Saturday, March 29, 2014

SALAI NOGORI DAH SAMPAI KAY ELL








Itik salai, ikan keli salai, daging salai, puyuh salai dan ayaam salai kini cukup popular di kalangan warga kota. Ramai yang dah buat bisnes jual melalui online dan sebagainya.

Beberapa hari lalu, Kjee cukup teruja nampak gerai Salai Nogori di jalan utama Taman Permata, Hulu Kelang, kira-kira 100 meter jer dari pasaraya Giant dan betul-betul berdepan dengan sebuah tadika.

Tiap kali lalu, tak sempat nak suruh UnclePali singgah. Tapi semalam Kjee sempat copy nombor telefon toke gerai. Terus Kjee kol. Dia kata bukak pagi Sabtu kira-kira kul lapan lobih (8 lebih) hingga tongah hari.

Kjee pun tempahlah ikan keli salai. RM10 empat ekor kata Zamri. So Kjee pun order 8 ekor. Dia kata boleh amik sekitar kul 11.30 pagi.

Tadi, Kjee ajak Nadia drive bawak Kjee ke gerai Zamri. Tak susah cari. Zamri tengah sibuk menyalai. Bergantung-gantungan ikan keli, ayam dan daging yang telah disalai. Tapi Kjee tak nampak itik salai.



Ini 8 ekor ikan keli salai yang Kjee beli tadi. Empat ekor RM10.







"Oh itik kena order dua hari sebelum. Harga seekor RM45," kata Zamri malu-malu macam mahal sangatlah. Itik mentah pun dah dekat RM40 kat pasar. Ini nak salai lagi kan? Murah sangat-sangat lah tu.

Harga daging salai dan lain-lain lupa lak Kjee nak tanya tadi sebab tengok Zamri sibuk sangat menyalai. Korang nak tahu, call, sms atay whatsapp dia yer.

Zamri yang tak banyak sangat bercakap kata dia orang Kuala Pilah. Dia meniaga 6 hari seminggu kecuali Ahad. Isnin sampai Khamis bukak kul 2 petang hingga 6 petang. Jumaat dan Sabtu dari kul 8am sampai tengah hari.

Dia ada jugak akaun Facebook.. SALAI KUALA PILAH. No telefon 012-6494940. Whatsapp 0172790779.


Itik Salai RM45 seekor

Daging Salai

Keli Salai 4 ekor RM10




Thursday, March 27, 2014

AL FATIHAH JANTAN BIN OSMAN AKA ALI MAMAK





Semoga roh beliau diletakkan di sisi para solihin. Insya Allah. Amin. Arwah dipanggil mengadap Penciptanya lebih kurang jam 4 pagi Khamis kerana mengidap kanser tahap 2.

Sepanjang hari Kjee sibuk. Ini baru ada masa nak coretkan sedikit mengenai Abang Jantan Osman atau nama pentasnya Ali Mamak. Kjee kenali beliau ketika sama-sama berlakon dalam drama bersiri Santan Berlada terbitan RTM kira-kira 30 tahun yang lalu.

Kami semua menyapanya sebagai Abang Ali mengambil sempena wataknya dalam drama bersiri yang meletup ketika itu.

Abang Ali bukan keturunan Mamak tetapi anak kelahiran negeri Hang Tuah. Malah dia kata ramai yang menyangka dia mamak sebab warna kulitnya. Mungkin banyak berjemur ketika bekerja 'panjat tiang' katanya sambil berseloroh. Kerja panjat tiang yang dimaksudkan arwah ialah dia bertugas sebagai juruteknik Lembaga Letrik Negara (sekarang Tenaga Nasional Berhad).

Drama Santan Berlada adalah penampilan sulung beliau dalam industri seni tanahair. Kjee tak ingat bagaimana Abang Ali dipilih menjadi pelakon. Apa yang Kjee ingat, ramai pelakon baru diperkenalkan penerbit Hasiah Ariffin dalam Santan Berlada. Antara mereka termasuklah Os. Masa tu Kjee dalam lama berlakon.

Kjee ketika itu hanya muncul dalam satu episod sahaja drama tersebut sebagai pelakon undangan. Bagaimanapun, ketika Kjee membawa watak Monaliza dalam drama bersiri itu, penulis skripnya SA Takiyuddin turut hadir melihat rakaman di Sound Stage, Filem Negara Malaysia.

Sebaik sahaja tamat rakaman, Kak Hasiah dan Encik Takiyuddin panggil Kjee dan tanya samada Kjee minat nak jadi pelakon tetap drama itu. Kalau tidak silap Kjee, drama itu sudah berjalan sebanyak 4 episod sebelum tiba giliran Kjee berlakon sepenuh masa.








