Pages

Thursday, March 26, 2015

BENDI GORENG DENGAN UDANG HALUS









Kalau jamu selera di Zaiton Tomyam, Taman Ahmad Razali, Ampang, kami tidak akan lepas peluang order Bendi Goreng selain Asam Pedas Melaka mereka yang meletop! Tapi di Zaiton Tomyam, bendinya di goreng bersama sotong yang telah dihiris.

Arini Kjee buat sikit lebih kurang samalah macam kat Zaiton Tomyam. Cuma Kjee ganti sotong dengan udang putih yang halus-halus tu. Bukan tak ada sotong tapi sotong Kjee masak kari. Itu kena tunggu entri ntah bila.

Udang halus UnclePali beli kat Hero Market kelmarin. Pagi tadi masa singgah kat pasaraya Segi, Kjee nampak bendi yang berkilat-kilat segarnya. Kjee beli dua peket. Satu peket nanti nak jadikan ubat untuk diabetes. Dan satu peket lagi, Kjee buat lauk diatas.

Lauk ni sangat-sangat mudah tapi sangat sedap dimakan dengan nasi putih. Ratah pun sodap!!








First thing first. Bersihkan udang putih yang UnclePali beli dalam 400gms. Selesai bersihkan udang putih itu kerja Kjee sebab renyah,  Kjee bubuh kunyit dan garam.

Kemudian Kjee hiris kasar-kasar dua labu bawang besar. Tepikan. Cuci bendi, toskan airnya dan hiris serong.

Lepas tu goreng bendi sampai agak-agak ler garingnya. Toskan. Goreng pula udang halus sampai garing. Kemudian toskan minyaknya.

Minyak yang sama digunakan untuk tumis hirisan bawang besar sampai layu dan jugak kelihatan macam nak brown. Masa ini masukkan udang goreng tadi dan juga bendi goreng. Gaul sampai rata. Bubuhlah sedikit garam dan pak aji kalau guna, sampai sesedap rasa. Kemudian sebelum padam api, taburkan hirisan cili merah. Untuk warna dan tambah sikit kepedasan

Itu jer. Tadi Kjee suami isteri makan dengan kari sotong, ikan kering terubok, kerdas dan sambal belacan power UnclePali. Alhamdullilah rezeki kami hari ini.







0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...