Tuesday, July 29, 2014

KELUARGA KJEE DI AIDIL FITRI




MOKCIK PUNYA BESDAY ARINI






Selama setahun Kjee akan hanya nampak angka ini. Lima Puluh Lapan. Fifty Eight. Yezza I am already 58 years old. Happy Birthday me. I've made it safe and sound all the way!!  Alhamdullilah. Insya Allah there will be many many more birthdays to come.

Sunday, July 27, 2014

ORDER UNTUK SYAWAL MULAI 31 JULAI





















Order Kuih Bakar Daging dan Hong Kong Egg Tarts sudah mula dibuka untuk sepanjang Syawal. Tempahan bermula pada hari Khamis 31 Julai. Sila sms 0126780501/whatsapp 01131771389 dari sekarang. Tiada penghantaran. First order first serve basis. Ambil di Taman Melawati. Terima Kasih.







Friday, July 25, 2014

ALFATIHAH. SUDAH LAPAN TAHUN




Sudah lapan tahun Allahyarham meninggalkan kita. Semoga rohnya diletakkan disisi mereka yang beriman dan beramal soleh. Ameen.

Kjee pernah menulis mengenai Allahyarham DISINI.

Thursday, July 24, 2014

DUA FOTO MENGUNDANG AIRMATA




Tuesday, July 22, 2014

REPUBLIC OF BIG, JAWAPAN KEPADA MASALAH ORANG BESAR





Dua sahabat Bob dan Angah



CITA-cita dan azam mereka lebih besar daripada tubuh mereka. Itulah yang dapat Kjee rumuskan apabila menyaksikan Soft Launch label Republic Of Big hasil idea tiga anak muda. Dua daripadanya anak seni popular Angah Raja Lawak dan Pengarah Filem Ismail Bob Hasim malam tadi.

Walaupun idea untuk mengeluarkan label Republic Of Big hasil keresahan mereka sendiri yang menghadapi kesukaran membeli pakaian siap atau off the rack, namun bagi Kjee ini satu bisnes yang mempunyai potensi besar. Ini memandangkan peratusan rakyat Malaysia yang tergolong dibawah species Mr Big, amat besar termasuk aku lah.

Walaupun sudah lama tidak menemui Bob, yang Kjee kenal lebih 20 tahun lalu kerana sama-sama terbabit dalam industri perfileman, namun Kjee amat berbesar hati apabila diundang ke majlis pelancaran Republic Of Big di Saloma Bistro malam tadi.



Tiga duta ROB - Bob, Abam dan Vicha Say Who dari Indonesia





"Kami kena diversify (berubah) ikut pengedaran masa," Kata Ismail Bob Hashim yang mesra disapa Bob. Separuh dari usianya dihabiskan dibelakang kamera. Kalau tidak silap Kjee dari seorang budak runner mengikuti arwah abangnya, seorang Pengurus Produksi drama/filem yang dikenali sebagai Sani Tyson. Kemudian dia meniti setapak demi setapak sehingga mencipta nama sebagai Pengarah Filem.

Nama sahaja Republic Of Big tetapi jenama itu merangkumi semua peringkat saiz pakaian dari S ke 6XL! Jelas sekali Republic Of Big, singkatannya ROB mahu capture pasaran santai atau sporty anak-anak muda zaman ini. Kjee tertarik dengan namanya Republic of Big.

"Idea kami (Bob, Angah dan seorang lagi rakan kongsi) bersama. Singkatannya dalam bahasa Arab ROB bermakna besar. Kami mahu ia memaparkan segala yang besar. Bukan sahaja pakaian untuk mereka yang bertubuh besar. Cita-cita kami juga amat besar," kata Bob.



Bob

Angah menyuap Pulut Kuning ke anaknya sambil diperhatikan ibunya






















Walaupun berbual dalam masa yang cukup singkat semalam tetapi nyata sekali Bob bukan Bob yang Kjee kenal dulu. Melihat muka Bob, terbayang satu drama berjudul Hologram dimana Kjee hanya muncul beberapa minit berlakon bersama beliau lebih 20 tahun lalu. Orangnya ketika itu amat pemalu dan tersangat kuat melatah. Hehehe.

Berkongsi modal permulaan hampir RM500,000 ketiga-tiga rakan kongsi, Bob beritahu mereka sudah merangka pelbagai strategi untuk membawa ROB bukan sahaja ke seluruh negara tetapi tidak mustahil ke negara-negara jiran sebelah sini.

