Pages

Friday, January 16, 2015

NASI DAGANG GULAI PAHANG? HANTAM SAJA LAH
















Nasi Dagang dipopularkan mereka yang tinggal di negeri-negeri pantai timur. Orang sana memang rajin meniaga. Setiap hari keluar menjaja barang jualan. Justru, digelar Nasi Dagang. Bekal yang selalu dibawa ialah Nasi serta satu jenis lauk. Biasanya lauk gulai ikan. Takkanlah nak bawa empat lima jenis lauk pauk. Nak jaja jualan ke nak pergi berkelah kan!

Maka Nasi Dagang hanya diiringi satu saja lauk iaitu gulai ikan. Biasanya ikan tongkol sebab ikan itu isinya keras. Jadi, tak mudah hancur ketika diusung sambil pergi meniaga dari satu rumah dari satu tempat.

Itulah pengertian Nasi Dagang yang Kjee dengar dari orang tua-tua negeri Kelantan dan Terengganu. Malah, kalau kita ke sana dulu-dulu, nasi dagang dibalut dalam daun pisang beserta satu lauk. Sebab tu agaknya Nasi Dagang dulu murah. Satu lauk jer.

Tapi tengok harga Nasi Dagang sekarang! Ada sampai RM12 satu bungkus sebab lauk pauk yang ditayang macam-macam jenis.  Gulai sahaja ada sampai tiga empat jenis. Kalau peniaga tu jual jugak Nasi Kerabu, maka lauk pauk seperti daging bakar, solok lada dan macam-macam lagilah ditayang. Macam mana kita tak tergoda dan kaup sampai semua lauk yang ada! Time bayar, tahu pulak merungut!



Gulai Pahang makan dengan Nasi Dagang?!!



Wah mukaddimahku panjang sangat pagi ni. Hehehe. Kjee nak citer jer sebenarnya pasal Nasi Dagang Terengganu yang Kjee buat dua minggu lepas. Mulanya, malas lah nak masukkan entri sebab buat biasa-biasa jer. Takut lah pulak ada insan bijak pandai yang angkat kening dan ketawakan.

Tapi bila difikirkan balik, ini versi atau cara Kjee buat. Untuk makan sendiri. Mungkin ada ramai yang macam Kjee. Suka makan dan tak berapa pandai nak buat. Mungkin boleh ikut cara ku ini. Hehehe.

Cara Kjee main agak-agak jer. Main campak-campak jer.

Kjee dapat beras Nasi Dagang ori dari sahabat Kjee, Tok Puan Siti Nurbiha. Selalu ulang alik balik kampung suami beliau, Dato Jailani Johari, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multi-media.  Dapat dalam dua kilo agaknya sebab dua peket. Lama dah beliau beri. Cuma tak rajin-rajin nak buat.

Kjee rendam lebih kurang setengah peket beras tu lebih kurang 20 minit. Kjee panaskan kukusan. Kemudian Kjee kukus selama 25 minit. Campur satu kotak santan tiga kotak air (lebih kurang...tapi rasanya dua kotak air jer kot). Bubuh garam sesedap rasa.  Kemudian keluarkan beras tadi, dikais-kais dan dicampurkan dengan santan tadi. Kukus lagi selama 25 minit atau sampai cantik masak dan lembut nasi tu.













Sementara tu, hiris dua atau tiga ulas bawang merah. Campurkan dengan 1 sudu besar halba. Gaulkan dalam nasi yang baru siap dikukus. Itu jer cara Kjee. Korang nak cara betul,  KLIK SINI. Dr Ina Harlina ni orang Ganu. Oppppsss mama dia orang Ganu, papa dia orang Johor kalau tak silap. Tapi dia guna beras wangi dan beras pulut. Lagi mudah tau! Bukan senang nak dapat beras nasi dagang Ganu!

Okay. Nasi dah siap. Bab gulai. Tok Puan Siti Nurbiha turut beri rempah gulai. Tapi si Nadia yang kemas dan simpan. Tak tau mana dia simpan jadi Kjee pun masak ajelah gulai ayam Pahang. Wah sedap rupanya makan Nasi Dagang dengan Gulai Pahang. Resipinya DISINI.

UnclePali pulak kata, ada peha ayam. Boleh tak goreng? Hmmm apa pulak tak boleh. Kita yang buat dia kan? Pastu selongkar peti ais ada timun Jepun. Cantik!!

Maka jadilah hari tu Nasi Dagang cara Kjee. Makan dengan Gulai Pahang, ayam goreng dan berulamkan timun. Sedap you.









3 comments:

TunSha Ayunie said...

Janji makan pun sedap...

Anonymous said...

Kak Jee, ejaan betul adalah Toh Puan..:)

Kjee said...

Ejaan sebenarnya ialah TOK PUAN untuk wanita yang beristerikan seorang DATO dari Terengganu! TOH PUAN adalah isteri kepada seorang bergelar TUN! Saya juga ada seorang ibu saudara yang berkahwin dengan seorang lelaki yang bergelar Dato Terengganu. Beliau membawa gelaran TOK PUAN. Harap Maklum!.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...