DIMSUM (SIEW MAI) AIR TANGAN KJEE

klik link ini untuk cerita penuh

BUTTER CAKE YANG GEBU DAN RINGAN SANGAT

klik link ini untuk cerita penuh

Mi Kari Ala nyonya

klik link ini untuk cerita penuh

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Friday, October 31, 2014

JERUK MANGGA PART TWO















SEMINGGU BERAPA KALI DAAAA MASAK KARI! HEHEHE









Ehhh Kjee ni asyik masak kari jer. Kelmarin masak Kari Ikan Talang Kering. Selang dua hari masak kari ikan Jenahak pulak! Tak boring ker?

Hahaha korang tak tahu yang ada kalanya siang malam kami makan lauk kari. Misalnya pagi gi kedai mamak pekena tosei atau roti canai. Pasti ada kuah kari atau dhal. Tengah hari kat rumah, Kjee masak kari ikan, ayam atau daging. Pastu malam kalau lauk siang dah habis, UnclePali ajak gi makan kat kedai Nasi Kandar.

Walaupun Kjee tak ada darah India tapi kami amat suka makan lauk kari. Lagipun sekarang kan musim sejuk. So makan lauk kari bolehlah panaskan sikit badan. Asal hati tak panas, udah ler yer. Hehehe.

Hari ni sebenarnya Kjee tak ada plan nak masak kari. Pagi tadi lepas pekena rawa tosei kat Restoran Thurkah, Kjee ajak UnclePali pergi pasar. Tak tau nak beli apa. Dalam kepala cuma terfikir nak beli ikan.

Wahhh sekarang musim udang galah! Ramainya orang jual. Dua hari lepas Kjee teringin nak makan Udang Galah tapi pagi ini selera tertutup. Tengoklah kalau ada minggu depan.

Kemudian Kjee dengar jeritan satu abang lelong ikan-ikan yang dijual. Maklumlah jam dah dekat pukul 11. Hari ni kan hari Jumaat. Semua peniaga tak sabar-sabar nak habiskan jualan sebab nak gi solat.









Ada ikan Jenahak, ikan bawal hitam dan juga ikan tongkol. Ikan Jenahak dan Ikan Bawal Hitam hanya RM10 satu longgok. Kjee belek-belum. Isyhhh masih segar. Kenapa jual murah, Kjee tanya abang tu.

"Hari ni anggap saya buat amal jariah. Jual harga kos sebab saya dah nak balik ni," kata abang tu. So, Kjee ambil satu longgok 3 potong isi ikan jenanak, satu longgok 3 ekor ikan bawal hitam. Semuanya RM20. Abang tu suruh Kjee amik ikan tongkol. Dua ekor RM5 tapi dia kata amik jerlah RM4.

Dalam kereta hati Kjee punyalah suka. Ikan jenahak antara ikan favorite arwah bonda. Dia suka masak kari dengan bendi. Kjee pun suka. Sebab tu lah hari ini Kjee masak kari. Miss my arwah bonda.

Selain Kari ikan Jenahak, UnclePali pergi amik Jantung Pisang Hutan belakang rumah. Tiap 3 bulan UnclePali tebas. Esok lusa naik balik pokok pisang baru. Ini first time kami amik jantung pisang kat belakang tu.

Kjee tak berapa berani makan jantung pisang sebab angin. Tapi jap lagi nak jamah sikit. Lagipun tak tahan tengok sambal belacan power UnclePali. Jeruk petai pun ada lagi. Pastu Kjee goreng garing-garing satu potong ikan jenahak tadi. Dua potong jer masak kari. Dan untuk buat lagi berselera makan, Kjee akan goreng jugak ikan pekasam! Yayyyyyy.

Kalau korang nak masak kari cara Kjee, sila intai SINI.





Thursday, October 30, 2014

UNCLEPALI AND ME... OVER THE YEARS


















Yang terbaru... 26/10/14

DEADLINE HARI NI






Last day order L'arome ikut harga lama. RM360 plus pos laju di semenanjung. Mulai 1 November 2014, it's RM390 for 4 bottles.

Kalau minat, whatsapp 01131771389.

TERKINI!!
Kjee masih menunggu berita kononnya stok L'arome hanya akan naik harga mulai 1 November 2015. Sebaik dapat info, Kjee akan notify semua. Tq.