"Label pakaian kami ini mampu dimiliki semua. Bermula dari saiz S hingga ke saiz 6XL dan merangkumi pakaian lelaki dan wanita," kata Bob. Kedai pertama mereka akan beroperasi di Johor Baru dan baru sahaja diubahsuai dengan menelan belanja lebih RM100,000.




Pengacara majlis Tauke dan Mie





Mereka sebenarnya mahu membuat pelancaran selepas Hari Raya. Tetapi tiada siapa menduga soft launch dibuat di hujung Ramadhan.

"Kami tetiba sepakat mahu mengambil berkat bulan Ramadhan kak," kata Bob dipenghujung sembang. Pelancaran sebenar akan dibuat dengan kehadiran seorang pemimpin negara Ogos nanti, Insya Allah.

Majlis pelancaran dan berbuka Puasa yang diadakan di Saloma Bistro turut diseratai anak-anak yatim dari beberapa rumah anak yatim sekitar Kuala Lumpur. Iman Muda Asraf telah hadir mengaminkan doa serta memberi tazkirah mengenai amalan makan Rasullullah SAW di bulan Puasa.

Turut hadir rakan-rakan seperjuangan Bob dan Angah Raja Lawak antaranya Nabil, Jep dan Shuib Sepahtu, Nash, Sharifah Shahirah, Siti Sarah, Achey, Abam, Enot, beberapa Deejay Radio serta Tauke dan Mie Raja Lawak yang bertindak sebagai pengacara.

Mudah-mudahan usaha tiga anak muda ini akan beroleh kejayaan, Ameen.



Antara pakaian yang bakal dihasilkan lepas Raya nanti







Friday, July 18, 2014

ALFATEHAH BUAT KELUARGA PENUMPANG DAN CREW MH17



Thursday, July 17, 2014

SHARIFAH AINI DI MATA SAHABATNYA, AISHAH ALI


Bersama Arwah tahun lepas. Aishah adalah anggota  Peppermints ITM era lewat 70-an







Apabila teman seperjuangan Kjee, Aishah Ali beritahu Kjee dia tengah menulis obituary (belasungkawa) Datuk Sharifah Aini untuk akhbar The New Sunday Times (13 Julai lalu), Kjee menunggu penuh harapan. Aishah bekas Associate Editor Sunday Mail/Malay Mail, adalah sahabat Kjee.

Kami pernah tinggal serumah ketika masih bujang dan sama-sama kerja di NST. Kjee kenal sangat hati budinya. Seorang wanita yang cukup sopan berbicara, lemah lembut, kelakar dan disenangi ramai. Justru, Ibu kepada rapper Joe Flizzow ini bukan sahaja disenangi rakan-rakan seperjuangan tetapi jugak Datuk Sharifah Aini!  

Kjee baru tahu arwah Cikgu Tom, ibu Aishah adalah guru Sharifah Aini di Johor Baru. Dan Arwah Cikgu Tom sering pulang ke rumah membawa cerita tentang kehebatan anak muridnya bernama Sharifah Aini bab menggaji Quran!

Bertahun-tahun lalu Aishah pernah beritahu Kjee bahawa Sharifah Aini sangat alim and god fearing. Aishah berkata demikian apabila Kjee memberitahu Aishah samada betul ke Sharifah Aini orang nya begini dan begitu. 

Justru, apabila Kjee membaca rencana Aishah berjudul 'So this is Goodbye', airmata Kjee tak henti-henti mengalir. Begitu telus tulisan Aishah. Beliau tulis apa yang dilihat sekelilingnya.

Dan Kjee terkejut bab sebelah bilik tidur Ani (Aishah nama manjanya Kudu, juga menyapa Sharifah Aini sebagai Ani), ada bilik pantri yang mengandungi pelbagai makanan kesukaannya di dalam peti ais. Ini termasuk pelbagai jenis cokelat, kekacang, madu lebah, buah ceri, buah plums, kek Marble dan sebekas lauk asam pedas!! Sesuatu yang semua pasti tidak pernah tahu!






"The Oven and an electric kettle were always on standby so that tea would be served by her maid in a jiffy, whenever her close friends dropped by."

Ani akan berehat di biliknya sambil menonton TV di layar besar, lengkap berdandan dan memakai kaftan sutera kesukaannya setiap hari. Dan jika badannya sudah tidak terdaya untuk duduk berehat di lounge chair, beliau akan dibantu pembantu rumah baring di katil saiz King yang sangat empuk dan selesa.

