Pages

Sunday, April 27, 2014

NASI AYAM DALAM PERIUK TANAH




Hari ni malas nak keluar makan. So masak sahaja yang ada kat dapur. Semalam sewaktu bukak pantry, tetiba terjatuh satu peket cendawan shitake kering. Actually setengah peket jer.

So Kjee suruh Nadia rendam air panas pagi tadi. Selalunya Kjee rendam air sejuk tapi ada sekali tu Kjee rendam guna air panas, Kjee perasan lagi cepat ia lembut.

Nadia tanya nak masak apa? Kjee kata Mama nak makan Claypot Chicken Rice.

Check dalam freezer ayam tinggal suku ekor jer. So, Nadia potong bite size, cuci dan toskan airnya. Kemudian dia siapkan marinate ayam tu.

Nak resipi korang intai SINI. Malas nak salin balik sebab dah lapar. Hehehe. Jom makan.




Ayam dicampur bahan-bahan dan kena perap sekurang2nya ½ jam









Friday, April 25, 2014

KALAU KORANG BORING, JOM LAYAN



Kelakar giler. Hati-hati kalau jual insurans. Hehehe

HAPPY BIRTHDAY UNCLEPALI


Tuesday, April 22, 2014

LAMA DAH TAK BUAT HASHBROWNS





Dah penat buat macam-macam for breakfast? Hah kali ni cuba pulak buat Hash Browns Potatoes dengan scrambled eggs. Bukan yang beli kat supermarket tau. Buat sendiri from scratch.

Tak susah mana pun. Ajar anak-anak dara dan bujang korang buat. Insya Allah lepas ni senang kalau nak makan... order jer kan? Hehehe.

Tadi Kjee buat guna 4 biji kentang biasa. Rasanya kentang dari Indonesia. Dapatlah dua keping sebesar piring. Kjee guna non stick pan yang berukuran 5 atau 6 inci. Non stick pan sama yang Kjee guna untuk buat my rempeyek. Rempeyek? Isyhh lama gak tak buat ni!!

Resipinya korang INTAI SINI. Malas nak salin balik.

Hash Browns ni Kjee pernah jugak pelbagaikan buat macam burger ataupun banjo. Bubuh sekeping daging burger diatas sekeping hashbrowns, letak salad atau apa jer yang korang suka, pastu tindih dengan sekeping lagi hashbrowns. Sedap. Buat banjo telor pun sedap. Atau makan dengan baked beans dan sosej. Sukati korang lah kan!

Boleh jugak buat bekal anak-anak ke sekolah.

Pattie burger ni pun home made tau





Monday, April 21, 2014

TAHNIAH! MAK MAH TUNANG SENYAP-SENYAP?






Seniwati veteran Hajah Ruminah Sidek atau lebih mesra Mak Mah, dikhabarkan bertunang dalam satu majlis ringkas semalam.

Sahabat beliau, Norlia Ghani beritahu Kjee, dia telah mendapat berita itu daripada seorang Ustaz yang menguruskan pemergian Mak Mah ke tanah Suci Mekah baru-baru ini untuk menjalani ibadah Umrah.

"Kak Norlia shooting semalam tapi memang ada majlis di rumah Mak Mah. Kami semua ingatkan majlis nikah tapi terkejut jugak apabila tahu hanya majlis merisik atau bertunang," kata Norlia Ghani.

Beliau berasa bersyukur kerana akan ada insan yang akan berada di sisi Mak Mah sekarang.

"Selepas Wan Maimunah, sekarang Mak Mah pulak. Syukur Alhamdullilah. Jodoh itu rahsia Allah," tambahnya.

Bila pulak giliran Kak Norlia, usik Kjee?

"Eh tak adalah... ada lah seorang dua kawan tapi rasanya tak sampai ke situ kot. Kita dah tua," katanya sambil ketawa.

Tahniah Mak Mah. Semoga dapat disatukan dalam masa terdekat dan bahagia hingga ke akhir hayat. Ameen.

TERBARU:
Kjee dapat berita Mak Mah dan bakal suaminya akan disatukan bulan depan.


bersama Kak Norlia Ghani

Bersama Mak Mah

KARI IKAN TALANG MASIN LAGI DAN LAGI










Ini lauk favorite dalam rumah Kjee. Langsung tak ada bantahan dari sesiapa kalau Kjee kata nak masak lauk ini. Hehehe.