LATEST:
HARGA L'AROME HANYA AKAN DINAIKKAN PADA 1 JANUARI 2015. SEKIAN TERIMA KASIH,

Wednesday, October 29, 2014

WORDLESS WEDNESDAY... OUR LUNCH

Kari Ikan Talang Kering

Peria Katak goreng telor


Bendi rebus cicah sambal belacan

GRIILED CHEESE SANDWICH RACHEL STYLE
























Asyik terliur jer tengok Rachel Ray of 30 Minutes Meals di AFC buat, maka pagi ni Kjee pulak buat. Opppsss pembetulan. Not me but my better half. Kjee jadi mandor jer. Hehehe.

Malam tadi, UnclePali beli wholemeal brown Gardenia. Kalau roti buat sendiri lagi sedap tapi sejak akhir-akhir ni Nadia banyak makan Vit M. So mama dia telan air liur jer lah teringat white bread sedap yang dia buat. Eh bukan dia buat. Dia letak jer semua bahan-bahan dalam Breadmaker Noxxa dan dua jam kemudian dah dapat roti benggali atau roti paun yang super delicious. KLIK SINI.

Kjee copy cara Rachel. Dia sapu butter pada roti (one side on each slice) pastu letak slice cheese (kjee bubuh dua slice) dan letak atas grill pan yang sudah dipanaskan.. Sebelah dalam roti yang diletak cheese tak perlu sapu butter.

Pasti UnclePali perlahankan api, dan hempap sandwich tadi dengan piring dan diletakkan batu penumbuk diatas piring yang hempap sandwich tu. Rachel guna batu bata yang dibungkus dengan foil. Harus lepas ni nak round satu taman perumahan tengok kalau ada orang buat rumah. Nak cilok bata batu satu. Hahaha.

Apabila sudah garing, terbalikkan pulak sandwich tu sampai dua-dua belah garing. And then, letak atas piring dan potong dua. Nampak tak cheese tu meleleh. Yummy makan dengan mayonaise dan sos cili.

UnclePali jugak grill sausage dan buat sunny side up egg atau telor ceplok. Hmmm kenyang sampai lunch nanti. Nasib baik tak letak baked beans tadi. Walaupun sedap tapi kenyang sangat pulak kan? Kalau buat scrambled eggs pun sodap.







Tuesday, October 28, 2014

MASAK LEMAK LABU SEBAB PESTA HANTU?








Yezza Kjee masak Lemak Putih Labu lagi. Favorite semua kan...opppps yer ker? Well, kesukaan Kjee lah kot. Hehehe.

Tak ada ada kena mengena dengan pesta Hantu omputih atau Halloween tau. Kjee masak lauk ni minggu lepas sebelum pesta Cik Han tu bermula. Isyhhhh seriaulah depa tu. Siap ada pesta hantu lagi kan!!!

Anyway, Kjee tetiba terikut UnclePali gi Hero Market aritu. Hajat nak cari sotong sebab masa balik Melaka aritu, Kjee ada beli petai kat tepi jalan di Alor Gajah. Apabila tengah menyusur pelan-pelan kat bahagian sayur Hero Market, ternampak lah labu. Ada yang telah dibelah separuh. So, itu yang Kjee beli. Nak beli sebiji besar pulak.

Dalam hati punyalah seronok sebab nak lawan lauk lemak putih labu dengn sambal sotong petai, ikan mabung goreng dan juga pekasam.

Dan makin seronok apabila nampak sotong yang besar-besar dan segar-segar. Dah lama Kjee tak masuk Hero Market. Tunggu jer dalam kereta sambil UnclePali beli dan blah. Tapi pepaham jerlah orang lelaki kalau beli belah. Main cekup jer tanpa fikir dua tiga kali. Kalau orang pompuan, belek sana belek sini baru puas kan!

Oklah. Kalau sudi nak try resipi Kjee bolehlah. Klik SINI untuk Masak Lemak Putih Labu. Kalau nak resipi untuk Sambal Sotong sama Petai, JENGUK sini.











Monday, October 27, 2014

GUNA 2 BOTOL LAROME TAPI KENAPA TAK KURUS?!!








Ada someone mesej Kjee kata dia dah guna 2 botol L'arome tapi masih tak kurus! Kurus? Sapu kat satu bahagian sahaja harapkan bodi jadi kurus? Kjee terkedu seketika baca komen dia tadi.