Tetapi walaupun dikelilingi serba serbi kemewahan didalam bilik beradunya, tulis Aishah, mereka yang memasuki bilik beliau tidak akan terlepas pandang satu almari penuh dengan ubat-ubatan beliau!!

"A fistful of them, which she was supposed to take after breakfast, the morning she was rushed to the hospital, are still on the tray."

Sehari selepas pemergian Ani, Aliff ditemui duduk di dalam bilik arwah mummy nya sambil merenung 'syurga ibunya selama 2 tahun' sejak penyakitnya bertambah teruk. TV besar menjadi temannya dan telefon di sisi menjadi penyambung antara beliau dan sahabat2nya.

Apapun, permintaan Ani supaya anak tunggalnya itu di sisinya ketika menghembuskan nafas terakhir, serta menjadi Imam solat jenazah mummy nya dimakbulkan. Ramai yang tidak dapat menahan airmata melihat Aliff menimamkan jenazah ibunya di Mesjid di Taman Tun Dr Ismail pada hari tersebut.








"Aku redha," itulah perkataan yang seringkali dilemparkan kepada sahabat-sahabatnya termasuk Aishah setiap kali mereka datang menjenguknya.

"Kalau Allah menyayangi kita, Dia akan menguji demi menguji kita supaya kita tiada pilihan lain melainkan menyerah diri kepadanya untuk pertolongan. Dah kita akan menjadi lebih dekat kepada Nya."

Selama 40 tahun Aishah menjadi sahabat Sharifah Aini, tidak sekali pun kata Aishah, Ani menunjukkan sifat-sifat riak sebab sudah berhijab. Dia masih seperti biasa walaupun teman-temannya tahu amalan serta pengetahuan Agamanya jauh lebih banyak.

"Sebab itu saya sayang Ani. Dia tidak pernah memandang hina mereka yang tidak sepertinya (berhijab). Malah sentiasa menjaga hati mereka," tulis Aishah lagi.

Tetapi Aishah berkata, walaupun tidak sihat, seandainya Sharifah Aini berada di khalayak ramai, tangannya tidak henti-henti dihulurkan untuk menyambut salaman peminatnya. Begitu jugak sekiranya peminat mengajaknya bergambar. Dia tidak pernah menolak kerana baginya, peminatnya adalah segala-galanya.

Apapun, kata Aishah, satu ketika dia telah bertanya kenapa Aini memberikan tip yang banyak kepada pemandu teksi. Ini jawapan Sharifah Aini. "Arwah ayah saya dulu pemandu teksi."

Banyak lagi yang dtulis oleh Aishah yang tidak dapat Kjee kongsikan di sini sebab terlalu panjang. Cuma Kjee tersentuh apabila Aishah turut menulis bahawa Sharifah Aini juga telah membeli sebentuk cincin berlian untuk bakal menantunya.

"Just a small one..if and when he decides to get married'.


Aliff bersama Aishah dan Ishak Nengah (foto diambil pada 19/7)









Sukar bagi Aishah untuk menerima sahabat baiknya itu sudah tiada. Malah, di dua tahun terakhir, Aishah berkata, hatinya sayu setiap kali melangkah ke dalam bilik arwah dan melihat arwah dikeliling ubat-ubatan, tangki oksigen dan juga sebiji kerusi roda berhampiran. Ketika itu, beliau sudah sukar bernafas dan tidak mampu lagi berjalan.

Ini kata-kata Aishah kepada Kjee setelah Arwah tiada. 

"Aku rasa bersalah sangat. Kalau aku tahu cepatnya Ani akan pergi, aku akan luangkan lebih banyak masa dengan dia. Kau fahamlah kan. Aku ada famili untuk diuruskan," kata Aishah sebak.

Dan satu lagi amanah Sharifah Aini buat sahabatnya Aishah Ali ialah..."Tengok-tengokkan Aliff." Tapi kata Aishah, itu bukan satu tanggungjawab yang berat.

"Aliff seorang anak yang baik. Sempurna didikan Mummy dia. Kerja aku ringan sangat," kata Aishah.

Thank You Kudu for allowing me to write this piece.

Al Fatehah.



Aishah bersama suaminya Ishak Nengah antara orang terakhir meninggalkan pusara arwah di hari pengkebumiannya




SAMBAL GORENG FUCUK JAWA










Ini Sambal Goreng Fucuk makanan favorite species Jawa cam Kjee. Tapi orang bukan Jawa pun suka. Ini adalah antara jualan terbaru Kjee. Harga sebekas cam dalam gambar RM18. Beratnya lebih kurang 350gms.

