sanggup bawak Go'Bang Maju ke Kuala Lumpur



Apapun, sekarang Go'Bang Maju Patin Tempoyak dah ada kat Sri Rampai, Setapak. Kat deretan bangunan baru sebelah kolam besar kat situ. Deretan belakang Cendol Wahab.

Muhamad Rizal Rosely, pemilik Go'Bang Maju Patin Tempoyak, secara berseloroh berkata: "Now Everyone Can Eat Patin Temerloh'. Tagline yang sangat cute... ala-ala syarikat penerbangan tambang murah tu kan. Hehehe.







Jika diikutkan, sekarang cukup murah untuk menikmati Ikan Patin Tempoyak Go'Bang Maju sebab sudah dekat. Tak perlu keluar belanja untuk minyak kereta, tol dan jugak boleh jimatkan masa. Sejam setengah tu kalau nak ke Temerloh!

Operasi Restoran ini di Sri Rampai sudah masuk ke minggu kedua. Sudah mulai dikunjungi ramai peminat ikan patin tempoyak, yang disebarkan dari mulut ke mulut.

Malah, ketika Kjee dan UnclePali singgah tadi, Rizal sibuk melayan pelanggan dari Melaka yang membuat tempahan untuk menjamu Yang Di Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaacob. Kjee pasti semua tahu TYT Tun Khalil berasal dari Pahang.

"Kena masak di Melaka. Nak kena balik Temerloh cepat ni sebab nak buat persiapan," kata Rizal, anak muda yang sangat peramah.




Ada sambal mentah tempoyak, sambal hitam dan petai jeruk

Ikan Talapia Bakar Tempoyak




Restoran di Sri Ramai dibuka setiap hari dari jam 11 pagi hingga 11 malam. Selain menghidangkan Ikan Patin Tempoyak yang menjadi signature mereka, turut dihidangkan Ikan Talapia Bakar bersama tempoyak. Pelik bunyinya kan sebab rasanya, belum pernah ada orang jual selama ini. Kjee dah cuba dan mendapati ia satu resipi baru yang sangat memuaskan. Terutama sekali untuk mereka yang suka makan ikan Talapia.

Anyway, Kjee puji resipi yang mereka hidangkan. Mereka tidak kedekut dalam penggunaan tempoyak. Kuahnya sangat pekat dengan kepedasan yang tidak keterlaluan.

Bagi Kjee, kalau cara masakan yang begitu sedap, bubuh ikan apa pun, ia menjadi satu hidangan yang cukup sempurna.



Mokcik enter frame hehehe

Banyak tempat letak kereta

Suasana dalam yang luas










Rizal memberitahu, mereka turut menerima tempahan. Tetapi, oleh kerana buat masa ini, tempahan begitu banyak, maka dia terpaksa meletakkan tempahan tersebut mengikut giliran.

Restoran di Sri Rampai boleh menempatkan seramai kira-kira 200 pelanggan pada satu-satu masa di siang hari. Manakala sebelah malamnya pula, kira-kira 250 orang.

Kawasan restoran yang luas, cukup selesa untuk dibawa keluarga. Dan yang penting, kawasan letak kereta yang luas!

Sebarang pertanyaan/tempahan boleh dibuat menerusi telefon 019-9569696/019-9625445.

Kalau mahu tahu perkembangan terbaru mengenai restoran ini, sila add mereka di Face Book... GO'BANG MAJU PATIN TEMPOYAK TEMERLOH.


Testimoni seorang kawan Kjee



Dah tak perlu ke Temerloh lagi. Hehehe

1 comment:

  1. Wahh..... Bestnya dah ada kat KL!
    Nina pun kalau gi Temerloh akan beli kat sini. Kesedapan ikan patin tempoyak gobang mmg sedap!
    TQ Kak Jee bg info. ;)

    ReplyDelete