Untuk pengetahuan semua, ada banyak faktor yang harus kita consider apabila kita mahu gunakan L'arome atau apa juga kaedah untuk kuruskan badan.

Firstly iaitu langkah pertama, kita kena jujur pada diri sendiri. Kena cermin seluruh badan kita. Hanya kita sahaja yang tahu samada kita dikategori dalam species apa. Debab, gemuk atau obese cam mokciklah.

Langkah kedua, kita intai dulu budget. Kalau badan kita cam mokcik yang king kong,  maka budgetnya pun mesti ala-ala besar jugak. Takkanlah badan cam king kong nak sediakan budget cam kancil. Tak kena tu.

Langkah ketiga, kita decide sendiri setelah survey pelbagai jenis product yang ada di pasaran. Memang ada orang kata, banyak testimoni tipu. Tetapi Kjee ambil contoh dari testimoni kawan-kawan yang rapat dengan Kjee. Pasal mereka Kjee jadi teruja nak cuba L'arome.

Setelah Kjee habiskan dua botol L'arome dan dapat melihat sedikit ya betul terlalu sedikit  kesan iaitu lengan baju Kjee dah longgar sikit dan tak nampak sendat, baru Kjee bagi Nadia dats my doter kalau belum tahu  try sebab dia ada masalah perut buncit. Well, taklah buncit macam mereka yang lepas bersalin tapi buncit-buncit manja anak dara.

Apa yang berlaku pada buncit Nadia amat memeranjatkan! Baju Raya yang baru dia beli dan sendat di perut, sudah nampak cantik. Kempisnya dah hilang dalam masa +- 5 hari!! Nadia sapu L'arome secara disiplin sebanyak 2 kali sehari selepas mandi.

Memang bentuk tubuh mokcik yang macam King Kong terlalu mustahil untuk kurus dalam jangka masa yang singkat. Lagipun, budget taklah king kong macam tubuh. So Kjee sapu mana yang Kjee rasa janggal di mata Kjee walaupun seluruh badan memang janggal selama ni hehehe.







L'arome ni amat berkesan jika disapu secara teratur. Dua kali sehari selepas mandi dan digosok sehingga dirasakan krim tu betul-betul menusuk masuk ke dalam tubuh. Kalau betul cara sapuannya, bahagian yang disapu dan digosok krim itu akan terasa hangat dan pijar. Lamanya terpulang kepada individu. Kjee pijar dalam masa 20 minit jer kot. Hmmm kulit dan lemak tebal kot. Hehehe. Pastu cuci tangan bersih-bersih dengan sabun. Kena mata nanti mata yang kurus. lol.

Nadia kata dia merasa pijar lebih lama! Sampai petang. Mungkin kerana kulitnya nipis dan lemak dia jugak sama tipis. Atau mungkin sebab anak dara Kjee ni manja sikit. Tak tahan panas tak tahan dugaan. Hehehe.

So, itulah jawapannya kepada wanita yang mesej Kjee tadi. Tanya diri kita dulu samada kita telah berlaku adil kepada L'arome. maksud Kjee, adakah kita telah gunakan product itu dengan cara yang betul.

Selain sapu L'arome, Kjee diberitahu supaya minum banyak air putih. Kalau larat, boleh minum dua botol besar air yang 1.5 litres. Kalau tak larat, satu botol pun boleh. Air akan membantu 'menolak' lemak-lemak keluar. Wallahualam.

Oh just nak bagitahu, harga L'arome akan menjadi RM380 sebelum pos pada 1Januari 2015. Hanya ada masa sebelum hujung tahun untuk dapat harga lama iaitu RM350 untuk 4 botol sebelum pos. Kalau nak satu botol, harga lama RM160 (plus pos).

Kalau minat, sila whatapp 01131771389. Stok Insya Allah akan sampai dalam masa 2 minggu selepas order.

Baca jugak kat SINI yer. Oppppsss lupa lak. Ada yang beritahu Kjee dia akan hanya guna L'arome apabila tengok Kjee dah kurus. Hahahaha tunggulah kau sampai Kucing Bertanduk!!







