Monday, January 12, 2015

ALHAMDULLILAH SYUKUR, BANJIR SUDAH MULA REDA








24 Disember, Kjee buat keputusan tidak mahu update semua entries berkaitan makanan. Bukan kerana Kjee dah malas nak ke dapur untuk memasak. Kjee hanya merasakan tika saudara-saudara kita sedang berduka kerana musibah banjir, kita yang tidak terpalit, harus 'sama-sama' berkongsi penderitaan.

Ini bukan kali pertama Kjee lakukan. Semasa krisis di Lahad Datu dulu pun, Kjee telah lakukan yang sama. Hanya sekadar menunjukkan sokongan dan simpati.

Cara Kjee hanya post entries berkaitan banjir, khabarnya, ada tidak menyenanginya. Ada bloggers yang seakan menyindir. Kjee langsung tak kecik hati. Well, Kjee tak suruh pun korang bergabung dengan Kjee dan berhenti pos entries mengenai makanan. Blog korang, korang punya sukalah kan?

Apapun, entri-entri Kjee mengenai bencana paling besar yang belum pernah berlaku, sejak puluhan tahun lalu, masih mendapat page views yang sama banyak. Malah, Kjee dapat tahu ada yang menggunakan info yang Kjee paparkan sebagai panduan. Terima kasih.

Kjee juga lancarkan kutipan derma secara kecil-kecilan untuk beli barang-barang keperluan penting seperti rubber boots dan rubber floor wiper. Kjee sedar, mungkin setelah dua minggu banjir berlaku, maka kutipan yang Kjee terima agak sederhana.

Kjee dapat mengutip lebih kurang RM600 yang membolehkan Kjee beli 30 pasang rubber boots dan 30 unit floor wiper itu. Syukur Alhamdullilah. Kjee yakin ramai telah memberi sumbangan dalam apa jua bentuk ... in cash and kind... ketika banjir mula-mula melanda.

Semalam, sahabat Kjee, Sharom Suboh telah membantu menghantar barangan tersebut kepada mangsa-mangsa banjir yang memerlukan.

Keadaan banjir kini semakin pulih. Semuanya berkat doa yang rakyat Malaysia titipkan pada Yang Maha Esa.

Jadi, lepas entri ini, blog Kjee ini akan beroperasi seperti biasa. Terima kasih kalian yang banyak memberi sokongan kepada Kjee untuk terus menulis.

Kepada mereka yang telah berkorban masa, wang, tenaga dan jugak Doa untuk mangsa banjir, ganjarannya pasti korang akan terima. Setiap yang baik itu akan menerima balasan yang baik dari Allah swt. Insya Allah.






1 comment: