Pages

Friday, January 31, 2014

CENDOL BAKAR MRR2 TAMAN MELATI









Kjee tak lah suka sangat makan cendol. Kalau ada okay, tak ada tak kesah. UnclePali yang suka sangat... tapi kalau makan cendol, dia selalu suruh Mamak yang meniaga tu jangan bubuh cendol yang hijau tu. Dia hanya makan santan dengan gula Melaka. Pelik tapi benar!

Anyway, kalau kita orang pergi Kuala Selangor, tak sah kalau tak singgah di warung Cendol Bakar di sana. Dulu Kjee ingatkan Cendol itu milik Pak Bakar. Tapi akhirnya baru tahu gula Melaka itu dibakar sebelum dimasak menjadi sirap. Justru bau yang harum.

Oleh kerana sudah lama tidak ke Kuala Selangor, kami amat teruja apabila ada cawangan Cendol Bakar di highway MRR2 Taman Melati. Dibuka lewat tahun lepas. Dan kami baru discover sebulan yang lalu. Dan sejak itu suka bebenor singgah kalau lalu area tu.








Hari ini bukan kami singgah dengan tidak sengaja tetapi memang niat dari rumah nak ke sana sebab cuaca teramat panas. Makan cendol boleh sejukkan tekak... ya lah tu.

So kami berempat termasuk Sham, yang datang ke rumah sebab nak mintak tolong Nadia buat proposal, pergilah ke Cendol Bakar di MRR2. Hari ni orang boleh tahan ramai tapi gerai yang jual makanan tutup. Satu jer iaitu gerai Laksa yang bukak selain cendol. Punahlah harapan nak makan mi rebus sementara UnclePali kempunan nak makan mi goreng mamak.



Nampak tak pam minyak Shell tu?



Gerai Cendol Bakar ini agak tersorok. Kalau korang lalu kat MRR2 Taman Melati menghala ke Gombak, pasti jumpa pam minyak Shell disebelah kiri. Hah korang masuk ke susur jalan berlopak2 ke Shell dan nampaklah gerai Cendol Bakar sebelah tapak Used Car.

Bukak dari jam 10 pagi hingga 7 malam setiap hari.











Mi Rebus yang sedap


Laksa pun okay. Kuahnya pekat



Kawasan yang santai


SELAMAT MENYAMBUT TAHUN KUDA


FROST JER BUKAN SALJI? APA HAL KECUH?






KOTA KINABALU: Suhu rendah yang luar biasa di Sabah menyebabkan lapisan fros meliputi tumbuh-tumbuhan di Gunung Kinabalu, terutamanya berhampiran Panar Laban dan Laban Rata pada ketinggian hanya lebih 3,000 meter.

Selain itu, suhu yang sejuk itu telah membekukan titisan air kabus yang meliputi gunung.

"Ia seperti kristal ais kecil di udara yang cair apabila ianya menyentuh kulit anda. Ia sesuatu yang ajaib," kata pemandu pelancong berpengalaman, Tham Yau Kong.

Pengembara dan kakitangan rumah rehat Laban Rata menyedari kewujudan fros dan kristal ais sejak tiga hingga empat hari lalu.

Tham, yang mengatakan dia telah mendaki gunung kira-kira 500 kali berkata, dia menyedari keadaan fros di puncak itu dianggarkan 20 kali.

"Ia bukan satu fenomena baru.

"Saya pasti fros itu disebabkan oleh suhu lebih sejuk daripada biasa kita alami di Sabah sejak dua minggu lalu," katanya pada Khamis. -mStar Online

Wednesday, January 29, 2014

TAHNIAH ZAMIR









Mungkin kerana tidak mahu keputusan bocor, Astro telah mengambil pendekatan membuat rakaman berasingan dimana Celina dan Zamir masing-masing menjadi Juara Masterchef Malaysia All Stars. Dan keputusan hanya diumumkan malam tadi!