Dah banyak kali Kjee buat dan dah banyak kali Kjee tayang gambar. Sengaja nak bagi korang kecur.

Semalam petai rebus ngan sambal belacan power UnclePali menjadi teman kepada Kari Ikan Talang masin ini. Sedap banget ibu-ibu dan bapak-bapak.

Hancus diet Nadia. Semalam dia makan dua kali... for lunch dan dinner. Oleh kerana nasi tak cukup dan maleh lak nak masak lagi, Kjee rela beralah dan bagi Nadia dan UnclePali makan nasi. Kjee buat tiga keping Poori yang kecik-kecik dan cicah. Best sangat-sangat. Nasi dia orang dah habis, poori Kjee pun kena sebat sekali. Hehehe.

Resipi korang LAYAN SINI.






Saturday, April 19, 2014

JOM INTAI APA KJEE JUAL

Ramekins - 1 set 6 pcs 4" white


Acuan Pie Tee




Kuih Bakar Daging minimum order 3 pcs


Frozen Samosa/Samosa Beku


Samosa - minimum order 20pcs

Mini beef pies - minimum order 12 pcs

MINAT? SMS 0126780501


Friday, April 18, 2014

NOTA BUAT KAMARUL ZAINUDDIN





Mokcik tak tahu apa nak kata apa pasal kau ni Kamarul. Sampai Mokcik mengigau malam tadi. Anak dara mokcik kata Mokcik ketawa terbahak-bahak dalam lena, sampai dengar ke bilik dia.

Semuanya pasal pokcik kau jugaklah. Mokcik dah tidur...dia kejutkan Mokcik dan tunjukkan post pertama kau (gambar atas). Mokcik ketawa mengilai-ngilai di malam Jemaat sementara pokcik kau ketawa guling-guling atas katil. Tidur Mokcik terganggu sekejap sampai terlena.

Harap kau buatlah lagi lawak lain Kamarul. Kelakar bebenor! Mokcik tabekkk springggg!

Dan kepada mereka yang kenal budak Kamarul ni tolonglah selamatkan dia dari terkena pelempang Karam Singh Walia. Kahkahkah


DAH BERJAYA BUAT POORI, THE INDIAN WAY!








Pagi tadi selepas rebus kacang dhal untuk buat Parpu, Kjee kembali ke computer dan berangan-angan. Nak cuba buat poori. Tapi dalam hati berkata-kata... jadi ke tidak ni? Kalau tak jadi, maka akan jadi habuan Cik Tong lah nampaknya. Roti Arab ada sebiji lagi baki hari tu... hehehe.

Kjee pun goggle tengok resipi. Tengok tapi tak cari sebab hari tu dah google search dan ada satu resipi yang Kjee berkenan. Resipi seorang pakar masakan dari India. Sangat mudah resipinya. Budak tadika pun boleh buat, kata hati Kjee. Ewah ya lah tu.

Tapi hati Kjee tak sedap. Betul ke boleh naik gelombong tanpa letak apa-apa bahan penaik? So, untuk puaskan lagi hati Kjee google pulak resipi Poori orang Melayu. Dia orang eja sebagai Puri.

Adoiii mak.. pening kepala. Depa bubuh tepung gandum dan yeast. Kena buat ala-ala buat roti iaitu uli, perap jap, lepas tu bila dah naik bagi tumbuk angin, buat bebola, tunggu lagi bagi naik dan seterusnya gelek leperkan dan goreng.

Isyhhh banyak sangat kerja. Poori oleh pakar India tu mudah sangat. Macam tak percaya. Tapi kerana bahan tak banyak, tak terkilanlah kalau jadi habuan Cik Tong.

Maka Kjee pun ikutlah sebiji macam resipi Chef In You. Versi Kjee seperti dibawah:




Tepung Atta. Boleh guna apa jenama pun




POORI
6 biji
sumber: Chef In You


Bahan-bahan:

1 cawan tepung Atta (Wheat Flour)
½ cawan air
1 sudu minyak panas
secubit garam

Caranya:

1. Panaskan minyak dalam kuali guna api sederhana. Minyak harus banyak sebab nanti Poori kena kasi tenggelam waktu goreng.

