Pages

Monday, January 19, 2015

KENAPA TV3 TUNDUK ... STOOP SO LOW


























Malam tadi, malam yang dinanti-nanti ramai. Bukan sahaja mereka yang didalam industri muzik tetapi mereka yang menyokong industri ini. Jugak malam yang melahirkan ramai Juri Separa profesyenal dikalangan penonton di rumah. Hehehe.

Memang sifat semulajadi rakyat Malaysia, suka dengar sesuatu yang sedap. Kalau dirasakan sedap atau bahasa sekarang, ngam, maka mereka akan puji melambung-lambung. Justru mahu lagu itu menang. Jadi Juara. Kalau tidak, Juri profesyenal yang dilantik, dikatakan pekak, bodoh dan semua yang sewaktu dengannya!

Okay berbalik kepada AJL atau Anugerah Juara Lagu 2014. Kita tidak boleh menafikan, seandainya wujud 10 atau 100 TV swasta di negara kita, product dari Muzik-Muzik yang berakhir dengan Juara Lagu, adalah sesuatu yang dinanti-nantikan semua! Stesyen lain nak buat, buatlah tetapi AJL tetap disayangi semua, sebab sudah 29 tahun menapak!

Selama 29 tahun ia telah membuat kita jadi sebati dengan rancangan itu. Kalau tak tengok, maka tak sahlah rasanya bagi seorang yang berjiwa seni, samada secara profesyenal atau diam-diam.

Tetapi malangnya, selepas berusia 29 tahun, AJL yang berlangsung malam tadi telah meninggalkan satu kesan yang amat menggerikan! Boleh mengigau selepas menontonnya malam tadi.

Sebaik sahaja bermula rancangan itu, Kjee tengok bertalu-talu masuk komen di Facebook mengenai kehebatan pembukaan AJL. The opening act was superb! Nasib baik mama rekod, said my doter Nadia. Boleh tengok berulang kali sebab TV3 bukan macam stesyen TV berbayar tu yang ulangtayang sampai boleh lemas!

Harapkan panas sampai ke petang, tup tup hujan di tengah hari. Itu senario biasa sekarang. Kita tak tau bila hujan nak turun, mana tempat yang tak pernah banjir, boleh banjir. Hehehe.

Anyway, apa yang berlaku dalam minit-minit berikutnya, mula membuat hati Kjee goyah. Eh kenapa pengacara AG tu asyik ulang-ulang tagline yang meloyakan tu! Cukuplah Nabil sorang yang buat masa Gegar Vaganza sebab, pada Kjee, Nabil sekarang dah tak kelas lagi!!

Tapi bila dah acap kali dilakukan dan Scha Al Yahya pengacara yang... oppppsss tak mau lah sentuh pasal cara Scha... jugak lakukan yang sama, maknanya ada sesuatu yang tak kena. Kemudian Juliana Evans pun buat the same! Maknanya, mereka bertiga ini ikut arahan. Ikut skrip... bukan skrip penerbit tetapi skrip pengiklan!!

And then Kjee terpandang satu screen di belakang tempat AG dan Scha berdiri. Video clip pengiklan dengan cincin berlian dan tudung lip-lip, berulang NON STOP!! Ehh mengalahkan program yang babitkan Perdana Menteri! Tak pernah TV3 buat sebelum ni!!

Ohh ya lupa pulak... ketika  Juliana Evans sedang inteview artis, tetiba diganggu dengan kemunculan seorang mamat salesman! Jugak orang pengiklan kot atau staff TV3 tak pasti.

Alahai TV3, why stoop so low walaupun dibayar mungkin berjuta-juta?!! Please lah jangan guna alasan 'Kita patut bangga orang Melayu boleh sponsor untuk satu majlis yang amat berprestij!" Lihat bawah. Kjee jumpa komen dia dalam FB seorang fren.







TV3 lahir di zaman Kjee wartawan di Berita Harian. Memang stesyen yang dianggap sangat-sangat eksklusif ketika itu. Semua tenaga kerja depan kamera cantik dan kacak-kacak belaka. Satu ketika teman-teman nakal Kjee berani komen kata 'muka-muka di RTM hanya layak jadi bibik di rumah wajah-wajah cantik dan handsome TV3!" Kuang ajor kan.