Ini adalah kerana tahun lalu, keputusan Syura muncul Juara Masterchef Selebriti telah diketahui ramai beberapa hari sebelum Finale rancangan itu disiarkan di kaca TV.

Satu tindakan yang bijak. Cuma kesianlah Selina dan Zamir yang masing-masing menaruh harapan menjadi Juara ekoran rakaman itu. Pasti tidak tidur malam. Hehehe.

Tahniah Zamir. Dia memang peserta final underdog sebab ramai meramalkan Selina akan menang. Malah Kjee jugak meramalkan kemenangan Selina walaupun jauh di sudut hati mendoakan anak bangsa ku menang.

Selina seorang tukang masak yang konsisten dan cool. Selain itu, penguasaan Bahasa Malaysia yang baik telah memikat hati ramai penonton. Walaupun gagal buat kali kedua menjulang piala itu tetapi diharapkan Selina diberi peluang oleh Astro untuk mengendalikan sebuah rancangan masakan.

Monday, January 27, 2014

KITA TAK NAK KAWAN DENGAN AWAK... BOLEH TAK?




























Dah lama dah Kjee nak luahkan apa yang terbuku dalam dada Kjee ni. Ini luahan yang tulus ikhlas dan Kjee harap mereka yang berkenaan boleh menerima dengan hati terbuka.

Ini pasal mereka yang pernah satu hari dulu berada dalam friend list Kjee di Facebook. Jumlah yang Kjee dah approve sejak Kjee mula-mula mengenali media sosial ini sudah berjumlah mungkin 8-ribu orang.

Kjee tahu korang mesti angkat kening sebab mana admin Facebook ada beri ruang sebanyak itu untuk satu-satu akaun. Kalau tidak silap Kjee, hanya 5 ribu orang sahaja. Apapun, along the way, Kjee akan block seorang demi seorang sehingga kini agaknya dah lebih 4,000 or so.

Mereka yang Kjee block adalah hak eksklusif Kjee untuk melakukannya. Semuanya bersebab dan Kjee rasa antara ada diantara mereka yang tahu mengapa. Dan ada juga yang tidak tahu kenapa.

Justru, hingga ke hari ini, Kjee masih menerima pertanyaan daripada sebilangan kecil insan-insan tersebut, menanyakan kenapa mereka tidak boleh akses FB Kjee. Kjee ingat korang dah faham. Apabila seseorang itu tidak lagi dapat akses kepada akaun FB sesiapa pun, maknanya, korang sudah dikeluarkan dari friend list atau di block.

Kjee block sebab Kjee tak nak insan yang sama masuk balik dan request friendship, sekiranya Kjee unfriend. Maklumlah...Kjee bukan keep track siapa Kjee dah block MELAINKAN ada sebab besar kenapa Kjee block dia.

Ingat tak masa kita kecik-kecik dulu... masa kita kat Tadika lagi.. maaf Kjee tidak masuk Tadika tapi terus ke darjah satu sebab zaman Kjee tak ada kindergarten dan yang sewaktu dengannya. Tentu di usia yang mentah itu, kita pun seringkali TAK SUKA NAK KAWAN dengan orang itu dan orang ini. Sebabnya ada pelbagai.

Dan masa tu, kita pun bagitau budak itu... baik yang lelaki mahupun perempuan macam ni..."Eh kita tak sukalah nak kawan dengan awak... boleh tak awak jangan kawan atau tegur kita lagi?"

Masa tu, budak tu terus sentap dan tak pandang ngan kita lagi. Pasti korang ada pengalaman kan?

Anyway, sekarang ni kalau kita block atau unfriend, maknanya sama jugaklah kan?

"Kita tak suka awaklah... so kita nak unfriend atau block awak. Tapi kenapa awak tak boleh terima atau dalam bahasa kasar... tak reti bahasa?" Setelah block, kita tentu rasa selesa nak ber FB dengan kawan-kawan lain, kurang stress dan jugak boleh hindarkan penyakit berjangkit dan buat kita lebih sihat!