2. Sukat 1 cawan tepung Atta (Kjee guna tepung Atta dari India) ke dalam besen. Masukkan secubit garam dan gaul hingga garam rata.

3. Masukkan air sedikit demi sedikit bersama 1 sudu minyak yang sedang dipanaskan dalam kuali. Kalau tak tahan panas boleh guna garfu untuk sebatikan tepung kemudian baru uli.

4. Uli sehingga adunan licin (5 minit jer) dan tidak melekat pada tangan ataupun besen. Adunan harus elok-elok lembab. Tidak terlalu basah mahupun kering.

5. Kemudian terus buat bebola. Kjee bahagi dua adunan itu. Kemudian setiap adunan Kjee bahagi tiga. Kemudian Kjee bulatkan, tabur sedikit tepung atta atas meja dan leperkan. Jangan terlalu tipis kerana ia akan menjadi garing. Leperkan macam kita nak buat kulit karipap.

6. Ketika ini api sudah cukup panas. Jangan biarkan sampai minyak berasap. Nak tahu samada suhunya sudah cukup elok, cubitkan sedikit adunan dan campakkan ke dalam kuali. Minyak sudah cukup panas kalau adunan itu timbul.

7. Masukkan sekeping adunan yang telah dileperkan ke dalam minyak panas. Gunakan sudip untuk mandikan Poori dengan minyak. Sebaik sahaja di'mandikan', Poori akan mengelembong. Biarkan seketika dan terbalikkan.

8. Setelah warnanya cantik keemasan, angkat dan letak atas tisu dapur.

9. Makan dengan Parpu dhal ataupun Parpu kentang atau dengan Kari Ayam atau daging ketika masih panas.

Menurut Chef In You, Poori tidak akan menyerap minyak kalau suhu minyak dalam kuali elok panasnya. Kalau minyak tidak panas, Poori akan menyerap minyak. Dan Alhamdullilah, Kjee berjaya membuat Poori yang tidak menyerap minyak hari ini.

Mudahkan? Tak payah nak bubuh yeast, tak payah perap. Adunan ini  tidak perlu diperap. Jika diperap, ia akan menyerap minyak. Penyediaan tidak sampai 15 minit!

Lepas ni nak belajar buat chapatti pulak. Tak lulus lulus dari dulu! Hehehe




Tuesday, April 15, 2014

MAHU JADI PELAKON HEBAT?


Monday, April 14, 2014

FUCUK GORENG KICAP DENGAN BILIS DAN KENTANG








Lauk ini Kjee buat kelmarin. Ianya ala-ala sambal goreng kicap Jawa. Nampak sama tapi tak serupa. Apapun, kalau dah dibuat oleh orang Jawa maka jadilah ia lauk Jawa. Hehehe.

Masa Kjee rendam 3 peket fucuk jenis batang pagi kelmarin, menu yang ada dalam fikiran adalah nak buat Masak lemak Putih Fucuk letak telor dan kentang. Itu lauk favorite Nadia.

Tapi semasa Kjee potong-potong fucuk selebar dua jari lepas lembut direndam, tetiba ubah fikiran nak buat sambal goreng Jawa yang bubuh kicap tu. Lama dah tak buat.

Kjee pun amik 4 biji kentang, kupas kulit dan potong dadu. UnclePali tolong goreng. Selepas itu dia goreng satu mangkuk ikan bilis.







Kjee pulak gunting serong halus satu mangkuk cili kering. Rendam seketika dan buang bijinya. Kemudian Kjee mayang sebiji bawang besar dan 4 ulas bawang putih.

Apabila semua bahan sudah sedia, Kjee tumis bawang besar, bawang putih dan cili kering. Apabila dah naik bau sampai bersin,  Kjee masukkan fucuk yang telah dihiris dan ditoskan airnya. Masukkan kira-kira ½ cawan air dan kicap (lebih kurang ½ cawan) dan masak sehingga kering. Kemudian masukkan kentang goreng dan bilis goreng. Gaul hingga rata dan kalau perlu letak garam. Padam api.

Hah itu cara Kjee buat. Apabila disemak resipi, rupa-rupanya resipi yang Kjee buat sebelum ini ada letak udang kering. Ahhh tak kesahlah. Lauk yang Kjee buat ini pun sedap jugak. Kalau nak letak tempe goreng dan sohun pun boleh.

