Tuesday, September 30, 2014

STEW EKOR LEMBU BERSAMA GARLIC TOAST







Apabila kita bercerita mengenai ekor lembu, seringkali terlintas di fikiran Sup Ekor Lembu. Tak kiranya masak ala Thai ataupun Mamak. Ia memang sedap dan mahal. Semangkuk sup ekor ala Thai kini mencecah dari RM8 hingga RM12. Begitu jugak dengan sup ekor stail Mamak.

Kjee memang hantu sup ekor. Pernah beberapa tahun lalu, Kjee makan Sup Ekor ala Siam kat satu gerai di Taman Melawati. Masa order Kjee tanya samada ekor lembu tu dah elok lembutnya. Pelayan angguk. Okaylah kan.

Anyway, masa tiba satu mangkuk dihidangkan diatas meja, Kjee pun guna garfu nak cucuk isi ekor lembu dalam sup yang berasap panas dan nampak menggiurkan. Garfu yang Kjee gunakan bengkok! Menyirap darah sebab waiter tadi kata dah lembut.

Kjee panggil waiter dan tunjuk garfu yang bengkok. Waiter amik garfu dan berlalu! Dia kemudian datang dengan garfu lain!!! Ini kisah benar. Tanyalah Nadia.

Punya pantang nenek moyang Kjee kalau order sup ekor lembu dan dapat yang liat. Belum cukup direneh. Udahlah semangkuk bukan kecik anak punya harga. Hehehe sabor jer lah.

Dua minggu lepas, Kjee nampak Anwardi Dato Jamil (Sulong), post kat FB dia gambar-gambar dia dan keluarganya menikmati Sup Ekor disebuah Cafe di PJ. Hmmm Kjee pun tak buang masa lalu ke sana dengan Nadia dan Sham.

Sepanjang jalan, Kjee bayangkan Ox Tail Stew. Tetapi yang dihidangkan Oxtail Soup. Satu mangkuk claypot standard RM21. Kerana tamak dan dah lama tak makan di situ, Kjee order 3. One for each of us. Walaupun didatangkan dengan Garlic Bread, kami order lagi satu 'bakul' garlic bread. Dengan minuman kalau tak silap, bil kami RM100!






Kecewa sebab dalam fikiran dah plan nak makan Oxtail Stew, semalam Kjee ajak UnclePali ke Jaya Grocers di Intermark. Dan Kjee pun belilah fresh oxtail dari Australia. Hmmm harganya agak mahal. Patutlah satu mangkuk 2 atau 3 ketul kecik hari tu mencecah sampai RM21!

Malam tadi, Nadia tolong Kjee saute oxtail yang telah disalut dengan sedikit tepung hingga brown sekeliling dalam sebuah saucepan. Nadia guna Olive oil. Kemudian, menggunakan minyak gorengan yang sama, Nadia masukkan 2 labu bawang besar yang telah dibelah 4, satu batang celeri (besar dalam secekak) yang telah dihiris dan dua batang carrot yang dipotong sebesar jari manis.  Jugak dia kupas 4 biji kentang tapi itu masuk kemudian.

Setelah kira-kira 4 minit, Nadia alihkan ke periuk tekanan udara atau Pressure Cooker (PC). Kemudian dia bubuh air lebih kurang satu mug dalam kuali tumisan tadi, dikacau sehingga bersih saucepan dan dituang air itu ke dalam Pressure Cooker.

Kemudian dia letak semua ekor lembu yang telah digoreng tadi ke dalam PC. Dia kemudian tambah air hingga menutupi ekor lembu. Kemudian dia letak 2 helai bay leaf dan dua kiub daging. Rebus selama lebih kurang 25 minit atau sehingga puas hati isi ekor lembu tu dah hampir tertanggal dari tulang.

Kalau rebus cara biasa, Kjee agak ia mengambil masa 3 atau 4 jam guna api perlahan.







Kemudian Nadia bubuh kira-kira 1 sudu black pepper biji dan juga kentang. Bubuh garam sehingga cukup rasa. Masak hingga kentang empuk dan padam api.

Oleh kerana ekor lembu telah disalut dengan tepung ketika hendak digoreng atau saute, maka kuahnya agak pekat. Kalau tidak cukup pekat, bolehlah bancuh sedikit tepung gandum dan masukkan ke dalam kuah.

Nadia telah masak ekor itu dalam PC bersama celery dan carrot. Masa selama 25 minit itu telah menyebabkan carrot dan celery agak hancur. Justru, kuahnya agak manis dan pekat.

Makan dengan garlic toast. Resipi garlic toast di SINI. Kjee juga pernah buat stew ekor lembu ini dalam entri ini.

Beza antara sup ekor dan stew ekor ialah kuah stew ekor lebih pekat. Ada resipi menggunakan tomato paste atau tomato puree. Justru, kuah stew agak kemerahan.






Sunday, September 28, 2014

TAHNIAH ZED ZAIDI. ANDA MASIH RELEVAN






















Pertikaman lidah dan kecuh sikit sebelum pengundian dijalankan











Ketika bersiap-siap untuk ke Dataran Finas untuk menghadiri Mesyuarat Agung ke-14, Persatuan Seniman Malaysia atau SENIMAN, hati Kjee bercampur baur.

Semalam, ketika Kjee sampai di Tanah Perkuburan Janda Baik untuk upacara pengkebumian Allahyarham Datuk Jamil Sulong, Kjee dihimpit oleh beberapa anak seni veteran. Masing-masing cuba mempengaruhi Kjee untuk memilih calon yang mereka mahu jadikan Presiden Seniman.

Kjee hanya senyum dan mengiayakan walaupun jauh di sudut hati, Kjee agak sedih melihat cara segelintir mereka yang menggunakan pelbagai taktik untuk meraih undi. Mereka terlupa agaknya yang mereka ini insan seni dan cara untuk 'berpolitik' harus berseni dan halus.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Kjee cukup rajin berdamping dengan Seniman. Cuba hadir dalam setiap perjumpaan mereka, jika kesihatan mengizinkan. Kjee jadikan pertemuan dengan teman-teman seperjuangan sebagai satu terapi.

Maklumlah di usia emas dan seringkali tidak sihat, Kjee lihat ramai artis yang uzur jugak seperti Kjee. Hendak berlakon sudah tidak kena dengan usia dan kesihatan. Jadi, pertemuan sebegitu rupa boleh menimbulkan kembali kenangan yang cukup nostalgik dan manis.

Menjadi ahli Seniman sejak ia ditubuhkan, Kjee baru dapat merasai keindahan menjadi ahli hanya sejak beberapa tahun kebelakangan ini.Sejak Haron Salim Bacik menjadi Presiden, kemudian diambilalih oleh Zed Zaidi. Kjee rasa cukup senang dengan dua Presiden ini kerana Kjee baru dapat merasai kebajikan artis-artis veteran agak terbela.

Anyway, dipendekkan cerita, Kjee rasa ramai sudah tahu kenapa Mesyuarat Agong kali ini agak penting bagi kami anak seni. Sejak awal tahun ini, Seniman telah dibubarkan kerana masalah yang semua sudah tahu. Jadi, apabila persatuan dianggap tidak sah, maka satu pemilihan baru harus diadakan.

Okaylah. pagi tadi Kjee dan mungkin sebilangan besar mahu hadir sebab menjangkakan kekecuhan akan timbul. Pasti ada ada perang mulut dan sebagainya.

Ini pasport untuk mengundi


Kjee dan ramai hadirin hanya menjangkakan a two cornered fight. Tetapi rupa-rupanya ada pertandingan tiga penjuru. Terkejut Kjee apabila ternampak satu kelompok artis yang sebelum ini, jarang jarang hadir dalam sebarang majlis anjuran SENIMAN, muncul dengan membawa nama-nama seperti Afdlin Shauki, Sofia Jane dan juga Vanida Imran.