Sama jer caranya dengan masa kita kecik dulu. Cuma sekarang ni, kita tak beritahu face to face kita tak nak kawan dengan awak. Kita guna jari jemari jer untuk block atau unfriend. Best kan berkawan di alam maya ni.

Itu jerlah Kjee nak story malam ni. Harap-harap mereka yang berkenaan tak payahlah susah payah tanya kat blog ini kenapa awak tak ada akses kat FB kita ya. Kita tak akan publish. Kita baca dan padam.

Assalammualaikum.






Sunday, January 26, 2014

OPPPS LAWAK YANG BUKAN LAWAK



Selamat berhujung minggu.

Saturday, January 25, 2014

NYAMUK AEDES MEMBIAK DI AIR BERTAKUNG BERSIH!!!


Farah kena drip di sebuah hospital pakar di Damansara - foto dari FB Sheila

Farah dan ibunya Shiela




Apabila Farah Nur Shafieny, 17 tahun, anak tunggal blogger terkenal Shiela (Spices Journey) tiba-tiba disahkan terkena demam denggi, Kjee pasti ramai diantara kawan-kawan Sheila terkejut. Tentu korang terfikir dan kaitkan demam denggi dengan persekitaran yang kotor.

Kjee pernah beberapa kali ke rumah Shiela di Shah Alam. Rumahnya amat bersih dan tersusun rapi. Dan oleh kerana Kjee tahu bahawa nyamuk Aedes membiak di air bertakung yang bersih, sedikit pun Kjee tidak gusar.

Sudah nasib adik Farah hendak kena. Farah kini sedang menunggu keputusan SPM. Sebelum ini dia belajar di Seremban.

Walaupun Shiela lebih suka Farah dimasukkan ke wad, namun setakat ini doktor kata situasi Farah masih terkawal. Kalau platelet darah turun hingga 100, barulah dia akan dimasukkan ke wad. Kelmarin bacaan platelet Farah ialah 116.

Banyak kali dalam sehari Kjee text Shiela mahu tahu perkembangan anak dara kesayangannya itu. Dan tiap kali Shiela akan mengeluh Farah enggan ikut arahan supaya minum air masak dalam jumlah yang banyak.

Ramai kawan-kawan di Facebook kongsi pengalaman mereka atau anak-anak yang terkena denggi. Malah UnclePali pun pernah kena masa bujang dulu. Demam denggi tiada ubat. Doktor akan berikan Panadol untuk tahan sakit. Selainnya kena ikhtiar sendiri.

Ada yang kata suruh minum sup rebusan ketam banyak-banyak, blend bunga betik dan minum airnya, minum 100 Plus dan macam-macam lagi. Kjee pulak suruh Shiela beri Farah Rio Vida dan Tf Advance sebab kami di 4Life ada testimoni pesakit sembuh setelah mengambil Rio Vida dan TF Advance. Product TF itu akan segera meningkatkan sistem imun yang lemah. Wallahualam.

Mudah-mudahan adik Farah akan segera sembuh, Insya Allah.

Anyway, tadi Kjee baca dalam The Star dan jugak mStar Online mengenai peningkatan jumlah pesakit denggi di negara ini yang sudah capai tahap yang membimbangkan.

Jadi, elok sekiranya kita berpakat dengan jiran-jiran untuk melakukan pembersihan di sekitar kawasan perumahan kita. Jangan tunggu sehingga nyamuk Aedes berleluasa dan keluarga kita menjadi mangsa.


Peningkatan Mendadak Kes Denggi Membimbangkan


KAJANG: Terdapat peningkatan membimbangkan dalam kes demam denggi di negara ini apabila bilangan kes dicatatkan lebih tiga kali ganda dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Sehingga Rabu, sebanyak 6,155 kes telah dilaporkan, peningkatan sebanyak 243 peratus dalam tempoh yang sama pada tahun 2013.

