Pages

Friday, March 27, 2015

MASAK LEMAK CILI PADI TELOR ITIK STAIL NISMILAN








Ini antara kesukaan ramai orang yang sudah lama tinggalkan kampung halaman ataupun orang Kay Ell macam Kjee. Lauk ni orang Nismilan yang punya. So yang asal negeri-negeri lain jangan nak dakwa lauk Masak Lemak Cili Padi Telor Itik ini berasal dari negeri mereka. Hehehe.

Kalau singgah kat kedai makan orang Minang, ini antara lauk wajib kami, selain gulai lemak jering.

Lauk ni Kjee masak minggu lepas. Masa tu Kjee tengok pokok ubi kayu tepi pagar rumah dah naik dekat sama tinggi bumbung rumah. So Kjee suruh UnclePali cantas buang. Tapi, sebelum tu, petik lah dulu pucuk-pucuknya yang lembut.

Lepas tu suruh pulak UnclePali gi kedai beli telor itik. Mujurlah ada. Kekadang bila kita perlu, tak ada, bila tak perlu, asyik ada jer kan?!









Anyway, Kjee pun rajin sangatlah masak lauk kegemaran kami ni. Kali ni Kjee eksperimen masak telor tu jangan pecah. Kjee tumbuk cili padi (lagi banyak lagi sedap) dan kunyit hidup. Pastu masukkan dalam periuk bubuh santan cair dalam dua mangkuk. Pastu didihkan bahan-bahan tersebut dengan santan cair tu. Bila dah nak mendidih, Kjee pecahkan perlahan-lahan telor tu, satu persatu. Jarakkan sikit satu sama lain. Api jangan terlalu besar. Setelah kuning tu dah agak-agak keras, guna sudu dan terbalikkan perlahan-lahan.

Apabila kuning telor sudah ¾ keras, baru masukkan santan pekat, kacau perlahan-lahan hingga mendidih. Kemudian masukkan pucuk ubi yang telah dicelur dulu. Kalau bubuh belimbing pun ok lah. Bubuhlah asam keping kalau tak guna belimbing atau mangga muda. Garamkan secukup rasa.

Cara masa gini rupa-rupanya cantik sangat kuning telor tu. Mungkin ramai yang buat cara ni. Tapi tak ada sapa sudi ajar mokcik. Ada sekali tu Kjee buat secara poach. Lihat SINI.

Oppps lupa lak. Orang Nismilan masak lemak cili padi hanya guna bahan asas cili padi dan kunyit hidup jer tau. Tak ada bahan-bahan lain seperti bawang merah atau bawang putih. Jangan tanya kenapa sebab Kjee orang Kay Ell. Ramai guru Kjee orang Nismilan. Tapi Kjee tak pernah tanya kenapa tak perlu bahan lain selain cili padi dan kunyit hidup. Lagi satu, serai pun Kjee letak. Ketuk-ketuk dulu ya.

Selamat mencuba.






4 comments:

Azie said...

Masya Allah, cantik sungguh gambar nyer Kak Jee

Irfa said...

SEDAP MAKAN GULAI LEMAK LETAK KICAP @ BUDU
ITU STYLE SY LAH, HAHA

NFH said...

Masak lemak kjee cantik je...tak pecah minyak dan kuning tu memang sah kunyit hidup.

Eny Abdullah said...

mak mentua saya pula kalau buat masak lemak ikan kembung, dia taruh bunga kantan.. sedap ya amaatttttt

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...