Apapun, itu bukan tujuan Kjee buat entri ini. Kjee hanya hendakkan jawapan kenapa TV3 sanggup 'stoop so low' atau 'melutut' kepada pengiklan yang bayar juta-juta. Kenapa sanggup 'terima arahan' sebuah syarikat yang lebih kecil semata-mata kerana wang berjuta! Tak fikir ker lagi pasal exclusivity?

Tak salah amik pengiklan itu, sekiranya mereka mahu tonjolkan product mereka. Jangan jadikan pulak tajaan itu, suatu medan untuk tonjolkan wajah pengiklan yang sudah sedia gebu (sebab montel) dan putih!

Jugak tak salah rasanya mereka yang bijak pandai dalam TV3 beri nasihat kepada pengiklan demikian, cara-cara lebih profesyenal dan kelazz untuk iklankan product mereka. TV3 harus jaga kualiti. Dulu TV3 tidak akan menerima product bertaraf 'sampah'. Even drama yang ditayangkan semuanya high class. Tapi sekarang, sudah tiada istilah 'high' lagi dalam product yang mereka tontonkan kepada pengikut setia mereka!

Memanglah kalau seseorang pengiklan itu berhabisan untuk mendapat tempat dalam sesuatu majlis yang berprestij, harus diberikan imbuhan yang setimpal. Tetapi kalau sudah 'menguasai' majlis hingga membuatkan penonton tidak selesa, rasanya sudah 'defeat the station's purpose'!

Pengiklan tersebut adalah sebuah syarikat yang kaya raya. Kalau tak kaya takkanlah boleh keluarkan budget yang cukup besar semata-mata untuk 'tonjolkan wajah' pemiliknya! Tapi tahukah dia, dengan baki lebihan wang yang banyak dalam akaun dia, dia boleh cari the 'geniuses in the advertising industry' untuk rebrand product mereka. Cari cara pengiklanan dan marketing yang kelas pertama.

Usah fikir kalau kita sudah berjaya mencipta suatu product dan muncul kaya raya, kita pakar dalam segala hal. Itulah sebabnya, terdapat ramai pakar dalam bidang pengiklanan dan pemasaran (advertising and marketing). Kerja mereka, siang malam fikirkan the best way to project a product! Walaupun, idea mereka tidak murah, tapi at the end of the day, fikir siapa yang dapat untung.

Bagi Kjee, pengiklan itu bukan tonjol product tapi tonjolkan diri dia. Cuba tengok setiap iklan dia. Tidak ada tunjuk gambaran product sebenar. Cuma wajah dan penampilan dia.

Akhir kata, kita memang bangga ada seorang anak Melayu yang berjaya seperti beliau. Tahniah dan sekalung bunga. Tapi seharusnya, pencapaian seterusnya mampu buat kita bangga dan bagi dia standing ovation. Bukan setiap kali iklan dia muncul, berbuih mulut orang menyumpah!

Benar-benar terggangu konsentrasi nak tengok artis-artis yang bertanding. Jiwa jadi kacau. Huhuhu.

I have a very strong feeling, the people behind AJL are not the masterminds. Their hands may be tied! I feel sorry for the brains in TV3. But... otherwise, it was a fantastic show!!!

Just my two cents!

18 comments:

Eny Abdullah said...

Apa nak dikata Kak Jee, kalau Astro Channel berbayar pun boleh ambil sponsor mcm tu inikan TV3.. pengiklan lain yg jenama bertaraf dunia pun tak iklan lebih2 macam tu.. kalau letak iklan waktu time iklan saja pon ok dah.. ini time majlis berlangsung, ada iklan dan tagline, time iklan kena tengok iklan lagi, time iklan habis pun ada muka dia lagi.. hmmmm

Hasnah Rahimah Rahim said...