Oleh kerana Kjee bubuh banyak cili kering, boleh tahanlah jugak pedas. Tapi kalau nak lebih pedas, bolehlah hiris cili padi. Sedap dimakan dengan nasi. Kjee buat ratah gitu jer.

Ini resipi Sambal Goreng Jawa Kicap Kering yang Kjee buat sebelum ini. Klik sini



Saturday, April 12, 2014

BEBOLA KENTANG SUMBAT AYAM, CENDAWAN DAN CHEESE







Ini second time Kjee buat. Awal minggu ni dah buat tapi Kjee bake. Namun tak puas hati. Nak jugak goreng. Mujur ada lebihan inti ketika buat kali pertama hari tu.

Aritu, Nadia tanya Kjee nak letak nama apa? Hmmm belum tahu lagi. Kalau dah tak ada idea, okay tak kalau Mama bubuh Stuffed Chicken Mushrom Cheese Potato Balls. "Panjang sangat Mama. Ahh tak kesahlah. Mama yang buat dia kan?"

Maka jadilah Bebola kentang Sumbat Ayam, Cendawan dan Cheese. Ehh ya ke? Bukan inti ayam, cendawan dan cheese sumbat dalam bebola kentang? Hmmm hantam sajalah labu. Hohoho.

Kali pertama aritu Kjee guna American Russet Potato. Kali ini Kjee guna kentang dari Indonesia. Russet potato agak lebik dan bila direbus dan dilenyek, susah nak bentuk. Kerana itu, Kjee bakar jer hari tu. Kalau tak bake habis berderai.

Kali ini Kjee rebus jugak walaupun ada yang syor Kjee goreng cam buat bergedil. Hmmm kalau goreng dulu kentang baru dilenyek, memang senang nak bentuk. Tapi dah dua kali pulak goreng kan. Not good for health, you know.

So Kjee rebus, lenyek dan bubuh sedikit jer tepung gandum. Letak sedikit garam dan lada hitam.  Bubuh jugak separuh dari sebiji telor yang dipukul ke dalam kentang lenyek. Uli sikit hingga sebati dan biarkan sejuk seketika. Kalau letak dalam peti ais pun ok supaya kental sikit dan senang bentuk.







Untuk inti, Kjee guna isi ayam yang telah dicincang halus, cendawan shitake yang telah didadu, dua ulas bawang putih yang dicincang serta cheese. Bab cheese ini terpulang kepada korang. Kjee selongkar peti ais dan jumpa Parmesan dan Mozarella Cheese. Boleh letak apa saja cheese yang ada. Begitu jugak dengan cendawan. Kalau tak suka cendawan bubuhlah carrot, jagung ataupun cauliflower yang dicincang halus.

Kjee tumis bawang putih hingga wangi, masukkan ayam dan masak hingga ayam kecut. Kemudian masukkan cendawan. Masak sampai cendawan sudah separuh masak. Kemudian letaklah satu ketul chicken kiub kalau suka. Kalau tidak bubuhlah perasa biasa seperti garam dan lada hitam.

Apabila rasa sudah sebati, masukkan cheese dan gaul rata. Padam api dan sejukkan.


Celup dulu dalam telor baru digolek dlm breadcrumbs


Sediakan breadcrumbs secukupnya untuk golek potato balls. Tadi Kjee kehabiskan breadcrumbs. Kjee selalu buat sendiri. Mana baki roti yang sudah tamat tempoh, Kjee grill dalam oven atau atas kuali sampai garing. Dah sejuk, kisar. Jadilah breadcrumbs. Simpan dalam botol, Tak payah nak beli. Tadi Kjee bakar sebiji roti Arab sebab roti lain tak ada. Letak dan Food Processor dan kisar sampai halus.

Agak sukar untuk bentuk kentang lenyek jadi bebola. Jadi buatlah dengan penuh sabar. Mula-mula buat sebiji sebesar bola ping pong, leperkan dan letak satu sudu inti. Kemudian tutup kemas-kemas. Hajat hati nak jadikan bulat cam bebola tapi masa nak celup baki separuh telor dan golek dalam breadcrumbs, Kjee leperkan sikit.