Antara bahan-bahannya Fucuk (kulit tahu kering), bawang merah, bawang putih, udang kering, kentang, ikan bilis, cili kering dan ada satu dua bahan lagi yang biarlah rahsia.

Kalau minat, sila whatsapp 01131771389. Tiada penghantaran. Amik di Taman Melawati. Nak pos laju boleh. Tambah RM6. Tapi risiko tanggung sendiri.


TERIMA KASIH FRENS







Mereka ini antara frens baru Kjee yang order biskut Raya Itas Delight di Putrajaya. Maaf hari tu masa pick-up Kjee tak ada. Cuma Nadia dan Sham. Kjee dan UnclePali hantar kat kawasan sebelah sini.

Puan Salbiah Othman dah order buat kali kedua. Terima Kasih. Tahun depan boleh order lagi.

Kjee jual yer. Harap-harap smua puas hati dengan biskut Raya Itas Delight.

Tuesday, July 15, 2014

NUZUL QURAN 17 RAMADHAN 1435


Saturday, July 12, 2014

JERING TUA SEDAP DIJADIKAN SAMBAL TUMIS









Apabila Kjee beritahu kat teman-teman Facebook yang Kjee nak masak Sambal Tumis Jering tua dengan tempe dan Terung Pipit, bukan main laju lagi dia orang bagi respons. Jering tua tak sedap Kjee. Jering cambahlah elok untuk buat sambal tumis. Bla bla bla.

Ada yang siap bagi penerangan cara nak rebus jering tu. Lepas rebus, tumbuk baru digoreng, kata salah seorang daripada mereka. Kjee sengih jer. Umur Kjee dah nak masuk 6 series dua tahun lagi. Takkanlah tak reti kan nak buat sambal tumis guna jering tua.

Rata-rata mereka tak bagi Kjee goreng sebab jering akan jadi keras. Ya ker? Sepanjang usia Kjee hanya sekali Kjee goreng jering tua tu jadi keras. Kali pertama tu masa Kjee berusia awal dua puluhan. Belum kahwin lagi dan tinggal bersama beberapa orang dalam flet kat Kpg Baru.

Kalau tak silap Kjee, salah seorang dari housemate Kjee bernama Azizah. Dia yang ajar Kjee makan Sambal Tumis Jering. Kjee tengok dia hiris empat sebiji jering tu. Setelah dia hiris kesemua jering, dia pun goreng SEPARUH MASAK. Jering tu jadi empuk sangat. Tak keras malah rasanya macam kentang!










Apabila Kjee buat sendiri, Kjee goreng jering tu sampai garing. Langsung tak boleh makan. Lepas tu Kjee imbas kembali apa Zizah buat. Baru perasan itu kesilapan Kjee.

Sejak itu, kalau nak buat sambal tumis jering dan harus digoreng dulu jering, Kjee akan goreng separuh masak sahaja. Tetapi kalau Kjee nak masak gulai Lemak Cili Padi, baru Kjee rebus jering tu (biasanya dalam pressure cooker). Bila dah empok, Kjee buang kulitnya dan ketuk dengan anak lesung.

Jadi kengkawan yang risau sangat kenapa Kjee tak rebus jering tua masa buat sambal tumis tadi, harap ambil perhatian ya. Ini semua berkaitan teknik memasak. Cubalah. Lepas ni tak risau nak cari jering cambah lagi. Jering tua pun okay jer.

Untuk sambal tumis hari ini, Kjee guna tempe (goreng separuh masak jugak) dan juga terung pipit. Kalau tak ada terung tak payah letak. Terung tu Kjee rebus dulu sampai lembut kemudian toskan. Ikan bilis pulak Kjee goreng sampai garing dan tepikan.

Kjee tumbuk bawang putih dan bawang merah. Tak bubuh belacan. Kemudian tumis bawang bila dah wangi masukkan cili kisar. Goreng sampai naik minyak. Pastu masukkan jering dan tempe dan terung pipit kalau guna. Gaul rata. Campakkan sekeping asam gelugor, garam dan sedikit gula ikut rasa. Gaul sampai rata. padam api dan masukkan ikan bilis goreng.

Itu jer. Mudah kan kalau buat sambal tumis jering tua. Hehehe.