The Qu Putih Lady's face was so nauseating and irritating!

norhidana miswan said...

kak jee, dana tertunggu2 ntry mcmni, sbb kak jee org lama dlm industri seni nih....

mmg muak loya nengok iklan tu yg rasa nyer tiap beberapa minit... peliz lah...
rasanyer dulu2 ada jgk sponsor dr syarikat apa2 tp takdelah sampai tiap berapa mnit msti ada iklan gitu, mcm contoh ABPBH selalu habib jd sponsor kan, yap diaorg mmg akan promo tp tak lah se kerap n semuak qu put...

dana setuju ngn akak, tv3 patutnya lebihnya tegas, jgn sampai ramai yg lari dr tgk tv3 sbb muak ngn iklan yg merapu

Asha Shira Mat Zaki said...

aslm k.jee bg sy pulak..sy hanya anggap hiburan mcm lawak.. masa nabil buat iklan dia sy hanya ketawa terbahak2.. tp xterfikir pun nak beli produk dia..tp agak mahal juga..nasib iklan sekejap jee.. tp yang saya xboleh tahan masa saya kecik2 dulu bukan main susah lagi nak tgk cerita P Ramlee.. iklan sabun kuat harimau dekat sejam..huhu

Anonymous said...

Setuju dgn pendapat Kak jee....biar lah hanya wajah duta produk jer yang muncul dalam iklan, ni tak dengan muka dia pun ada sekali, kadang2 saya boring, tengok dia pun dah macam pokok krismas la pulak....asyik promote kulit putih jer, so orang yang kulit tak putih ni tak nampak cantiknya ker...????

skuterlady said...

Ooh...sebab tu sy lebih suka rekod pkai astro beyond tu...tiba time persembahan je yg sy tengok...tang iklan ke,m.c bercakap ke...semua sy tekan forward je...malas nak tengok.hehe

Anonymous said...

Bestnya entry ni..sepagi ni kami duk mengata AJL yang dah tak macam biasa. Sponsor2 aje le kan tapi tak payah le buat orang jelak. Saya ada try satu produk dia tapi tak ada kesan langsung. ...harga bukan main mahal. Sekarang saya duk promote kat kawan2 jangan beli.

Anonymous said...

well said Kak Jee..boleh dikatakan 50% of the show is about that product and the owner of the product..hanya 50% jer betul2 AJL..artis2 yg bertanding pun mcm terpaksa je nak layan masa interview at backstage by Juliana evans & salesman tu..

waiem said...

Setuju dengan Kak Jee. Dulu2 pon AJL ada sponsor seperti Pentene n Loreal kalau tak silap, takde pula melebih2 macam yang ni. Sampai dalam skrip pon nak masukkan tagline.

Saya pon tak rasa nak minum bendalah itu. Kalau betul boleh putih dalam 3 hari sponsor le retis2 yang tak puteh, baru lah percaya huhu

Luaran je putih kalau dalaman hitam nak buat apa.

JunAina said...

Setiap kali iklan anak saya mute suara tv kak jie... Lemas dengan tag line yang berulang2 senaga diulang! Sepanjang mengikuti AJL rasanya kali inilah paling tak best sebab asik2 ulang tayang muka penaja. Rimas dengan blink2 sana sini. Seketika dulu selepas ditimpa musibah dia sedikit berubah tanpa blink2 yang keterlaluan tetapi tak sangka sekali lagi dia berubah dengan berkali2 ganda dari dulu pulak.

NADIA COMANECI said...

couldn't agree more kak jee..well said..

Sfaini said...

well said kak jee.. performance dr artist2 mmg superb.. tp sayang.. hanya kerana penaja yg ntah apa2 ntah destroy the show...

LydSunshine said...

Setuju sgt the idea yg kak jee kata, dgn budget juta2 tu, lebih baik dia hire geniuses utk naikkan produk dia supaya nampak lebih exclusive.

Anonymous said...

Sponsor sblm ni sponsor sikit . .tak standing qu puteh and the station need the money to survive.

Halim Brothers said...

humph!!!!....

HASRUL HASSAN said...

Menjadi bualan tu seantero Malaysia ... sib baik tak cerita bab ni dalam blog, lebih suka cerita mengenai Caliph Buskers ...

oni said...

well said Kak Jee

Junaidah said...

Kak Gee, dulu masa TV3 buat program Bintang Mencari Bintang dan ditaja D Herbs, saya langsung tutup TV pasal menyampah bila tuan punya produk dengan suara itek jadi duta produk..Gegar Vaganza hari tu pun saya menyampah tengok iklan Qu Putih, dek sebab nak nengok Ayai dan Haleeda, gagahkan diri nengok iklan yang membosankan tuh...AJL malam tu saya keluar bilik masa ada lagu jer..bila bercakap2 dengan iklan duta pokok krismas saya masuk bilik..aduhai low class betul TV3 sekarang ni!

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...