Pages

Wednesday, December 31, 2014

KU POHON, YA ALLAH, 2015 YANG LEBIH CERAH

































Ya Allah, mudah-mudahan tahun baru yang akan menjelma mulai esok, memberi sinar serta harapan kepada seluruh rakyat Malaysia. Kami telah diturunkan pelbagai ujian sepanjang 2014. Bencana banjir yang lebih mirip kepada Tsunami kecil, pasti akan terpahat dalam memori sepanjang hayat.

Selamat datang tahun 2015.


Tuesday, December 30, 2014

SUBHANALLAH...ALLAHHUAKHBAR..



Kjee jumpa posting ini dalam Facebook...





Sunday, December 28, 2014

TAHNIAH AZMAN SELAMATKAN KUCING









Kjee jumpa gambar ini di Kelab Kucingku Sayang di Facebook. Nama pemuda ini Azman. Baca sendiri nukilan beliau yang Kjee copy paste. Kalau ada seribu lagi pemuda seperti Azman, ramai lagi kucing serta haiwan-haiwan lain dapat diselamatkan. Ringan sedikit beban pihak berkuasa beruniform yang tidak menang tangan sekarang.

Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa Azman. Info dalam FB, beliau tinggal di Kpg Simpang Tiga, Selangor dan berasal dari Kuala Lumpur.





Saturday, December 27, 2014

DARI AMERIKA TERUS KE KELANTAN



















PENYAKIT BERBAHAYA DIBAWA AIR




















Sejak banjir melanda hampir dua minggu lalu, apa yang paling dibimbangkan selain lemas ialah penyakit yang dibawa oleh air atau water borne diseases.

Harus hati-hati ketika minum air. Kena masak betul-betul. Begitu jugak air yang digunakan untuk memasak! Kjee baru sahaja hendak google jenis-jenis penyakit yang dibawa oleh air kotor. Mujur ada berita yang disiarkan dalam mStar Online.

Apa-apapun, pihak berkuasa sedang memantau semua aspek kesihatan dalam menghadapi bencana banjir ini.



Banjir: Mangsa Diberi Rawatan, Tiada Penyakit Berjangkit Dikesan










KUALA LUMPUR: Seramai 3,919 mangsa banjir telah diberi rawatan di seluruh negara, dengan tiada penyakit berjangkit seperti leptospirosis (kencing tikus), penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD), demam tifoid (kepialu), campak dan denggi dikesan setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, mangsa banjir dinasihati supaya mematuhi arahan pihak berwajib dan mengelak makan makanan atau minuman yang tidak dimasak.

"Sila awasi anak-anak supaya tidak bermain air banjir kerana dikhuatiri tercemar dan risiko penyakit berjangkit seperti cirit birit, kolera, tifoid dan leptospirosis.

"Mangsa banjir terutama golongan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, wanita mengandung, warga emas dan penghidap penyakit kronik juga dinasihatkan supaya menjaga kebersihan dan mendapatkan rawatan segera jika perlu," katanya dalam kenyataan, Jumaat.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga berjaya memindahkan empat pesakit dari Hospital Kuala Krai ke Hospital Universiti Sains Malaysia di Kelantan pada 11.50 malam Khamis.

Dr Noor Hisham berkata bekalan diesel sebanyak 640 liter turut dibekalkan kepada Hospital Kuala Krai pukul 12 tengah malam, semalam.

Menurutnya, sebanyak 533 pasukan operasi kesihatan digerakkan untuk menjalankan aktiviti di kawasan dilanda banjir.

Sementara itu, beliau melalui akaun Facebooknya memaklumkan bahawa perancangan untuk membawa bekalan makanan dan ubat-ubatan dengan dua buah helikopter pada petang tadi terbantut akibat cuaca buruk dan terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Subang.

"KKM juga sedang berusaha mendapatkan bantuan helikopter agensi-agensi lain untuk membantu dalam penyelarasan pemindahan pesakit dan penghantaran bekalan yang diperlukan," katanya. -mStar

TERIMA KASIH MISI...JASAMU TETAP DIKENANG!















Friday, December 26, 2014

TIDAK PERLU KATA-KATA


















Thursday, December 25, 2014

KEADAAN BANJIR DI SEMUA NEGERI DI PANTAI TIMUR MASIH BELUM BERUBAH


UPDATE FOTO BANJIR

Foto-foto ini adalah sumbangan FB friends Kjee. Terima kasih semua.





















LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...