Maka Kjee pun berkenalan lah dengan insan-insan lawak yang first time berlakon termasuk Abang Ali Mamak. Masa itu kami menyapa satu sama lain dengan nama peranan masing2. Fauziah Nawi kami sapa Kak Ti, Pak Yeop Kidai, Os, Ghani Martopo dan sebagainya. Dan of course mereka menyapa Kjee, Monaliza.

Seingat Kjee, Abang Ali Mamak seorang insan yang cukup baik. Cukup peramah dan menganggap mereka yang muda sebagai adik dan yang tua sebagai kakak (Fauziah Nawi dan Pak Yeop Kidai). Tiada sisi yang kurang baik mengenainya yang boleh sesiapa jadikan dia musuh.

Beliau telah membawakan watak Ali Mamak dengan begitu baik sekali. Semua menyukainya dari kanak-kanak hingga orang dewasa. Dan hingga ke akhir hayat dia dikenali sebagai Ali Mamak.

Setelah tamat siri Santan Berlada, Abang Ali telah berhenti kerja kerana dia mula mendapat tempat sebagai pelawak. Kjee seringkali menemui beliau ketika menjalankan tugasan sebagai wartawan.

Kemudian apabila Kjee berhenti menjadi wartawan, kami sudah tidak bertemu lagi. Kjee hanya mengikuti perkembangan beliau menjadi penyanyi dan juga kejayaan demi kejayaan menempa nama sebagai pelawak.

Kali terakhir Kjee bertemu beliau semasa Majlis Hari Raya Artis-Artis Veteran (atau mungkinkah anjuran Seniman...). Ketika itu Kjee datang menaiki kerusi roda. Abang Ali mendekati Kjee dan bertanya khabar. Dia sedih lihat Kjee kini menaiki kerusi roda.

Tidak langsung terlintas di fikiran Kjee untuk bertanya kesihatan beliau memandangkan beliau nampak cukup sihat. Hanya beliau tidak benarkan Kjee memanggilnya Datuk. Kemudian Kjee terkejut melihat beliau muncul bersama Abon dalam rancangan Maharaja Lawak.

Itu sahajalah kenangan Kjee bersama Abang Ali. Kjee tidak kan lupa kenangan-kenangan manis dan nakal kami ketika berlakon Santan Berlada dulu. Biarlah menjadi rahsia kami yang pernah berlakon bersama-sama dulu. Dan jugak paling menyedihkan apabila tiada gambar untuk disimpan sebagai kenangan.

Allah swt lebih menyayanginya. Khabarnya, Abang Ali tidak lama sakit. Alhamdullilah. Moga keluarga Arwah tabah dengan ujian getir Allah swt. Dan moga rohnya diletakkan di sisi para solihin. Al Fatihah.

Wednesday, March 26, 2014

DAGING TETEL GORENG KUNYIT





Minggu lepas Kak Chik, sepupu Kjee beri Kjee tetel daging kurang 2kg. Beliau toke sate dan memang sentiasa ada tetel daging dalam freezer.

Balik rumah Kjee simpan dalam freezer. Pagi ni baru teringat pasal tetel yang Kak Chik beri tu. Kjee rendam dan UnclePali masukkan ke dalam pressure cooker. Rebus dekat 1 jam. Lembut sangat-sangat!

Kjee tak tau nak masak apa. Cuma terfikir yang ringkas jer iaitu goreng kunyit.





Kjee toskan tetel tadi setelah elok lembut, gaul dengan garam dan kunyit dan goreng guna minyak jagung. Tak perlu minyak banyak. Kalau ada kacang panjang pun boleh masukkan.

Setelah elok tetel agak-agak garing, Kjee masukkan bahan-bahan hirisan cam cili merah, cili padi dan bawang besar, Golek-goleh seketika sehingga bahan-bahan tu elok lembut dan siap!!





Tuesday, March 25, 2014

AL FATIHAH DAN SALAM TAKZIAH










Monday, March 24, 2014

DARI ALLAH MEREKA DATANG, KEPADA ALLAH MEREKA KEMBALI




Sunday, March 23, 2014

ROTI JOHN FOR BREAKFAST AGAIN AND AGAIN





Kalau dah tak ada idea nak sediakan menu untuk breakfast, Roti John seringkali menjadi pilihan. Sebab utama adalah kerana sentiasa ada stok beku inti kuih bakar daging. Hehehe.

Korang nak tau cara membuatnya, KLIK SINI.