Two contenders yang asal adalah Datuk Mustafa Maarof dan Zed Zaidi. Sebilangan artis veteran, khabarnya mahu membawa Datuk Mustafa Maarof  'merampas' kembali jawatan yang pernah disandang beliau sebelum ditewaskan oleh Harun Salim Bachik.

Dan sebilangan lagi yang veteran dan anak muda pulak mahu kepimpinan Zed Zaidi yang cemerlang diteruskan.

Undi dari artis veteran, sangat penting kerana merekalah yang mewakili sebahagian besar dari ahli Seniman. Dan sejak dua atau tiga pertemuan tahun lepas dan awal tahun ini, mereka telah menunjukkan sokongan sebulat suara kepada Zed Zaidi. Ini adalah kerana mereka sangat puas hati dengan cara Zed mengambil berat hal ehwal artis veteran.

Kjee tiba seawal 9 pagi, dan tidak tahu apa nak expect. Actually lebih risau jugak sebab Kjee seakan dapat hidu Zed akan tewas kepada Datuk Mus kerana ramai artis-artis veteran sudah duduk berkelompok di satu bahagian tempat duduk. Dan seorang dua yang Kjee nampak, adalah pengikut Datuk Mus. Apakah yang ramai-ramai tu pengikut Datuk Mus?

Dipendekkan cerita lagi, Mesyuarat bermula lebih sejam lewat dari yang dijadualkan. Maklumlah sudah menjadi resam artis, suka take their own sweet time dan pendaftaran agak perlahan.

Alhamdullilah, perang mulut yang dijangkakan tidak berlarutan dan pengundian dijalankan dengan lancar. Datuk Yusuf Haslam dan Jurey Latiff menjalankan tugas memastikan aturcara berjalan lancar.


Tahniah Zed dan Zack Kool. Gandingan yang mantap Insya Allah


Dan sebaik sahaja undian untuk Presiden diumumkan dan memihak kepada Zed Zaidi (109 undi) mengalahkan Datuk Mus (71 undi) dan Afdlin Sauki (66 undi). Kjee yang hampir sesak nafas menunggu keputusan diumumkan kembali bersemangat terutama sekali apabila Zack Kool dari kem Zed berjaya menjadi Timbalan Presiden.

Setiausaha dan Timbalan Setiausaha jugak menjadi milik kem Zed. Hanya Vanida sahaja berjaya menembusi benteng Zed apabila dia dipilih sebagai Bendahari. Kemenangan Vanida ini sudah diduga kerana beberapa minit sebelum kami buang undi, pelakon Kuna telah pergi berjumpa seorang demi seorang pengundi untuk memohon agar kem Afdlin diberi peluang menduduki satu kerusi teratas dalam pucuk pimpinan Seniman.

Bagaimanapun, untuk kerusi AJK, kem Afdlin berjaya menduduki 6 dari 7 tempat yang ada. Hanya Jamaludin Mat atau Abang Jem dari kem Zed dipilih.

Kemenangan Zed (tanpa perlu banyak lobi) adalah ekoran kecemerlangan beliau dalam memimpin Seniman sebelum kes Mahkamah (quote and unquote Harun Salim Bacik...6 J...Jahanam?) dan persatuan dibubarkan.

Satu pengakhiran yang baik walaupun pihak yang menganjurkan mesyuarat telah menyediakan ramai anggota RELA untuk mengawal keadaan. Hehehe.

Kami pulang dengan hati yang puas. Zed diberi kepercayaan untuk menjadi teraju Seniman. Mudah-mudahan dengan team AJK baru yang dikatakan cerdik pandai akan membawa Seniman ke tahap yang lebih baik, selepas ini.

Mudah-mudahan pemimpin-pemimpin muda yang dipilih tidak akan meminggirkan ahli-ahli veteran kerana mereka jugak akan menjadi veteran satu hari nanti.