Bilangan kematian juga telah meningkat dua kali ganda, dengan 10 kematian dilaporkan setakat ini berbanding hanya lima pada Januari tahun lepas.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata Selangor mempunyai paling banyak kes denggi dengan 3,168 kes, membentuk 51 peratus daripada jumlah kes.

"Dua daripada 10 kematian adalah di daerah Hulu Langat," katanya kepada pemberita selepas melawat kawasan 'panas' denggi di sini, Jumaat.

Kuala Lumpur dan Putrajaya masing-masing mencatatkan 666 dan 502 kes.

Terdapat 333 kes di Negeri Sembilan, Melaka 241 kes, Kelantan 173 kes, Pulau Pinang 166 kes, Sabah 110 kes, Terengganu 100 kes, Sarawak 85 kes, Kedah 66 kes, Pahang 53 kes dan Perlis 20 kes.

Beliau berkata kenaikan mendadak kes ini amat membimbangkan dan menggesa orang ramai supaya lebih berhati-hati dalam memastikan rumah dan persekitaran tidak menjadi tempat pembiakan bagi nyamuk Aedes.

"Secara umumnya, masyarakat amat sedar mengenai bahaya denggi tetapi mereka masih cenderung untuk mengabaikan tempat-tempat yang boleh menjadi tempat pembiakan Aedes," katanya.

Angka-angka terkini peningkatan jangkitan denggi mungkin menunjukkan ia akan menjadi lebih teruk pada tahun ini, jika usaha-usaha untuk memusnahkan nyamuk Aedes tidak dipergiatkan.

Sebanyak 43,346 kes telah dicatatkan tahun lepas, dengan 92 kematian.

"Selangor mempunyai bilangan kes paling tinggi iaitu 23,852 atau 55 peratus dengan 25 kematian," kata Dr Subramaniam, sambil menambah daerah Petaling, Hulu Langat dan Gombak dikategorikan sebagai kawasan panas denggi.

Lebih empat juta premis diperiksa di seluruh negara dan kira-kira 15,000 kompaun telah dikeluarkan berjumlah RM7.7 juta.

"Kementerian akan meningkatkan usaha, terutamanya di kawasan panas denggi melalui usaha berterusan Ops Gempur Aedes bagi memusnahkan tempat pembiakan nyamuk," kata Dr Subramaniam.

"Dari 1 hingga 22 Januari, kira-kira 168,000 premis telah diperiksa di seluruh negara dan 411 kompaun telah dikeluarkan dengan denda berjumlah RM205,500," katanya.

Langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi ancaman denggi termasuk kawalan biologi menggunakan semburan Bacillus thuringiensis israelensis (sejenis bakteria) untuk membunuh larva nyamuk.

"Kami akan menggunakan lebih semburan temephos ( racun perosak ) untuk membunuh larva dan nyamuk dewasa serta perangkap autocidal (satu kaedah baru untuk memerangkap dan membunuh larva dan nyamuk)," katanya.

Ketua Sektor Penyakit Bawaan Vektor, Dr Rose Nani Mudin memberitahu 'The Star' bahawa peningkatan dalam kes denggi adalah disebabkan pelbagai faktor.

"Sejak kebelakangan ini, terdapat lebih banyak kes di peringkat global dan penyakit ini disebarkan lebih cepat kerana pergerakan manusia.

"Faktor lain adalah cuaca. Air hujan yang terkumpul dalam tong sampah, walaupun sedikit seperti satu sudu teh, cukup untuk nyamuk Aedes untuk membiak," katanya.

Dr Rose berkata kira-kira 70 peratus daripada kawasan pembiakan Aedes adalah di kawasan perumahan kerana nyamuk tertarik kepada kawasan berpenduduk padat. - mStar Online

Thursday, January 23, 2014

CARA GINGER SANTAI








Ginger ni memang pelik. Duduk di mana pun dalam rumah, mesti nak berlapik. Tidur malam pun atas katil yang dilapikkan comforter nya sendiri oleh UnclePali.