SAMBAL GORENG SAADIAH AIRTANGAN OGY AHMAD DAUD







Setelah lama Allahyarham Datin Saadiah meninggalkan dunia ini dengan nama yang cukup harum dalam industri filem tanahair, nama beliau kini mungkin menjadi sebutan semula. Semuanya kerana anaknya Fauziah Ahmad Daud aka Ogy, sekarang dah bagi peluang ramai merasa keenakan Sambal Goreng Pengantin resipi Allahyarham Bonda.

Entah mengapa baru sekarang Ogy sedar betapa enak Sambal Goreng Pengantin itu. Dan ia tidak harus dijadikan makanan keluarga Saadiah sahaja!

Malam tadi, anak buah Ogy hantar satu bekas ke rumah Kjee. Sebelum ni, kawan baik Kjee, Shiela, blogger femes Spices Journey, ada bagi Kjee rasa sikit. Pastu bila Ogy dengar Kjee rasa sikit jer, maka dia pun hantarlah budaknya suh hantar 'lebih dari sikit'. Hehehe.

Masa mendapat bekalan Sambal Goreng Saadiah, UnclePali bukak sikit bekas dan hidu. "Wahhh macam sedap. Macam nak ratah sekarang jugak!" Opppss Kjee jerit. Tunggu esok. Nak amik gambar dulu. Dan UnclePali dengan hati yang berat terus simpan dalam fridge.

Kjee bangun sahur dengan bau semerbak Sambal Goreng Saadiah. Si Nadia sudah keluarkan dan panaskan dalam microwave. So apa lagi. Kjee dan UnclePali terus capai pinggan nasi dan soruuu lah. Bila dah habis separuh baru sedar gambar tak amik lagi!!!

"Apa nak susah, call lah Ogy kata gambar tak amik. Mesti dia antar lagi," kata Unclepali. Memang muka tak malu!!








Sebab itulah tadi Kjee kelamkabut cari gambar-gambar dalam FB Ogy dan jugak Shiela.

So korang mesti nak tahu sedap ke tidak Sambal Goreng Saadiah ni? Ehhh kalau tak sedap korang ingat aku nak tulis ke dalam blog aku ni? Please lah, this blog is only for makanan sedap jer tau! Hohoho jangan Fauziah Samad...nanti jatuh riak!Opppps Ya Ampun... gurau jer.

Korang tau kan hidup Kjee ni 88% happy dan penuh gurauan. Kenapa 88%? Oh sebenarnya 100% aku happy. But I just happen to like the number 88. Olang Cina kater aler manyak ong!! Hehehe.

Sambal Goreng Saadiah ini adalah versi orang Singapura. Allahyarham kan orang sana. Rasanya cukup sesuwai untuk berbuka puasa dan sahur. Bahan-bahannya termasuk Limpa, Peparu, Hati dan jugak udang. Hmmm very der meriah kan adikku Ogy Ahmad Daud.

Akak dah lama tau Adik pandai masak. Mudah-mudahan akan berlipat ganda rezeki Ogy Ahmad Daud. Bulan Ramadhan menjadi pembuka jalan kearah rezeki yang berterusan sehingga bila-bila. Insya Allah. Ameen.

Korang nak order boleh contact Abu Ubaidah 0173225255. Budak ni ensem tau. Mungkin masih solo. Korang jangan call ajak dia buka puasa dan sahur pulak. Hehehe.










MI KARI NYONYA SEDAP GUA CAKAP LU









Mi Kari. Uniknya masyarakat majmuk di Malaysia ialah setiap bangsa ada resipi Mi Kari mereka yang tersendiri. Justru, kita sebenarnya banyak pilihan untuk memilih Mi Kari yang sesuai dengan citarasa masing-masing.

One man's meat is another man's poison. Maknanya, kalau Kjee suka Mi Kari Nyonya, tidak semestinya ia menjadi citarasa korang. Tepuk dada tanya selera. Kjee, misalnya kurang gemar makan Mi Kari yang disertakan dengan telor rebus. Kjee tak tahu kenapa tapi kalau Kjee tengok Mi Kari ada telor rebus, terus tertutup selera.

Mi Kari yang menjadi pilihan Kjee ialah Mi Kari Nyonya. Masa Kjee meniaga dulu, ada budak-budak sekolah nakal yang mengusik Auntie Jee. : "Nyonya mana ni pulak Auntie Jee?". Hehehe.

Anyway, dek kerana teringin sangat nak makan Mi Kari dan terlalu malas nak keluar tapau Mi Kari untuk Berbuka Puasa, maka semalam Kjee masaklah kat rumah Mi Kari Nyonya Kjee yang femes ni. Femes? Hmm bukan resipi ori Kjee tetapi resipi yang Kjee dapat lebih 30 tahun lalu dari nyonya yang jual kat kantin NST dulu.




