Dan seperti biasa, sebelum beredar pulang, sessi beramah mesra, selfie dan bergambar bersama-sama.



bersama Arash Mohamad dan Datin Norzieka Faizal

Adam Corrie dan isteri

Seniwati Mariani 

Elly Suriati, Aznah Hamid dan Tantiana

Hamidah Wahab, Arifah Damanhuri, Normah Damanhuri dan Ani Jaafar


Aznah Hamid aka Mak Aliah dalam Maaf Jika Aku Tak Sempurna

Abang Jem sahaja yang berjaya kekalkan jawatannya sebagai AJK dari Kem Zed




Otai masih berbisa..pelakon dan juga produser Mummy Zarela dan Papa Rawi



Saturday, September 27, 2014

TAK PAYAH KE SYRIA, BERJUANG DI TANAH AIR DULU!





HULU TERENGGANU: Rakyat Malaysia khasnya belia harus memahami konsep jihad sebenar mengikut Islam sebelum membuat keputusan untuk berjihad di Syria sebagaimana yang disiar di laman sosial.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata generasi muda perlu berfikiran jauh agar tidak terpengaruh dengan fakta yang tersebar di laman sosial yang cuba mengelirukan rakyat Malaysia.

"Ramai anak muda di Malaysia ini ingin berjihad di Syria, tidak semestinya kita ingin berjihad kita perlu pergi ke sana untuk berjuang sedangkan di Malaysia juga mereka boleh berjuang dalam pelbagai bidang, jadi mereka perlu faham konsep terlebih dahulu sebelum berjuang.

"Sekarang ini, semakin banyak laman web dan blog menyiarkan pelbagai fakta menggelirukan rakyat Malaysia dan kita harap anak muda tidak cepat terpengaruh menerusi penyebaran di laman sosial berkenaan," katanya selepas menyempurnakan penyampaian pingat sempena Mesyuarat Agong Tahunan PV-ATM di sini Sabtu.

Sebelum ini Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan penangkapan tiga lelaki warga tempatan kerana disyaki merancang untuk berlepas ke Syria bagi tujuan menyertai kumpulan pengganas Negara Islam (IS) di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA).

Jailani meminta orang ramai membuat laporan kepada pihak berwajib sekiranya masih ada laman web yang cuba menggelirukan rakyat negara ini.

"Jika masih ada laman web yang wujud dengan cuba memutarbelitkan fakta, kita minta orang ramai tampil membuat laporan kerana kita tidak mahu orang ramai terjerumus kepada perkara yang tidak benar di luar sana. - mStar

Friday, September 26, 2014

CROISSANTS INTI TUNA






Kalau pergi ke bakeri Kjee suka sangat cari roti ataupun croissants. Boleh simpan untuk dibuat sandwich untuk breakfast atau pun minum petang.

Croissants, misalnya boleh di simpan dalam bekas kedap udara dalam freezer selama seminggu. Apabila hendak digunakan, panaskan seketika dalam microwave oven ataupun oven biasa. Ia akan menjadi lembut sangat. Malah, sedap dimakan begitu sahaja.

Hari ini Kjee balik dari Mesjid Al Ghufran setelah menziarahi jenazah Allahyarham Dato Jamil Sulong, terasa lapar pulak sementara tunggu UnclePali gi Solat Jumaat. Apabila dia balik, kami akan ke Kampung Janda Baik pulak untuk urusan pengkebumian.



Kalau tak reti buat sendiri, beli jer lah



Kjee bukak peti ais, tiada apa yang menarik. Kemudian ternampak croissant yang dibeli di Eon Big hari tu. Ada 4 biji. Kjee panaskan dua. UnclePali segera bukak dua tin kecik Tuna. Yang ada mayo untuk Kjee sebab sekarang kerana kurangkan makan pedas dan Tuna Cili untuk dia,

Mujur ada salad dan tomato. Maka inilah hidangan kami untuk alas perut sementara tunggu UnclePali balik solat. Kalau lapar nanti, balik dari Kampung Janda Baik, bolehlah singgah lunch.