Dan duduk atas pelapik telor ini cara dia santai di dapur. Sejuk agaknya simen. Hehehe.

Dia ni Taiko... kalau Snowy, Cheetam atau Remy kena serang kucing luar, mereka akan berlari masuk dapatkan Ginger. Dan Ginger akan pergi serang. Kesian jugak Ginger... Taiko yang berapa nak taiko... habis satu badan kena gigit dan cakar kucing luar.. ciannya anak mama.

PAI WAJAH BARU DARI KJEE




Ini sebelum masuk oven





Inilah pai daging berwajah baru yang Kjee hasilkan. Sesiapa minat dan nak order, sila sms 0126780501. Sms jer tak payah kol buang kredit.

Minimum order 12 biji dan TIADA DELIVERY! Hanya untuk kawasan KL dan yang sewaktu dengannya yang sanggup pick up sendiri di pam minyak Bhp Taman Melawati. Pos boleh tapi risiko tanggung sendiri.

Boleh jugak order Kuih Bakar Daging. Minimun order 3 biji jer.




Mewah dengan inti daging

Sunday, January 19, 2014

CHEEZY BALLZ ALA KJEE









Everyone seems to be doing it... Kalau tengok di Facebook, semua orang begitu teruja membuatnya. Kjee pun teringin sangat nak rasa tapi kerana sibuk tak pernah kesempatan. Malam tadi Kjee suruh Nadia pergi KFC belikan untuk Mama dia. Tapi Nadia pulang dengan tangan kosong. Katanya KFC sudah stop production.

Hari ni Kjee masih demam. Rasa cukup tak bermaya. So lepas brunch tadi, singgah di Bagus dan beli Mozarella Cheese. Ramai yang buat guna Cheddar jer tapi rasanya resipi original guna Mozarella. Justru kalau makan masa panas bertali-tali macam makan pizza.

Tadi Kjee dan Nadia bersama-sama hasilkan Cheezy Ballz ini. Kjee campur Cheddar dan Mozarella. Actually tak susah buatlah. Anak-anak sekolah rendah pun boleh buat.

Kupas kentang. Kjee guna 4 biji kentang yang sederhana besar. Lepas tu dipotong dadu dan direbus dengan sedikit garam hingga empok. Kemudian tos air sampai kering dan dilenyek masa panas-panas.

Lepas dilenyek, campurkan dengan sedikit lada hitam dan garam ikut rasa. Kjee guna AjiShio Pepper. Gaulkan sedikit demi sedikit tepung sehingga boleh dikepal jadi sebesar bola pingpong. Jangan letak banyak sangat tepung nanti jadi cekodok.

















Lepas dikepal, dileperkan bahagian tengah dan diletakkan cheese. Kemudian tutup kembali. Apabila dah siap semua, pukul sebiji telor dalam mangkuk dan sediakan jugak bread crumbs. Kjee buat sendiri breadcrumbs. Bakar beberapa keping roti hingga agak garing, pastu diblend guna blender kering.

Panaskan kuali dengan minyak yang cukup supaya bebola boleh digoreng secara rendam.  Apabila minyak panas, perlahankan api. Ambil sebiji bebola, celup dalam telor dan breadcrumbs dan goreng hingga warnanya keemas-emasan. Api biar sederhana yer.

Makan sebaik sahaja suam. Kalau terlalu panas... hmmm korang cubalah sendiri... tengok apa jadi. Hahaha.



Elok jugak dibuat untuk bekal anak-anak ke sekolah. Terima kasih Kak Chaq bagi idea.

Tuesday, January 14, 2014

NASI PERISA BEKAL KE SEKOLAH






Nasi berperisa ini mengimbau kenangan masa Kjee kecik-kecik dulu. Arwah bapak selalu masak nasi ni untuk kami adik beradik kalau Bonda tak sihat. Malah ada juga arwah bekalkan untuk kami bawak ke sekolah.