Sunday, October 26, 2014

GO' BANG MAJU PATIN TEMPOYAK BAKAL BUKAK CAWANGAN DI KL



Signboard yang besar! Tak nampak lagi, tak tau nak kata. Hehehe
















Muhamad Rizal Rosely


Sejak mula blogging hampir 3 tahun lalu, Kjee cuba elak buat review mengenai kedai-kedai yang Kjee kunjungi daripada diketahui tuan punya kedai makan atau restoran. Dalam kata lain, Kjee cuba elak 'makan free' sebab tidak mahu terikat dan terhutang budi. Nanti, kena tulis yang elok-elok sahaja sebab dah makan free!

Dalam banyak-banyak tempat yang Kjee pergi dan buat review, hanya satu restoran yang paksa Kjee padam entri tersebut sebab tak puas hati Kjee tak puji makanan kat restoran tersebut. Tauke berbangsa Terengganu tu siap call UnclePali dan ugut nak saman!

Selepas kejadian itu, Kjee serik dan hanya buat review kalau makanan restoran tersebut sedap.

Semalam Nadia ajak Kjee dan papanya pergi Temerloh untuk menikmati Gulai Ikan Patin Tempoyak di Go'Bang Maju Patin Tempoyak. Hanya di situ gulai tempoyaknya menepati selera dan poket kami.
Bagaimanapun, kerana bimbang kecewa apabila sudah drive hampir dua jam ke Temerloh, Kjee call dulu restoran itu untuk bertanya samada ia dibuka.







Air Keladi, Jagung dan sirap bandung cincau. terbaek!!!



































Panggilan Kjee diterima mesra oleh seorang lelaki. Apabila Kjee beritahu Kjee pernah menulis mengenai makanan di situ dalam blog Kjee, beliau terus bertanya samada ini Kjee? Isyhhh kenal ker sebab Kjee tak pernah perkenalkan diri kepada sesiapa ketika beberapa kali mengunjungi restoran tersebut.

Anyway, janji nak ke sana pukul 2 tapi pukul 3 baru gerak dari KL. Dekat pukul 5 baru sampai. Kami belum lunch. Nadia dan UnclePali jelas kelaparan. Kedai penuh sesak dengan pengunjung. Mujur sebaik kami sampai, semua sudah habis makan dan hendak pulang. So, berpeluanglah kami dapat parking yang sangat elok.

Tuan punya restoran, Rizal Rosely menyambut mesra kedatangan kami tiga beranak. Tidak putus-putus ucapkan terima kasih kerana katanya sejak Kjee menulis mengenai restorannya di sini dulu LIHAT SINI , pengunjung telah bertambah berkali ganda sehinggakan terpaksa membuat servis secara layan diri!

Syukur Alhamdullilah. Rupa-rupanya penulisan Kjee itu dapat membantu. Terima kasih kepada my blog readers.

Kjee pun terkejut dengan pembaharuan yang berlaku sejak Kjee ke sana pada bulan Mei tahun lepas. Di waktu yang sama Kjee di situ semalam, restoran itu sarat barat dengan pengunjung. Dan masalah paling besar bagi pengunjung rasa-rasanya ialah tempat letak kereta! Tetapi kerana keenakkan makanan di Restoran Go'Bang Maju Patin Tempoyak, pengunjung sanggup park jauh sedikit dan berjalan ke restoran itu.


Ada jugak ikan patin goreng garing, sambal hitam, sambal tempe dan jeruk petai cicah sambal tempoyak. Yummy.

Ikan Talapia Tempoyak Bakar yang enak 


Pekerja tak menang tangan. Tauke turun padang bantu bakar ikan!!


Kjee terpegun dengan cara Rizal, 36 tahun, anak tempatan Temerloh, mengendalikan bisnes beliau dengan sokongan isteri, ibu dan ahli keluarga lain. Beliau mempunyai visi membawa Go'Bang Maju Patin tempoyak lebih jauh lagi. Justru dalam masa terdekat ini, beliau akan membuka satu cawangan di Taman Sri Rampai, Setapak, Kuala Lumpur dengan modal sekitar suku juta ringgit!

"Saya mulai meniaga sejak di sekolah menengah lagi. Meniaga kecil-kecilan jual kuih, goreng pisang dan sebagainya bantu keluarga sebab saya anak sulong. Nampak nya rezeki saya meniaga Patin Tempoyak. Alhamdullilah syukur," katanya.