Senang jer nak buat sandwich croissant ni. Just belah tepi (jangan sampai putus), letak salad, tuna dalam tin pilihan anda dan jugak tomato. Kalau tak suka tuna yang dah tersedia itu, bolehlah buat inti sardin yang dicampur bawang, cili dan jugak perahan jus lemon atau limau nipis.






Thursday, September 25, 2014

ALFATIHAH BUAT DATUK JAMIL SULONG





















Monday, September 22, 2014

FEMES SUDAH HISYAM SEBAB SELAMATKAN KUCING INI. TAK PERLU SUSAHKAN BOMBA






































Saturday, September 20, 2014

KARIPAP SARDIN...DAH SEJUK PUN MASIH RANGGUP






























Ala tak payah susah-susah buat. Beli jer. Awak tu bukan sihat. Itulah tagline UnclePali tiap kali Kjee nak makan sesuatu, especially karipap. Alahai bukannya dia tak tahu isteri dia cerewet. Nanti ada jer tak kena...pastri tak rangguplah, inti tak sedaplah, mahal lah. Hehehe.

Tapi beberapa hari lepas, Kjee ajak UnclePali tolong Kjee buat Karipap Sardin. Hah itu dia suka Kjee buat sebab dia suka sangat karipap sardin. Bukan karipap sardin jer. Apa jua makanan berkaitan sardin, favorite dia.

Jadi kami duduk mengadap kat dapur untuk projek buat karipap. Kjee tugaskan UnclePali buat inti sardin. Kjee dadu 5 biji kentang dan rebus. Kemudian UnclePali nyalakan api, bubuh minyak dalam kuali dan letak kira-kira ½  cawan cili kisar. Dia masak/goreng sampai kering. Kemudian ditepikan.

Ehh kenapa UnclePali buat camtu? Sebab nak keringkan air cili tu. Dan jugak senang nak kaup cili yang dah digoreng tu tanpa minyak. Kalau terlebih minyak dalam inti nanti, minyak tu akan keluar masa nak kelim karipap. Dan pastri akan jadi basah.

Setelah dia keluarkan minyak lebihan goreng cili kisar tu, UnclePali hidupkan api dan masukkan bawang yang telah didadu. Apabila dah agak lembut, dimasukkan pulak sardin yang telah dibuang tulang tengahnya dan dilenyek-lenyek sikit. Kemudian, dia masukkan kentang yang sudah lembut. Of course kena toskan airnya.

Pastu gaul sampai rata. Bubuh garam dan asam keping atau sedikit jus limau nipis. Sejukkan.



Ini rupanya inti sardin dan kentang UnclePali. Tak berminyak kan?

























Untuk pastri atau doh karipap, Kjee guna 1 kilo tepung, 1 cawan minyak dan setengah cawan majerin Planta. Marjerin tu Kjee campurkan dengan minyak (Kjee guna minyak jagung) pastu Kjee panaskan atas dapur sehingga marjerin cair.

Letak 1 kilo tepung didalam besen. Buat lubang ditengah-tengah dan curahkan minyak bercampur marjerin tadi. Gunakan garfu dan cepat-cepat gaul minyak dengan tepung hingga jadi macam serbuk roti. Kalau dah rasa sejuk sikit boleh gaul dengan jari.

Kjee guna air lebih kurang 400ml yang telah dicampur dengan 1 sudu besar garam. Rasa dulu air tu. Biar cukup rasa masin untuk 1 kilo tepung. Masukkan air sedikit demi sedikit ke dalam tepung sehingga sudah menjadi doh yang lembut. Uli seketika dan letak dalam bekas yang bertutup dan simpan dalam fridge lebih kurang 25 minit.

Bab klim Kjee tak boleh nak ajar sebab Kjee tak pandai. Main hantam sahajalah labu. Nadia yang pandai. Sebab itu Kjee suka buat karipap kalau dia ada.