Goreng dalam minyak yang agak banyak. Minyak harus panas tapi api kena sederhana besarnya kalau tidak rentung atau berderai. Balikkan setelah dirasakan sudah elok satu bahagian garingnya. Kalau boleh balikkan dua kali jer. Banyak-banyak kali nanti berderai.

Makan setelah suam dengan sos cili atau mayo. Boleh buat ni masa mood boring tapi rajin. Tak jadi kalau mood boring tapi malas. Hehehe.




Friday, April 11, 2014

WADI DAW'AN HIDANG MAKANAN ARAB ENAK AIRTANGAN ANAK TEMPATAN






Chef Hj Kamaruddin



Kjee suka sangat makan Nasi Arab. Tak kesahlah Nasi Mandy (sebutannya Mendi bukan mandi), Hanith atau Kabsah. Malah sejak mula diperkenalkan dengan makanan Arab Yemen di Restoran Wadi Hadramaut, Kjee dah kurang berselera makan Nasi Beriani tempatan.

Pada Kjee, Nasi Arab lebih lembut dan tidak kering macam sesetengah Nasi Briani baik air tangan orang Melayu ataupun Mamak.

Pun begitu, walaupun suka sangat Nasi Arab (Kjee boleh makan nasi kosong sahaja sebab sedap sangat) Kjee ada juga reservations. Dalam kepala selalu terfikir betapa fattening nya Nasi Arab. Maklumlah kalau kita sebut makanan Arab, pasti ia berkaitan dengan minyak sapi yang melimpah ruah.

Anggapan Kjee tu rupa-rupanya tak betul. Siang tadi Kjee singgah di Restoran Wadi Daw'an yang terletak di Lorong 5, Bukit Keramat, bertemu dengan pemiliknya, Chef Haji Kamaruddin dan menikmati airtangan beliau.

Ingatkan cerdik sangat memikirkan Nasi Arab menggunakan banyak minyak sapi. Terkejut Kjee apabila Chef Hj Kamaruddin kata Mandy Rice yang dimasaknya, langsung TIDAK menggunakan minyak sapi malah tidak ditumis dan tiada penggunaan Monosodium Glutamate atau nama perasa yang kita kenali sebagai Aji-No-Moto!!






"Saya jugak tidak menggunakan santan dalam semua masakan saya. Justru, Nasi Arab kami cukup sihat untuk dimakan hari-hari!"

Tu dia!!! Punyalah lega Kjee dengar. Selama ini kalau nak berkunjung ke Restoran Arab seminggu sekali pun, Kjee berfikir banyak kali sebab bimbangkan penggunaan minyak sapi yang bukan sahaja tidak elok untuk jantung tetapi rasanya jugak boleh buat body kembang kiri dan kanan. Hehehe.

Wajah Chef Haji Kamaruddin berseri-seri apabila berbicara mengenai kariernya sebagai seorang chef sejak 16 bulan yang lalu. Berusia 51 tahun, beliau sebelum ini adalah seorang pemilik syarikat percetakan di Gombak. Langsung tidak ada sebarang pengalaman dalam mengendalikan bisnes makanan. Bagaimananpun, dia seringkali juga masuk dapur di kondonya di Keramat dan masak 'apa sahaja yang ada di dalam peti ais'.

"Saya suka sangat makan Nasi Arab. Memang saya kerap makan di Restoran Arab. Dan apabila berkenalan dengan seorang Chef Arab, timbul minat saya untuk membuka sebuah restoran yang menghidangkan makanan Arab."

"Saya hanya belajar sebanyak 3 kali dengan beliau...tanpa dberitahu rempah-rempah yang tepat. Mula-mula saya beli rempah siap dari seorang makcik yang meniaga di Pasar Tani. Agak mahal juga walaupun rempah ratusnya cukup tulen. Tetapi Alhamdullilah selepas beberapa bulan, saya berjaya mengeluarkan rempah saya sendiri," kata Chef Hj Kamaruddin, dengan bangganya.



















Beliau satu-satunya tukang masak di restorannya. Sebaik selesai solat Subuh, kira-kira pukul 6.30 pagi, beliau akan mula masak seorang diri di restorannya, sehingga pekerja-pekerjanya sampai pukul 9 pagi.