Nasi ini senang sangat buat. Ala-ala buat Nasi Planta tapi dibubuh chicken cubes sebagai penambah rasa. Kalau campur sedikit butter dengan Planta pun sedap.

Mula-mula tumis sedikit bawang putih yang telah diketuk dalam periuk nasi berisi Planta yang dipanaskan terlebih dahulu. Apabila bawang putih dah nampak keperang-perangan sikit (jangan sampai hangus nanti pahit), masukkan air.

Sukatan airnya ikut beras yang digunakan. Apabila air sudah mendidihkan, masukkan chicken cube ikut rasa dan beras yang telah dicuci dan ditoskan. Kemudian masak nasi sampai elok kering.





Arwah bapak tumis dalam periuk nasi atas dapur. Apabila air sudah mendidih, dia masukkan beras, rasa dan alihkan periuk tu ke rice cooker. Mudah aje kan. Kais-kaiskan nasi setelah siap masak. Tak perlu bubuh garam sebab chicken cube dah cukup masin. Adjustlah nak letak satu ataupun dua cubes.

Lauk yang selalu Arwah Bapak sertakan ialah telor dadar kosong (kekadang dia bubuh bawang). Kalau ada ayam beliau goreng ayam. Itu jer. Oh lupa...timun mesti ada. Dalam gambar tu Kjee buang kulit timur dan hiris macam kita buat timun untuk laksa johor.

Cubalah buat untuk bekal anak-anak ke sekolah. Insya Allah dia orang suka.

Ini nasi favorite my doter dari kecik sampai sekarang!




SALAM MAULIDUR RASUL

Monday, January 13, 2014

KENAPA SEKARANG KJEE MALAS UPDATE HAH? MENCI TAU!

ehsan ms google








Banyak hari dah Kjee tak update. Maaf kepada anda yang seringkali jenguk tapi hampa sebab tak ada entri baru.

Yang haters pulak pasti sedih tak berjaya kumpul dosa sebab hari-hari maki hamun dan komen macam gamp@%3, Kahkahkah. Sedih jugak sebab Kjee pun kurang pahala sebab tak ada yang maki hamun. Wallahualam.

Anyway, sejak dua menjak ni Kjee sibuk sangat melayan hobi baru iaiatu buat pies dan kuih bakar daging untuk mereka yang memesan. Dulu rancang nak buat dua kali jer seminggu tetapi oleh kerana banyak sangat order, maka terpaksa buat hari-hari!

Tapi hari ini dan esok Kjee cuti... rehat sempena menyambut Maulidur Rasul esok.

Kjee amik kesempatan dari kenaikan mendadak kos sara hidup sejak akhir-akhir ini dengan membuat bisnes kecil-kecilan. Memang menakjubkan sekali, sambutannya. Walaupun kurang sihat, namun Alhamdullilah Allah swt telah beri Kjee kudrat setiap hari untuk melaksanakan tugasan.

So sekarang tak boleh merungutlah duit dalam dompet semakin mengecut alangkah elok bodi yang mengecut bukan dompet.  Walaupun setelah tolak sana sini, pendapatan bersih taklah banyak mana, namun Kjee bangga dapat berubat setiap hari dengan hasil titik peluh sendiri.

Buat pengetahuan semua, Kjee berulang alik ke Hospital Tungshin di Jalan Pudu tiga kali seminggu untuk rawatan akupuntur yang menelan belanja hampir RM200 seminggu termasuk ubat. Alhamdullilah dah buat selama 3 minggu. Doktor Pakar Akupuntur dari China, syorkan Kjee jalani sekurang-kurangnya dua bulan atau atau 60 kali rawatan! Kena buat hari-hari tapi badan dan poket tidak mengizinkan! Lepas akupuntur rasa lemah sangat.

So actually sesiapa yang order my pies and kuih bakar tu, menyumbang kearah rawatan hospital Kjee. Terima kasih banyak-banyak. Hanya Allah swt sahaja yang boleh balas.