Buat sarapan pagi dengan telor separuh masak dan secawan kopi, cukup yummy







Kali ini Kjee buat karipap dengan dibantu UnclePali. Dia yang terap dalam acuan dan isi inti. Kjee tinggal klim saja. Sekilo doh tu cepat jer siap kalau ada assistant kan. Hehehe.

Sebaik sahaja habis klim dan disusun dalam tray, Kjee terus letak dalam freezer selama tiga atau empat jam sampai ia beku. Kemudian baru disusun dalam bekas untuk disimpan sejuk beku. Bila nak makan, keluar dan terus goreng. Tak payah nyah beku (defrost). Tahan selama 1 bulan dalam freezer tanpa pengawet.

Nak goreng pun ada teknik. Minyak kena panas tetapi api tak boleh besar. Nanti permukaan karipap mengerutu macam bulan. Masa goreng jangan pulak rajin sangat nak terbalik-terbalikkan. Nanti karipap 'tersengih'.

Pastri karipap ni ranggup sangat walaupun dah sejuk. Terima kasih Shiela@Spices Journey kerana kongsi resipi karipap ini.














Friday, September 19, 2014

RENDANG KACANG, HATI AYAM, PEDAL DAN SEBAGAINYA HEHEHE






When I was a little girl..ewahhh cakap omputih. Tersasul lak. Hehehe.

Masa Kjee kecik-kecik dulu, kami sekeluarga tinggal di beberapa daerah di Negeri Sembilan. Kjee pernah tinggal di Kuala Pilah, Port Dickson dan Rasah kat Seremban. Arwah bapak kerja kat Pejabat Tanah. Justru selalu kami pindah randah. Dua adik Kjee dilahirkan di Negeri Sembilan. Seorang di Kuala Pilah dan seorang di Seremban.

Adoi terbabas pulak cerita hari ni. Sebenarnya, Kjee nak bagitau yang tekak Kjee ni terlalu dekat dengan makanan orang Nismilan. Suka podeh-podeh dan lomak-lomak. Not very healthy, you know...the lomak-lomak part. Hehehe.

Masa arwah Bonda masih ada, kerap jugak dia buat Rendang Kacang Nismilan. Macam-macam jenis dia buat. Yang ori warna kuning tu dan juga rendang daging yang biasa tu tapi sebelum padam api, dia masukkan kacang panjang. Tak tahu resipi tu dia punya sendiri atau memang cara itu orang Nismilan buat.

So pagi tadi, Kjee pujuk UnclePali pergi Pasar Selayang. Kat sana ada ramai orang jual ayam tua. Mustahil tak ada telor tu kan! Hmm memang nasib tak baik. Bolehlah pulak tak ada!

Pastu Kjee suruh UnclePali drive ke Pasar Keramat. Alahai penjual ayam tu kata dah habis. Tapi terpampang depan mata pedal ayam, hati ayam, kaki ayam dan jugak leher ayam. Hmmm tak cukup satu bahan, takkan cacat kot lauk aku. Janji terlepas kempunan!










So sampai rumah tadi Kjee bersihkan kaki ayam, pedal dan leher ayam. Masuk dalam pressure cooker dan rebus selama lebih kurang 20 minit. Hati ayam tak payah masuk periuk tekanan tu. Hancur pulak karang.

Sementara menunggu bahan-bahan yang direbus tu lembut, Kjee pun tumbuk cili padi (nak pedas mana ikut suka), 1½ labu bawang besar, 2 ulas bawang putih, 2 inci kunyit hidup dan 5 batang serai yang tak berapa gemuk. Semua itu ditumbuk halus kecuali serai. Titik jer dah cukup.

Kemudian Kjee tumis bahan tumbuk dan serai guna minyak sikit jer. Masa tu bahan-bahan yang direbus dah cukup elok lembutnya. Apabila dah garing dan wangi tumisan, Kjee kaup semua pedal, kaki ayam serta leher ayam dari periuk tekanan ke dalam kuali.

