Pages

Wednesday, December 3, 2014

RUMAH KUCING DARI BAHAN TERBUANG, KREATIVITI UNCLEPALI





Side view


Ada hammock you. Hehehe





Balik saja dari melawat rumah kucing milik Puan Sharipah Jusoh minggu lepas (KLIK SINI), Kjee tengok UnclePali banyak menyendiri. Kekadang dengar dia main gitar sorang-sorang dalam bilik study aka setor. Macam fikir panjang sangat.

Kjee memang tak akan ganggu kalau dia main gitar dalam bilik tu. Tapi, sehari kemudian dia keluar dan duduk sebelah Kjee.

"I nak buat rumah kucing lah kat belakang rumah ni," katanya buka bicara.

Kjee kerut dahi. Masa Kjee bentang belanjawan hari tu, tak ada budget untuk rumah kucing. Hehehe.

"I janji tak akan guna duit sesen pun. You tunggu jer lah nanti," kata UnclePali penuh keyakinan. Macam mana nak buat rumah kucing tanpa keluarkan duit. Isyhhh biar betul lah laki ku ni!! Dia tahu dua tiga bulan ni, budget kami, very tight!




Selepas 3 hari






















Jangan risau. Ada bumbung. Tak kena hujan




Bermula 6 hari lepas, bingit telinga Kjee. UnclePali pinjam grinder dari Sham. Untuk potong besi, katanya. Bila Kjee intai masa dia tengah potong besi tu, baru Kjee sedar besi tu adalah lebihan grill dari rumah lama kami! Grill yang Kjee marah sangat dia hangkut ke rumah ini.

Kebetulan masa pindah rumah sekarang, dua keping pintu plywood telah ditukar. Dan pintu yang tak pakai tu, dah lama Kjee bising suruh dia buang tapi UnclePali tak endahkan.

So, dengan menggunakan grill lama dan dua keping pintu itu, terjadilah sebuah rumah kucing yang berukuran 6x4 kaki. Sikit lebih kuranglah . Besar jugaklah. Macam boleh tempatkan 5 ekor kucing dewasa!

Oleh kerana buat kerja tanpa budget, hasilnya tak lah mewah. Tetapi kreativiti UnclePali boleh dipuji. Siap ada hammock (buaian) dari t-shirt buruk. Ada bakul besi tempat tidur kucing, ada tangga. Dan Kjee pasti tak lama lagi dia akan buat macam-macam lagi dalam ruang yang sempit itu.



Tengah fikir mana letaknya bakul ni dulu. Beli kat Ikea ni. Even the tangga!























Rangka yang hampir berkarat itu sememangnya elok kalau disapur cat. Tetapi UnclePali dah penat sangat. Tiap-tiap hari dia habiskan masa lebih 6 jam bina rumah kucing tu. Dan budget beli cat hanya boleh diperuntukkan dalam pembentangan belanjawan tahun depan. Hahaha.

Masa UnclePali sibuk keluar masuk rumah tadi, Kjee tengah cuci pinggan di sinki apabila ternampak kucing belang oren yang Kjee gelar Mok Mok, masuk ala-ala wakil rakyat lawat kawasan. Sepantas kilat, UnclePali keluar dan tutup pintu. Tapi lepas amik gambar, dilepaskan Mok Mok. Dah besar sangat, susah nak jinakkan, kata UnclePali. Kjee pun suka. Biar dia lepas bebas dan biakkan bakanya kat kucing betina lain. Hehehe.

Buat permulaan, UnclePali kurungkan Mimi dan anak-anaknya yang terlalu kecil. Mereka berkeliaran dalam rumah. Kjee takut terpijak.



Hah pucat kau Mok Mok

Sekarang boleh main-main tanpa risau mama pijak

My blue eyed kittens
Mimi dan anak-anaknya penghuni pertama homestay UnclePali ni




















So, inilah bakat terpendam terbaru UnclePali. He plays the guitar, write songs, entertainment journalist, designer, cooks, my PA.... the list is endless. Hehehe. Oppppsss my beloved husband. My better half. Terima kasih Allah.



5 comments:

cakarla said...

so sweet kjee.

Juls Julie80 said...

wahhh..bestnyaaa...

toilet dorg kat mana kak?? seronok la rumah baru.. hehehe

LadyT said...

Uncle Pali the best!. Alhamdulillah. Tak kena hujan ke kakjee?

Kjee said...

Insya Allah tak sebaab ada bumbung Lady T. Unclepali dah pastikan semua itu tidak memudharatkan anak2 meow dia.

norhidana miswan said...

bgs3..... pasni bile dh dpt bajet kt belanjawan thn 2015 msti lg lawo umah kucin tu kan kak...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...