Camner dapat nama Go'Bang tanya Uncle Pali?

"Saya anak sulong. Jadi keluarga panggil saya abang. Kengkawan selalu bagi sokongan saya buat bisnes. Selalu dia orang kata 'You Go Bang!!"  Justru saya dapat idea namakan restoran saya Go'Bang. Pastu saya tambah perkataan Maju. Alhamdullilah sejak bubuh nama Go'Bang Maju, bisnes saya semakin maju!" kata Rizal.



Layan Diri























Ketika Kjee mula-mula ke restoran itu dulu, Rizal menjual pelbagai makanan termasuk Tom Yam. Tetapi apabila mengkaji semula apa yang diminati pelanggannya, Rizal akhirnya juruskan peniagaan kepada menu Gulai Tempoyak Patin.

Menu terbaru ialah Ikan Bakar Talapia Tempoyak yang sangat unik dan sedap. Kelebihan Restoran Go'bang Maju Patin Tempoyak ini ialah harga yang diletak, mampu milik.

"Now everyone can eat Ikan Patin," kata Rizal sambil bergurau.

Selain Gulai Patin tempoyak dan Ikan Bakar, Kjee rasa turut akan menjadi tumpuan ialah 3 jenis jus special yang disediakan. Kami dihidangkan dengan Air Keladi, Air Jagung dan Air Bandung Cincau. Cukup sedap dan istimewa dan diletakkan satu scoop aiskrim! Kalau ingat boleh kecur!! Hehehe.

Tidak sah makan di situ kalau tidak hirup kuah gulai tempoyak yang pekat dan manis!


Pekat kuahnya. Puas hati. Tak sah tak hirup! Satu mangkuk seperti ini hanya RM13!
























Kjee usik :"Ini 100% tempoyak kan? Tak campur tepung!"

"Hahaha. Bukan Kjee sorang yang tanya. Ada juga customer yang tanya begitu. Insya Allah tidak. Tempoyak kami khas saya order dari FAMA! Saya ni kan Kjee, jenis yang suka makan sedap. Justru saya jaga kualiti makanan yang saya jual. Mesti sedap!" kata Rizal sambil ketawa.

Betul! Kjee setuju. Kalau tak sedap, buat apa nak jual kan!! Nanti jadi sasaran maki hamun orang!

Kjee tak sabar nak tunggu cawangan Go'Bang Maju Patin Tempoyak ini dibuka November ini. Dekat sangat dengan rumah Kjee. Nanti Kjee bawa laporan dari situ jugak yer. Hehehe.




Sempoi jer pasangan pelanggan berbangsa Cina ni makan Gulai Patin tempoyak!


Wajah customer yang puas hati. Hehehe






Saturday, October 25, 2014

PULUT KUNING DI ULANGTAHUN PERKAHWINAN KAMI







Alhamdullilah. Tertunai jugak niat Kjee nak buat pulut kuning untuk hari ulangtahun perkahwinan kami. Kjee rasa ini first time Kjee buat untuk anniversary. Ada sekali dua Kjee buat untuk birthday.

Senang buat Pulut Kuning kerana lauknya simple sahaja dan penyediaannya pun mudah. Kjee memang tak pernah ada masalah buat Pulut Kuning ini sebab masa muda-muda dulu selalu tolong Bonda buat.

Dan masa Kjee meniaga di Food Court Anjung Melawati, Pulut Kuning ini adalah hidangan istimewa di hari Ahad. Kalau tak silap, Kjee jual Pulut Kuning dengan rendang daging, hanya RM3.50 satu portion. Begitu manis kenangan ketika itu.

Anyway, bagi orang Melayu, Pulut Kuning ni cukup bermakna dalam menyambut sesuatu peristiwa penting seperti kelahiran, perkahwinan dan lain-lain yang sewaktu dengannya.





























Resipi untuk Pulut Kuning, sila lihat sini

Untuk rendang daging, Kjee buat biasa-biasa jer. Bawang besar, bawang putih dan cili kering yang telah dikisar, diperap seketika dengan daging yang telah dipotong-potong. Kalau nak pedas tambah sekali cili padi yang dikisar dengan cili kering. Kemudian masukkan dalam kuali dan curahkan santan.