Apa yang membanggakannya ialah sebilangan besar pelanggannya terdiri daripada masyarakat Arab yang tinggal di Kondo-kondo berhampiran.

"Pelanggan Arab cukup cerewet. Kalau suapan pertama tidak menepati selera mereka, makanan itu akan mereka tinggalkan. Malah, sekarang ini, saya berani membuka perniagaan bersebelahan dengan mana-mana Restoran Arab di sini," tambahnya lagi.

Chef Hj Kamaruddin memberitahu, pada mulanya mungkin apa yang dimasaknya dipengaruhi oleh sifunya dulu. Tetapi kini dia boleh bangga menyatakan penyediaan Nasi Arab nya berbeza dengan Nasi Arab tulen.

"Saya pelbagaikan mengikut selera orang kita. Saya sediakan kuah dan juga sambal tomato segar yang pedas kerana itulah citarasa orang Malaysia. Salad saya juga lain daripada mereka," ujarnya lagi.

Kjee terkejut jugak melihat senarai harga di Wadi Daw'an. Ada nasi ekonomi dengan harga RM6 dan Nasi Mandy dari RM10 hingga RM12.

"Saya tak perlu bayar sewa. Tempat ini milik saya. Dan segala rempah ratus saya buat sendiri. Itulah rahsia saya jual dengan harga yang lebih murah."

"Bahan-bahan makanan saya gunakan adalah dari kualiti yang terbaik. Beras yang saya gunakan adalah Basmathi dari Pakistan gred AA. Saya beli ayam di Ayam Mas kerana kualiti dan taraf halalnya tidak meragukan. Ayam, kambing mahupun daging saya perap semalaman. Justru, rasanya lebih enak daripada menggunakan MSG. Restoran Arab lain banyak menggunakan MSG."


Beras Basmathi gred AA super panjang diimport dari Pakistan







Diperap semalaman kekalkan kelembapan



Bahaya jugak makan sambil berbual. Kjee memang kalah dengan Nasi Arab. Kalau biasa makan satu senduk, tadi Kjee tambah sesenduk lagi. Sedap sangat. Kalau nak tahu degree kesedapannya, kena cubalah sendiri.

Wadi Daw'an terletak di No1, Lorong Bukit Keramat 5, Off Jalan Bukit Keramat. Nak alamat lebih jelas, singgah ke Blog Wadi Daw'an. Buka Isnin hingga Sabtu dari jam 11 pagi hingga 7 malam. Ahad tutup kecuali ada yang membuat pesanan awal untuk take away.

Chef Hj Kamaruddin juga memberitahu dia memberi peluang kepada mereka yang ingin meniaga Nasi Arab secara sepenuh masa atau sambil-sambilan (misalnya di hari cuti atau hujung minggu) menghubungi beliau.

"This is a very lucrative business... perniagaan Nasi Arab cukup disukai dewasa ini dan amat menguntungkan.  Saya sanggup ajar cara-caranya kepada mereka yang berminat. Tak kisahlah kalau anda ada modal kecik ataupun besar. Saya ada agent, seorang anak muda, yang hanya jual secara sampingan dan untung bersih serendah RM150 sehari! Dia hanya luangkan masa tiga jam sahaja sehari untuk meniaga. Insya Allah."

"Setiap hari ada sahaja tempahan dari pejabat Kerajaan dan Swasta. Secara purata 150 bungkus akan mula dihantar selewat-lewatnya jam 10 pagi."

Kjee minat dengan pakej seekor kambing dan nasi serta salad dan kuah yang ditawarkan dengan harga RM600 untuk 40 orang. Sesuai sangat untuk buat kenduri atau sebarang majlis. Begitu juga dengan pakej satu dulang besar yang berharga RM120 untuk 12 orang. Malah, jugak disediakan Nasi Mandy dalam dulang (makan beramai-ramai seperti Nasi Ambeng) kepada pelanggan yang mahu menikmatinya di restorannya.

Untuk keterangan lebih lanjut boleh call/whatsapp Chef Hj Kamaruddin di 0133839333. Penghantaran sekitar Kuala Lumpur adalah percuma untuk pesanan lebih 10 pax.


Suasana nyaman makan dibawah pokok yang rendang


Makan sambik nikmati pemandangan KLCC dari atas Bukit Keramat






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...