Kjee kata femes sebab apabila Kjee masukkan resipinya dalam blog Kjee beberapa tahun lalu, ramai yang sudah mencubanya. Dan feed back yang Kjee terima adalah, ianya memang sedap. So, Kjee tak maulah amik kredit kata mi kari ni sedap sebab resipi Kjee. Perlu beri kredit kepada nyonya yang sudi ajar Kjee buat dulu.

Bukanlah ajar satu persatu tapi dia hanya kata: " Lu taruk itu, lu taruk ini maaa.."  Alhamdullilah anak murid 'sifu yang ajar lu taruk itu lu taruk ini' berjaya menghasilkan Mi Kari idaman Malaya. Hohoho.

Petang semalam dalam kekalutan banyak kerja nak buat menjelang Azan Maghrib, inilah sahaja gambar yang boleh ditayang.

Mi Kari Nyonya hanya dianggap lengkap kalau ada Kerang danTaupok.

Resipi korang intai SINI. Selamat mencuba.




Friday, July 11, 2014

YA ALLAH KENAPA SEKARANG BARU KUTAHU MAKSUDNYA


Thursday, July 10, 2014

TERUNG LADA UDANG KERING RANGUP







Ini pembuka selera di bulan puasa. Kalau ada lauk ni, tak payah ada ada banyak lauk lain. Cukuplah kalau goreng telor dadar ataupun ada ikan goreng.

Nak citer kat korang, kalau makan kat restoran, lauk ini agak mahal. Lebih kurang RM10 sepinggan. Walhal bukannya mahal sangat terung kontot tu kan? Sekilo mungkin dalam lingkungan RM6 atau RM7. Sekilo tu! Kalau sepinggan orang tu letak lebih kurang dua atau tiga biji jer.

Sebab tu Kjee lebih suka masak sendiri. Tak payah mana pun. Udang kering pun bukan guna banyak. Sikit lebih kurang satu genggam.

Korang nak resipi, INTAI SINI

Dulu masa Kjee tak reti buat, Kjee masak ikut cara arwah Bonda. Tumbuk semua bahan termasuk udang kering pastu baru tumis sampai naik bau. Sebelum itu, Kjee goreng dulu terung separuh masuk.

Tapi lama kelamaan Kjee dapati kalau terung tu dibakar (grill atas kuali) lebih elok sebab tak banyak guna minyak. Lebih sihat.

Satu hari Kjee sudah tumis semua bahan-bahan seperti cili dan bawang sampai elok masak. Apabila Kjee nak masukkan terung, Kjee baru perasan lupa nak taruk udang kering.

So, udang kering yang sudah dicuci dan ditoskan kering, Kjee goreng sampai ranggup. Sampai bila kunyah ada bunyi kruk krak. Apabila terung tu Kjee dalam masukkan ke dalam kuali dengan bahan tumis, Kjee keluarkan dan hidang dalam pinggan. Pastu Kjee taburkan udang kering goreng garing tu.

Waduh enak banget! Lepas tu dah tak toleh belakang lagi. Maka terhasil lah satu resipi Terung Berlada dengan Udang Kering rangup.

Puhhh penat menulis panjang lebar. Korang buat le kalau tak percaya Kjee kata sedap. Hehehe.







SUPER DUPER CAKES DARI SHIELA



Kehebatan rasa kek yang dihasilkan oleh Shiela (blogger femes Spices Journey) memang tidak perlu dipertikaikan. Semua kek yang dihasilkannya mempunyai rasa yang tersendiri. Bahan-bahan yang digunakan adalah dari jenis terbaik di pasaran. Justru kata orang tua-tua, ADA RUPA ADA HARGA.

Rasanya masih belum terlambat untuk korang yang ingin order kek airtangan Shiela. Ada yang boleh dipos atau kurier. Of course harga pos atau kurier pembeli kena tanggung sendirilah.

Hubungi Shiela di FB. Add atau private message ChaHaya Shiela. Money back guarantee babe. Itu jer yang Kjee boleh cakap! Five Star hotel standard!



Latest 'baby' Shiela... Marble Cake



Marble Cake



Red Velvet Cheese Topping

Moist choc cake

Moist Choc Cake with nuts

Choc Brownies

Super Moist Kek Kukus





Moist Carrot Cake With Cheese Topping

Red Velvet Cake




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...