Untuk 1 kilo daging, Kjee guna 2 kilo santan pekat. Bubuh jugak serai yang telah dititik, lengkuas yang telah diketuk serta halia yang jugak diketuk. Masukkan jugak 2 keping asam gelugor dan lebih kurang 5 helai daun limau purut. Kekadang Kjee letak jugak daun salam tapi kali ni tak ada stok. Kalau ada, memang sedap. Letak juga sehelai dua daun kunyit yang telah disiat-siat.

Masak atas api hingga mendidih, pastu perlahankan api dan direndidih sehingga hampir kering dan jugak daging sudah cukup empuk. Kemudian masukkan kerisik. Kjee beli jer kerisik tapi kalau buat sendiri memanglah mantop!

Untuk rendang kali ini, Kjee letak 1 sudu besar kicap hitam yang tidak masin. Saja nak bagi warna. Jangan lupa perisakan dengan garam dan juga sedikit gula. Itu jer.




WE'VE BEEN MARRIED FOR 14 YEARS!!







Kami baru sahaja meninggalkan 14 tahun di belakang. Kini sedang memasuki tahun ke 15. Satu perjalanan yang nampak sahaja jauh. Tetapi oleh kerana diselang selikan dengan pelbagai pelbagai momen yang manis dan kekadang pahit, rasanya macam baru semalam kami diijabkabul sebagai suami isteri.

Tidak ada kata-kata yang boleh diucapkan kecuali terima kasih kepada Allah swt kerana menemukan Kjee dengan UnclePali. Seorang suami yang penyayang dan sangat mengambil berat terutama sekali apabila isterinya terlalu kerap tidak sihat.

I thank you my dear. Tidak mampu rasanya untuk membalas. It has been a long and winding road... I will not stop loving you. Insya Allah.

Semoga kami akan terus menjalani kehidupan ini bersama hingga ke nafas akhir. Insya Allah. Aamiin.





Friday, October 24, 2014

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1436H


CARA BARU MENIKMATI BUAH MANGGA





Sekarang ni musim mempelam atau mangga. Ada yang manis dan ada yang masam.

Kalau dulu hanya yang mengandung jer terliur tengok mangga masam terutama sekali manga pauh atau mangga telor, sekarang ni dah jadi kegilaan ramai. Semuanya sejak ada insan yang post gambar Jeruk Mangga. Of course mereka guna mangga masam.

Kjee ni bukan golongan species yang minat buah-buahan yang masam-masam kecuali apple hijau. Itu pun dijadikan jus dan diminum tanpa bubuh gula. That I like.

Tetapi apabila Kjee intai fridge semalam dan ternampak 4 biji mangga lemak manis pemberian my sis Shiela, tetiba excited pulak nak buat mangga yang macam dia orang tayang kat Facebook.

Kjee cuba cari cara buat atau resipi tapi tak ada. Yang ada cuma ada gambar mangga yang telah dihiris lepas dikupas. Pastu ditabur cili padi potong. Ada gak serbuk-serbuk yang Kjee rasa serbuk asam boi. Ada yang tabur gula dan letak biji biji asam boi.

Oleh kerana mangga yang Shiela beri dah lemak manis, Kjee pun tak bubuh gula. Bubuh cili padi, ramas-ramas asam boi dan jugak letak dua atau tiga biji di atas mangga tadi. Bila nak makan, gaullah.

Ewah boleh tahan sedap. Is this a new way of eating mangoes? Wallahualam. Kalau suka boleh terai. Kalau tanya Kjee...hmmm boleh lah buat kalau rajin. Kalau tak, ngap jer lepas kupas. Hehehe.


Thnx Shiela bagi mangga. Baru Kjee perasan semalam. Luarnya mengkal so ingatkan masam. Rupa-rupanya manis.




Thursday, October 23, 2014

KETUPAT DAUN PALAS VERSI KJEE




Dah lama dah nak masukkan entri ni tapi mood tak ada. Nasib baik Kjee dah pencen jadi wartawan. Kalau tidak, asyik tak ada mood jer nak menulis, mau dapat surat chenta dari bos! Hehehe.

Anyway, kerana gambar-gambar yang tak seberapa ni sudah diedit terpaksa jugaklah buat story.