Sedap ke Kjee punyai pies dan kuih bakar? Hmmm sesiapa yang dah try boleh jawab. Kjee tak mau masuk bakul angkat sendiri.

NAK ORDER, SMS 0126780501.

Tapi Kjee sebak sangat baca komen customers Kjee yang terdiri dari kawan-kawan dan yang bukan kawan-kawan...aka silent readers blog atau FB. Tak larat nak screen capture semua. Yang ado jer. Hehehe.






Ini gambar pies yang ChaHaya Shiela pos kat FB Kjee








Beef Pies with Blckpepper sauce
Kuih Bakar Daging resipi ori my arwah Bonda

Saturday, January 11, 2014

TERBAIK! TERSANGATLAH SETUJU!!






Saya Harap ISA Dikembalikan - KPN


KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berharap agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dikembalikan semula sebagai undang-undang yang akan menjamin keselamatan lebih baik untuk rakyat.

"Undang-undang semasa seperti SOSMA (Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah- langkah Khas) 2012) adalah baik tetapi apa yang buruknya mempunyai undang-undang tambahan seperti ISA ini.

"Saya menyokong ISA dan mana-mana undang-undang yang boleh membantu polis dalam menjadikan negara ini lebih selamat," katanya pada sidang media di Bukit Aman pada Jumaat.

"Saya seorang pegawai penguatkuasaan undang-undang ... sudah tentu saya akan mengharapkan undang-undang yang boleh membantu saya dalam menjalankan tugas.

"Bagaimanapun, saya mematuhi tujuan Parlimen dalam menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada. Dalam pada itu, saya juga berharap Akta Pencegahan Jenayah (PCA) turut akan diperkenalkan tidak lama," katanya.

ISA dimansuhkan pada tahun lepas dan kumpulan terakhir lapan tahanan telah dibebaskan dari Pusat Tahanan Kamunting pada minggu lepas.

Sosma diperkenalkan tahun lepas bagi memastikan keselamatan awam dijamin. -mStar Online

Thursday, January 9, 2014

MACAM-MACAM PUNYA GILA


Monday, January 6, 2014

LEPAS NI TARGET GAJAH KAT ZOO


Gambar ehsan The Star


































Lawak pagi Isnin buat korang yang liat nak kerja setelah cuti hujung minggu. Ini berlaku di Malaysia! Kereta Wira diubahsuai. Dah banyak kali buat kerja ni dan terlepas kot.

Yang menjadi persoalan, bagaimana mereka mengangkut lembu yang besar bagak tu? Bagi ubat tidur dulu kot. Hehehe.

Lepas ni gamaknya target gajah di zoo hangkut naik kereta Kancil. Lol.

Sunday, January 5, 2014

PAU SAMBAL TUMIS PETAI DAN RENDANG YANG ENAK BANGET









Pau Sambal Tumis Petai


Kuih Pau atau Dumplings, asalnya diperkenalkan oleh orang Cina. Ada pau kosong yang dimakan dengan lauk dan ada jugak pau berinti. Kat Malaysia Pau Kacang Merah dan Pau Kaya antara yang sangat diminati dari dulu. Kemudian ada yang buat pembaharuan dengan buat pau Kari Ayam. 

Tapi korang pernah terfikir satu hari nanti akan ada Pau Sambal Tumis Petai dan jugak Pau Rendang?

Mungkin terbeliak mata mereka yang suka makan petai! Macam mana rasanya? Kjee antara mereka yang minat makan petai. Tak kira dalam bentuk mentah, rebus, bakar dan juga diletak dalam sambal ataupun cara memasak lain. Tetapi Pau Sambal Petai? This I must try!

"Pau Sambal Petai ni hanya dibeli pelanggan kami yang tegar. Susah sikit nak 'jalan'.." kata Pak Uda Anuar ketika first time Kjee singgah di kiosk Pak Uda Station bersama UnclePali minggu lepas. Tapi dek Kjee ni jenis adventurous, Kjee pun beli sepeket yang frozen.

Apabila sampai di rumah, Kjee kukus pau Sambal Tumis Petai. Nadia balik kerja. Angkat kening apabila Kjee kata ada pau sambal petai. Tapi apabila dia dah try sebiji, Nadia terus ke dapur dan panaskan semula kukusan untuk kukus lagi!




Eh macam kenal jer mokcik dalam kereta tu... dapat jugak enter frame hehehe










Pak Uda Anuar dan Ibu Nor





Sebelum cuba beli Pau Sambal Petai ni, Kjee dah try sebelum itu, Pau Rendang. Kjee beli sebiji Pau Rendang, Sebiji Pau BBQ Chicken dan sebiji Pau Kacang Merah yang siap dikukus. Sekejap jer UnclePali dan Kjee habiskan dalam kereta masa nak balik. Semuanya sedap!

Pandainya orang kita buat pau! Dulu-dulu Pau Melayu tak sama texture ngan Pau buatan orang Cina. Keras semacam terutama sekali apabila sudah sejuk.

Seminggu selepas Kjee beritahu frens kat FB mengenai keenakan Pau Sambal Petai dan Rendang di Pak Uda Station, kini bukan main susah lagi nak dapatkan kedua-dua pau yang enak ni. Kjee sendiri kena book awal-awal sebab sampai jer stok, sudah disambar orang.

Petang semalam, dalam hujan renyai-renyai Kjee singah ke Kiosk Pak Uda Station di Taman Sri Rampai Setapak. Dari jauh, Ibu Nor, isteri Pak Uda lambai-lambai kat Kjee kata stok pau dah hampir habis. Esok tak tau nak niaga apa katanya sambil garu kepala. Stok sampai dua kali seminggu pulak tu!

Alhamdullilah sekarang ni tak menang tangan Pak Uda dan Ibu Nor melayan customer. Kjee tak dapat bagi alamat tepat Kiosk Pak Uda Station. Ia terletak di belakang rumah mereka yang mengadapkan jalan besar di Taman Sri Rampai. Ini nombor mereka untuk dihubungi  0129230210 Pak Uda Anuar / 0123008965 Ibu Nor.

Pak Uda memulakan perniagaan lepas Zohor hingga Maghrib setiap hari, kecuali kalau dah habis. Ibu Nor akan membantu suaminya selepas pulang kerja. Kjee nasihatkan mereka yang nak ke Kiosk Pak Uda Station ini samada nak beli yang beku ataupun yang sedia dimakan, supaya call awal-awal buat booking. Jangan nanti sampai sana, gigit jari. Hehehe.

Oppps lupa pulak. Pak Uda ada jugak jual Karipap Gergasi inti kentang dan ayam yang sedap sangat. Intinya cukup rasa macam kita buat sendiri di rumah. Kjee pun simpan stok beku karipap gergasi ini dalam freezer. Manalah tahu kalau malas nak masak nasi, goreng jer kan karipap ni. Sebiji sorang dah kenyang!!

Ini cara nak ke Kiosk Pak Uda Station.

Pada pengemar pengemar Pau dan masih tidak pasti dimana kah lokasi PakUdaStation..... Sila fahami keterangan dibawah... : Jika anda dtg dari arah Aeon big (carefour).... kondo villawangsa mas berada di sebelah kanan....akan jumpa traffik light simpang empat... Anda harus masuk kekiri, arah ke section 10 wangsa maju/ITBM.... Kemudian masuk ke kanan utk ke Wisma Felcra/SMK tmn sri rampai/flat desa rejang...... Dari jln utama depan Wisma Felcra terus jer hingga jumpa playground.... Nnt nampak canopy warna biru di tepi jalan... Berhadapan playground...... Disitu lah Pak Uda Station..... selamat datang...





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...