Oleh kerana sudah siap rebus maka tidak perlulah Kjee masak lama-lama. Kalau korang rebus biasa, agak-agak jer lah sampai semuanya lembut. Apabila dah gaul elok tumisan dengan bahan-bahan yang direbus tadi, Kjee masukkan santan kotak. Kjee guna 1½ kotak santan kotak kecik.

Gaul sampai rata, masukkan hati ayam dan bubuh garam dan 2 keping asam gelugor. Masak sampai hampir-hampir kering. Kemudian masukkan kacang panjang yang telah dipetik-petik sama panjangnya. Gaul bagi rata dan apabila kacang dah lembut sikit, padam api.


Tadi Kjee goreng ikan kembung dan ikan pekasam. Risau jugak UnclePali tak suka rendang ni. Sukanya Kjee sebaik sahaja habis makan, dia tunjuk Two Thumbs. Sodaplah tu yo. Hehehe.






Thursday, September 18, 2014

DAUN PECAH BELING KAWAL GULA DALAM DARAH








UnclePali raji bebenor petik daun ini dikawasan hutan berhampiran rumah kami




Sejak kena Diabetes dua tahun lalu, Kjee banyak mintak nasihat daripada mereka yang lebih berpengalaman terutama orang tua tua mengenai pengambilan herba kampung. Nenek moyang kita dulu pun kena kencing manis tapi mereka hanya guna herba yang dipetik sekeliling kampung untuk mengawalnya.

Kjee kata kawal bukan mengubati kerana Kjee rasa kalau dah kena Diabetes atau Kencing Manis, memang ianya tidak boleh diubati. Tetapi ia boleh dikawal. Selain daripada menjaga makanan, pengambilan herba juga amat membantu.

Kjee hanya makan ubat hospital untuk Diabetes tak sampai 5 bulan selepas mendapati Kjee kena penyakit itu. Jaga punya jaga tetapi malangnya terkena jugak kerana ia penyakit genetik. Turun temurun. Arwah Bonda meninggal kerana kencing manis.

Anyway, setelah menyedari terkena penyakit itu, Kjee mula pasang telinga. Mana tahu ada kengkawan yang tahu cara terbaik mengawalnya kerana Kjee memang tidak mahu bergantung hayat kepada ubat hospital.


Rendam dalam air panas mendidih sampai suam baru minum






















Jemur sampai kering. Lagi kering lagi bagus




















Kawan lama Kjee, pelakon Hajah Maimunah aka Kak Jah Glamor, beritahu Kjee dia minum air rendaman daun Pecah Beling. Katanya dia dapat daun itu dari penyanyi lagu-lagu Asli terkenal Hajah Aspapela Abdullah.

Kjee pun bergegas ke rumah Kak Aspa dan beliau beri Kjee beberapa tangkai daun Pecah Beling yang Kjee tanam dalam pasu. Dah dua kali Kjee petik daunnya dan jemur hingga kering. Kemudian setiap hari Kjee ambil sejemput, rendam dalam satu mug air panas. Dah suam, Kjee minum.

Alhamdullilah, hingga ke hari ini baca gula dalam darah Kjee terkawal. Apabila terbabas sikit, Kjee buat dua kali sehari. Maklumlah tekak ni. Nampak kuih muih yang manis terus teringin. Tapi Kjee ni agak disiplin sikit. Jamah sikit jer untuk hilang rasa rindu.

Kalau di rumah Kjee hanya masak nasi guna beras Faizah herba Ponni. Ia beras khusus untuk pesakit diabetes. Seluruh keluarga Kjee hanya makan beras ini. Mula-mula dulu rasa tak sedap tapi lama kelamaan okay lah.

Baru-baru ini Kjee ternampak rimbunan pokok Pecah Beling ini di satu kawasan pinggir hutam berhampiran rumah Kjee. Tumbuh meliar. Sukanya Kjee sebab tak perlu lagi risau kalau stok habis.

Petik daunnya, jemur hingga kering dan simpan dalam botol. Minum secara disiplin tiap hari. Insya Allah, penyakit itu akan dapat kita kawal.