Kjee asal KL dan suami asal Kedah tapi lahir sebagai anak peneroka di Pahang. My MIL orang Kedah dan sudah pastinya pandai buat ketupat palas. Tetapi dah berbelas tahun kahwin dengan UnclePali oppppsss Sabtu ni 25/10 bakal masuk tahun yang ke 15,  baru sekali Kjee tengok MIL buat ketupat daun palas. Dah tengah malam nak Raya masa tu. Kerana keletihan, tak pun Kjee concentrate jadi penonton.

Tetiba Raya Haji lepas teringin sangat nak makan ketupat daun palas. Terus google dan dapatlah belajar dari You Tube. Tapi pepahamlah kan. Belajar baru 10 minit dah nak buat. So, yang jadi asal adoo. Hehehe.

Kjee teringat MIL tegur cucu dia sebab buat ketupat daun palas betina masa dia tolong Tok dia buat. Oh ketupat daun palas ada jantina ker? And then Kjee baru tahu, kenapa mesti buat yang jantan. Kalau buat ketupat jantan, tarik jer buncu daun tu (selepas siap masak), akan terlerai lah ketupat. Kalau ketupat betina, dah sah-sah kena bukak secara belit-belit.



Daun Palas


Dibuat kelongsong masa tunggu pulut sejuk



Apapun, Kjee cubalah jugak kan. Especially tengok UnclePali bukan main bersungguh-sungguh lagi nak membantu. Wah dia ni mesti terer buat sebab mak dia pandai buat. Lega rasa hati.

Kjee tanak pulut setengah masak atas dapur. Kena campur santan pekat dan garam mesti cukup rasa. Hati terasa jugak apabila malam sebelumnya UnclePali kata dia tak suka yang ada kacang! Walhal kita memang minat sangat ketupat daun palas yang bubuh kacang! Kalau bubuh kacang kena rendam semalaman! Huhuhu.

Oklah apabila pulut yang ¾ masak dah sejuk, kami duduk mengadap meja. Daunnya Kjee dah bersihkan dan buat kelongsong. Kenapa? Entahlah. Mungkin sebab Kjee nampak MIL buat dulu.

Kemudian UnclePali capai satu kelongsong, dibukak balik dan like a Pro dia mula bungkus pulut. Kjee rasa pelik. Eh macam kekok jer dia buat! UnclePali kemudian sengih. Dia kata dia sebenar tak reti buat!! Adoiii.



Ada pelbagai jantina. Hehehe

Nak kukus dah




Maka Kjee pun terailah buat sambil dalam otak cuba flash back apa yang Kjee tengok dalam You Tube. Seronok jugak buat dengan dibantu suami yang jugak terkekek-kekek ketawa sebab jadi ntah apa bende.

Akhirnya, siaplah Ketupat Daun Palas kami yang ada pelbagai jantina. Ada jantan, ada betina dan yang Pon-Pon. Kahkahkah. Eh kenapa korang ketawa? Ko ada?!!

Lepas tu Kjee pun kukuslah lebih kurang ½ jam. Ada orang rebus tapi sebenarnya kukus pun dah okay sebab pulut tu dah ditanah ¾ masak.

Dan hasilnya, taraaaaa punyalah sedap. Cukup lemak dan masin. Kalau beli mana boleh cukup rasa kan? Kjee buat 1 kilo pulut dan 1 kilo santan pekat dan garam tu pepandailah nak adjust.

Kemudian selepas musim Raya, teringin lagi nak makan. Sedihnya pulak tak ada orang jual lagi dah daun tu. Kemudian seperti biasa, Kjee tanya FB frens. Sepantas kilat dapat jawapan ada jual di memalam buta di Jalan Raja Bot off Jalan Raja Alang. Ada orang Kuala Selangor datang naik lori, jual kata seorang FB fren.

So malam minggu tu, kami ke Jalan Raja Bot. Memang betul ada orang jual. UnclePali pun rembat dekat RM15 dan Kjee agih-agihkan kepada dua sahabat Kjee.

Kjee buat kali kedua lebih sempurna sikit pada pandangan Kjee lah  dari pertama kali. Tapi kalau yang terer buat kata masih tak okay, ade aku kesah!! At least I tried!!

Sedap makan dengan apa sahaja ikut selera korang.

Boleh buat jualan ni. Ada orang jual harga antara .80 sen hingga RM1 sebiji.