Pages

Wednesday, January 14, 2015

KENAPA NAMANYA ROTI BENGGALI?







Masa kecik-kecik dulu, Kjee ingat lagi Roti Benggali ni. Roti ni dapat nama dari Uncle Benggali Roti yang jual naik basikal. Di belakang basikalnya ada tong besi. Sarat barat muatan. Tak termasuk yang bergantungan jugak. Selain roti ada jugak makanan ringan atau junk food.

Ketibaannya dengan bunyi horn atau loceng, tiap petang, buat budak-budak sebaya Kjee, tak senang duduk. Kami kejar benggali roti ni. Berebut-rebut nak beli junk food.

Arwah bonda akan beli roti benggali ni termasuk kaya yang diletakkan dalam tin susu pekat manis. Of course susu pekat manis dah tak ada. Dicuci bersih (bersih ker?) tin susu tu dan diletak pulak kaya. Rasa kaya tu alahai sedapnya.

Bila nak makan roti, sapu dulu marjerin (dulu-dulu hanya ada Planta) dan sapulah di atas marjerin tu dengan kaya. Kalau kaya dah habis, mak akan sapu marjerin dan tabur gula atau bubuh secalit susu manis. Sukanya kami makan.

Itulah secebis kenangan kisah dulu-dulu. Pasti ramai nak tahu kenapa roti ini digelar roti Benggali atau roti paun. Nama roti paun diberi mungkin kerana beratnya depat satu paun. Roti camni sekarang orang panggil Loaf Bread atau ada kata roti putih walaupun kekadang dia beli roti wholemeal yang warna brown.





Sedap gua cakap lu....




Bukan senang nak buat roti sebenarnya, kalau kita bukan pakar. So cara paling mudah zaman ini ialah menggunakan Breadmaker. Kjee beli breadmaker jenis Noxxa by Amway. Mahal dua kali ganda dari breadmaker biasa. Tapi Kjee pilih jenis ni sebab ada dua fungsi. Kalau tak nak buat roti, boleh jadi oven.

Lagi satu kelebihannya, kita boleh arah BM ni buat roti ikut masa kita. Kalau nak makan roti panas jam 7 pagi, kita letak bahan-bahan yang diperlukan (ikut resipi dalam buku manual) sebelum tidur dan set pukul 7 pagi. Esoknya, sebaik sahaja kita selesai solat subuh, akan semerbak bau roti panas di dapur. Jadi macam maid kita buat roti untuk kita pepagi buta. Hehehe.




Ini dia roti yang UnclePali set masa nak tidur dan siap selepas subuh




























Walaupun dah empat tahun lebih Kjee beli Noxxa Breadmaker ni, baru minggu lepas UnclePali dengan bantuan Nadia buat roti untuk siap di pagi hari. Risau jugak kalau tak menjadi. Tapi, pagi tu sedang Kjee bersiap-siap untuk solat subuh, hidung dah tergoda dek bau wangi roti di dalam oven! Sukses!!

Alah membeli menang memakai. Masa Kjee beli BM ni, harganya dalam RM950. Sekarang dah naik RM100 rasanya. Baru sekali rosak. Harga repair kalau tak silap Kjee RM125. Kjee ada reccee harga BM lain di pasaran. Ada yang RM200++ dan ada sampai seribu lebih jenama mahal macam Kenwood.

Murah ke mahal, fungsinya tetap sama. Actually, kalau kita hanya nak buat roti setahun dua atau tiga kali, beli yang harga RM200++ pun okay. Buat pilihan yang tepat ikut poket korang lah.

Nak habaq mai, beza antara roti yang di pasaran dengan yang kita buat ialah, nombor satu, kebersihan terjamin. Kita tau apa bahan yang kita letak dalam roti yang akan masuk perut keluarga kita. Tak ada bahan pengawet. Dan rasanya jauh lagi sedap dari roti beli. Ntahlah, itu kata tekak Kjee.

BM juga berfungsi sebagai alat menguli doh. Kawan-kawan Kjee dah buat macam-macam jenis roti, donut dan jugak untuk uli doh buat roti canai. Kjee jer belum terai. Hehehe.

Kalau nak resipi roti Benggali Kjee, KLIK sini. Oleh kerana Kjee ni bukanlah pakar rujuk untuk buat roti guna Breadmaker, korang intailah blog Dapur Tanpa Sempadan milik Che Mat Gebu. Hah betul...mamat tu memang pakar. Hehehe jangan marah Che Mat. You're my fren.

Kalau ada sesapa berminat nak miliki Noxxa Breadmaker ni, sila mesej kawan Face book Kjee, Rosnah Mohamad yang tinggal di Pasir Gudang, Johor.




Breadmaker Noxxa sebelah kanan tu










3 comments:

Eny Abdullah said...

kena beli jugak lah.... roti gardenia skng dh mcm tak sesedap dulu... huhuhu

Akmall Razlan said...

macam sedap je roti ni... roti Gardenia ni orang kata tak elok sebab guna bleacher..iya ke?? hmmmm

adda syuhada said...

sedapnya klu dpt cicah ngn gulai kawah..nampak macam ala2 jual kt kedai dh....heheh..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...