Tak tau kenapalah Kjee calit mayo dan sos cili kat bahagian atas Roti John. Sepatutnya di sebelah dalam roti tu kan...atas inti daging dan telor. Otak blur pagi ni. Alaaa kita yang buat dia. Hehehe.



Saturday, March 22, 2014

JELI AIR KELAPA MUDA





Masa tinggal kat Sg Buloh dulu, seminggu dua atau tiga kali, Kjee buat Jeli Air Kelapa Muda ni. Ada dua sebab. Satu kerana kelapa muda murah sangat kat kedai-kedai di tapak pasar malam Paya Jaras. Sebiji rm2.50. Dan kedua sebab Sg Buloh kawasan yang panasnya agak melampau!

Apabila dah keluar dari Sg Buloh genap setahun yang lalu, Kjee dah tak buat lagi sebab kawasan yang Kjee tinggal sekarang amat nyaman. Hanya panas sejak sebulan yang lalu kerana musim kemarau.

Anyway, Kjee teringat nak buat hari ni sebab Nadia tak sihat. Demam sikit dan tekak dia pun ada sakit sikit. Kalau beri dia makan Jeli ni, diharapkan dapatlah kurangkan sikit kesakitan dia.

UnclePali bawak balik air dari 3 biji kelapa muda tadi. Sebiji RM3.50. Minggu lepas mencecah sampai RM4.50 sebiji.



Isi kelapa muda yang dihiris, gula dan agar2 serbuk


Susun hirisan isi kelapa muda dalam bekas disukai




Satu peket air kelapa muda tu Kjee sukat dapat dalam 1½ mug (mug standard ukuran 4"). Perlu 9½ mug. So lepas sukat air kelapa dalam periuk, bakinya Kjee tambah air biasa untuk jadikan amaun air plus air kelapa yang diperlukan.

Kjee didihkan air tersebut atas dapur. Kemudian Kjee letak gula. Ikut resipi 1 mug gula. Dulu Kjee adjust letak ¾ mug jer. Tapi hari ni Kjee kurangkan hingga ½ cawan. Tak boleh bubuh banyak sangat gula. No good for health! Alamak terlupa dalam pantry ada gula batu!

Apabila gula dah larut, Kjee masukkan 1 peket agar-agar serbuk yang beratnya 10gms. And then apabila sudah larut serbuk tu, anggaran 10 minit, padam api.

Kjee dah siap hiris isi kelapa yang UnclePali beli tadi. Lepas hiris, susunlah dalam bekas yang disukai. Tadi Kjee tercari-cari bekas dadih tapi UnclePali kata, kalau tak bagi orang yakni untuk makan sendiri jer, tuang dalam bekas tauhu faa. Senang...nak makan amik satu bekas sorang. So, tadi settle jadi 8 bekas.

Kjee biarkan ia sejuk ikut suhu bilik lepas tuang ke dalam bekas dan masukkan peti ais. Tak sampai dua jam dah siap. Sejuk dan sedap.

Itu jer. Senang nak buat.







BETUL KE BOHONG?






Betul ke budget untuk susu dan pampers anak pun tak diberi sebab kata tak ada banyak duit? Tapi buat majlis kahwin di tiga lokasi?

Isyhhh kalau betul, tak baiklah buat cam tu... kalau bohong tuduhan tu, nak kena koyakkan mulut longkang tu.

Baca di sini.

Friday, March 21, 2014

MOHON DOA RAKYAT MALAYSIA DIMAKBUL


Sunday, March 16, 2014

BEEF PIES, SAMOSA DAN KUIH BAKAR



Mini Beef pies Rm3.50/min order 12 biji

Frozen Samosa 20 biji RM18


Kuih Bakar Daging RM6/min order 3 biji

Nak order sms 0126780501. TIADA PENGHANTARAN/POS. Kuala Lumpur sahaja.

Saturday, March 15, 2014

SELAMAT PENGANTIN BARU FARAH DAN SYAMIL

Moga kekal hingga ke nafas akhir. Farah Dato Husin adalah anak kedua sahabat Kjee, Datin Elani. Majlis pernikahan telah dijalankan semalam di rumah keluarga mereka di Bukit Jelutong, Shah Alam. Dan hari ini majlis resepsi pihak perempuan.

Majlis resepsi dijalankan dalam suasana sederhana tetapi cukup meriah.

Terima kasih Elani undang Kjee sekeluarga. Good food and nice crowd. Mudah-mudahan Farah dan Syamil segera hadiahkan cucu kepada your lovely parents!











Dato Husin dan Datin Elani



























LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...