Daun ini banyak ditanam di kampung-kampung. Ada menanamnya sebagai pagar rumah. Apabila ia tumbuh merimbun, dicantas dan nampak cantik sangat pagar tu.

Pokok ni 'gelojoh tanah'. Ini istilah arwah Bonda kalau pokok yang ditanam mudah tumbuh. Asal 'jumpa tanah' ia mudah membiak.




Lepas petik daunnya, tangkai ni dicucuk ke tanah. Insya Allah akan tumbuh

Ini cara UnclePali jemur

Ini daun yang sudah kering. Pada Kjee ini belum cukup 100% kering. Simpan dalam bekas kering






Wednesday, September 17, 2014

GERAI MI JAWA SURWANO DAH BERPINDAH

JALAN JALAN CARI MAKAN




Suwarno kini



Gerai Suwarno yang klasik di Pasar Minggu dulu





Berderau jugak darah Kjee minggu lepas apabila Kjee singgah di Pasar Minggu, Kampung Baru KL dan dapati kebanyakkan kedai makan kat situ sudah dirobohkan!! Habislah riwayat Mi Jawa Surwarno yang telah Kjee sekeluarga langgani selama 4 generasi!!

Kjee tak pernah dapat rasa Mi Jawa sesedap Mi Jawa Surwano yang lengkap rasa! Mata jugak sedap memandang! Selain Mi Jawa, Suwarno femes dengan soto dan sejak beberapa tahun lalu ada Bakso dan jugak Satay Kambing cicah kicap pedas!

Hmmm Kjee dah hampir-hampir give up nak try Mi Jawa yang lain. Mesti teruk aku kutuk! Kalau ada kata Mi Jawa Surwano ni tidak menepati citarasa mereka, itu bukan masalah Kjee ya! Tapi yang nak try, silakan.





Tetapi alangkah bahagia apabila beberapa hari lalu, Ruhil sahabat lama Kjee beritahu semua kedai makan kat Pasar Minggu telah berpindah ke food court lain di Kampung Baru. Kat Jalan Haji Hashim, seberang jalan dari kondo Mewah Setiasky Residences kat Jalan Raja Muda Abd Aziz. Kalau dari HKL, terus pandu sampai lampu isyarat depan kondo dan pusing kanan. Gerai Mi Jawa Suwarno di No 3!

Hari ini Kjee pujuk UnclePali bawak Kjee ke sana. Selalunya Mi Jawa Suwarno di tempat lama bukak kul 2ptg. Lepas Zohor kami gerak ke sana. Dan memang dah rezeki Kjee! Dari jauh sebaik sahaja turun kereta, Tuty yang mengendalikan kedai makan tu dulu terus kejar mendapatkan Kjee!

Wah happy nya Kjee. Sekarang Kjee dapat menikmati Mi Jawa kesukaan kami sekeluarga di tempat yang lebih selesa!


Sate kambing kuah kicap pedas





Mi Soto

Bakso



Selain Mi Jawa, turut femes kat Gerai Suwarno ini ialah Soto Nasi Impit. UnclePali suka Mi Soto. Nadia pulak suka Bakso kosong. Dan of course Kjee mesti makan Mi Jawa. Nadia jugak suka Satay Kambing. Bezanya sate kambing ini ialah kicap cili padinya. Sedap sangat-sangat.

Kalau korang sesat nak cari gerai ni, boleh call Tuty di 0169098759. Dia ni orang Jawa tulen. Toke dia, Arwah Wak Suwarno dan isterinya, kawan baik arwah bapak dan emak Kjee.

Khabarnya ada cawangan di Klang tapi Tutik kata, ia milik anak tokenya. Tapi malangnya, mereka tidak menjaga kualiti makanan.

Baca SINI, SINI dan SINI.

Buka hari-hari dari 12 tengah hari hingga 11.30 malam.



Ini Tuty. Dah kenal dia lebih 20 tahun.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...