Monday, January 5, 2015

KINI MASA UNTUK MELAKUKAN PEMBERSIHAN









Ketika pergi melawat kawasan banjir di Temerloh Sabtu lepas, air sudah mulai surut. Kelihatan mangsa-mangsa banjir sedang giat membuat kerja-kerja membersih rumah. Selut dan lumpur hingga ke paras lutut. Bantuan yang mereka perlukan sekarang selain pertolongan sukarelawan dalam usaha membersih ialah boot getah dan alat untuk menyapu air dari getah ni. Kjee ingin memohon sumbangan serendah RM10 dari kengkawan untuk membeli boot, baldi plastik dan jugak alat menyapu air ni. Boleh bank in CIMB Farah Nadia 7004515652. Mohon kawan-kawan sumbang seikhlas mungkin. Kjee berharap untuk membeli barang-barang itu dalam masa terdekat dan menghantarnya ke pusat pengumpulan barang untuk mangsa banjir. Jika korang mahu membeli sendiri barang-barang tersebut, harap segera hantar ke pusat pengumpulan berhampiran tempat memasing.








2 comments:

  1. assalam jee...kak nk beri juga sedikit sumbangan...singgah ambil ya.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kak Paridah. Boleh tak bank in? Terima kasih.

    ReplyDelete